Dijawab " 4 biji RM 2"
"Mahal yaaa , Bagilah 6 biji RM 2" ujar perempuan tadi.
"Maaf nak, tak boleh . pak cik untung tipis". Jawap perlahan peniaga tua ini.
Ok lahhh pakcik , last daripada saya, 5 biji RM 2. Kalau tak boleh jugak saya pergi beli tempat lain.
Boleh ke tak ? dengan nada keras.
Lelaki tua ini akur dan berkata " boleh nak, asalkan perniagaan pak cik laku ".
wanita ini gembira kerana berjaya membeli dengan harga murah.
telefon wanita tadi berdering, rakannya menelefon.
" You, ada mana tu ?"
" Ada kat pasar ni "
" jom kita ke restoren biasa kita"
" ok-ok, tunggu i kat sana k, jangan lupa chop meja biasa kita duduk"
Mereka bertemu di restoren 4 bintang tempat biasa mereka minum pagi setelah penat membeli belah dipasar.
setelah memesan menu biasa, mereka akan bersantai sehingga tengahari.
Mereka hanya akan pulang kerumah masing-masing untuk makan tengahari bersama suami.
Jam terlihat sudah 11.30 pagi dan mereka sepakat ingin pulang. Mereka memanggil pelayan dan meminta bil.
Ehhh berebut pula nak bayar.
"Youuu, bagi laa i bayar kali ini "
" Halahhh biar i je laaa "
Pelayan tetamu datang membawa bil dan tertera RM 90.
Seperti biasa wanita yang membeli telur pagi tadi akan membayar RM 100 dan dengan bangga berkata
" keep the change"
sudah dapat apakah isi cerita diatas?
Apa yang kita boleh belajar daripada kisah ini?
Sikap dan Pemikiran kita !
Mengapa kita sanggup "bersedekah pada orang yang tidak perlu dan menekan orang yang lebih memerlukan ? "
Peniaga kecil berniaga untuk hidup sedangkan peniaga kaya berniaga untuk lebih kaya.
Tidak salah menawar di pasar kerana ia adalah hak kita tetapi tidak bolehkah kita yang sememangnya mampu , cuba untuk berlembut dengan peniaga kecil .
Mengapa kita boleh akur dengan harga tetap di pasaraya milik taikun ?
Mengapa kita tidak boleh akur juga dengan peniaga kecil-kecilan?
Saya ulang tiada salah menawar hanya yang salah sikap kita yang keterlaluan menekan peniaga kecil yang memerlukan.
Teringat ayah kami yang tiap kali membeli daripada peniaga jalanan sengaja melebihkan bayaran dalam seringgit dua.
Apabila kami tanya kenapa perlu bayar lebih seringgit dua ?
Jawap ayah lembut,
Nak , itulah cara kita bersedekah dalam pada masa sama kita menjaga air muka mereka.
Percayalah mereka malu meminta-minta tetapi mereka sangat gembira apabila diberikan lebih daripada harga dipinta.
Seringkali saya ulang dalam diri.
Memberi tanpa perlu mengaibkan si penerima kerana mereka juga ada harga diri, mereka tidak pernah minta jadi begini.
*Terjemahan dan olahan oleh rahmat ikhsan daripada posting Syeikh Ancan Sulaiman
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!