Pages

Pengakuan

April 19, 2023

Resipi Prawn Butter Salted Egg




Resipi Prawn Butter Salted Egg

Udang
Kunyit dan garam
Bawang putih (dipotong dadu)
Cili padi merah (dipotong bulat)
Daun kari
Butter
Susu cair
Telur masin (telur kuning sahaja)
Perasa secukupnya. 

Cara membuatnya:

1. Gaul udang dengan kunyit dan garam. Goreng dan toskan.

2. Cairkan butter. Tumis bawang putih, cili padi merah dan daun kari sehingga kekuningan.

3. Masukkan telur masin yang sudah dilenyek. Masak seketika. Kemudian masukkan susu cair secukupnya. 

4. Masukkan udang. Gaul sebati.

5. Letak perasa secukupnya. Saya letak sedikit sahaja sebab telur masin dah cukup rasa. Masak hingga sedikit kering. Siap.

* Saya guna kunyit hidup. Tumbuk kunyit hidup dan gaul dengan udang. Kalau tak ada kunyit hidup guna serbuk kunyit pun boleh.
* Telur masin kuning tu saya campur dengan sedikit telur masin putih.

Mudah sahaja kan. Bahan pun senang nak dapat. Jangan lupa cuba resipi saya.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!