Pages

Pengakuan

Disember 27, 2023

Pontianak VS Orang Minyak 2012



Filem ‘Pontianak VS Orang Minyak’ ini memaparkan perjalanan 2 orang pemuda (Johan & Nabil) yang terjebak dalam dunia halus setelah masing-masing kecewa dengan haluan hidup mereka. Ponti (Nabil) dilantik menjadi Pontianak lelaki manakala Omi (Johan) pula menyerahkan diri untuk dilatih sebagai orang minyak.

Mereka berdua akhirnya dihantar oleh ketua masing-masing ke Kampung Puaka yang didiami oleh golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat untuk diuji ilmu-ilmu yang telah mereka pelajari semasa proses latihan.

Namun, Ponti dan Omi telah jatuh cinta kepada anak-anak gadis sunti Saodah yang baru berpindah ke kampung tersebut, iaitu, Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur.

Jadi ini telah memaksa kedua-dua mereka berpakat untuk menukar strategi di mana Ponti akan mengacau kekasih Omi dan Omi pula akan mengganggu kekasih Ponti.

Di masa yang sama, Kampung Puaka juga telah mengalami perebutan kuasa antara ketua kampungnya Pak Rejab dan adik iparnya, Sudiro. Sudiro telah mengkhianati kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian sulit di antara Ratu Pontianak dan ketua orang minyak. Maka berlakulah kekecohan yang amat hebat di Kampung Puaka apabila hantu-hantu Pontianak dan orang minyak mula dapat memasuki kampung tersebut. 

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!