Semoga jalinan persahabatan ini tiada NOKTAHnya

Ya Allah, lindungilah sahabatku ini di bawah lembayung kasih sayangMu

Ganjarilah setiap gerak-geri yang diinfaqkan untuk Ummah dengan ganjaran pahala yang paling banyak

Kabulkanlah setiap titipan doanya kerana terdapat Doa kami di dalam Doanya

Kurniakan masa yang berkualiti buat dirinya dan keluarga biarpun Masa yang diberikan untuk kami yang Dahagakan ilmu ini lebih banyak didahulukan daripada dirinya sendiri

Berikan kesihatan yang berpanjangan buat sahabatku ini kerana senyumannya kekuatan bagi kami

Tahan air matanya dari jatuh ke pipi dan gantikan segala kesedihan dengan kegembiraan yg tidak bertepi setiap hari

Dan InsyaAllah, selagi diizin Allah selama hayat  ini dikandung badan





Untukmu yang membaca hingga ke titik ini, semoga Allah memeluk hatimu dengan tenang, seperti kau selalu memeluk luka orang lain. Moga setiap langkah disertai tenang, dan setiap ujian membawa pulang hikmah. Semua tulisan berasal dari blog penulis. Kredit dan sumber akan dinyatakan apabila digunakan sebagai tanda hormat kepada asalnya. - Copyright - 2016 © #JMBELOG

2 ulasan: