Pages

Jun 24, 2024

Makanan yang tidak boleh dimakan bersama durian

1. Coca Cola

Memang sedap untuk teguk air berkarbonat di tengah-tengah cuaca panas.

Namun, anda perlu ingat bahawa air berkarbonat mempunyai kafein.

Apabila potasium dari durian bergabung dengan kafein, ia akan mendatangkan kesan mudarat pada jantung. 

2. Kopi

Anda boleh sahaja menikmati kopi bersama rakan-rakan, namun ia tidak harus diminum bersama durian.

Kandungan aktif kafein dalam kopi menyebabkan jantung kita berdegup lebih laju dan menyebabkan suhu badan manusia lebih panas.

3. Susu

Tekanan darah pada tubuh akan semakin meningkat jika minum susu bersama durian. 

Ini kerana durian juga memiliki kandungan sulfur yang dimiliki susu.

Oleh itu, jika ia dimakan bersama, tubuh kita tidak mampu untuk berfungsi sepenuhnya bagi mengeluarkan dan menghancurkan toksin.

4. Terung

Terung juga boleh menaikkan suhu tubuh badan manusia.

Ini terutama sekali apabila dimakan bersama durian.

Malah kesannya juga sama seperti kopi. 

5. Ketam

Ketam mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi.

Ini juga serupa dengan buah durian yang mengandungi karbohidrat serta lemak tinggi.

Oleh itu, jika seseorang yang mempunyai kolestrol tinggi makan durian bersama ketam, ia secara tidak langsung akan memudaratkan kesihatan.

6. Daging lembu dan kambing

Daging lembu dan kambing memberi kesan panas pada suhu badan kita.

Jadi, ia sebaiknya tidak dimakan dalam waktu yang dekat dengan durian.

Gabungan ini akan membawa kepada keradangan pada tubuh anda.
Sumber : Agensi berita/IM/im/Berita

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!