Pages

Jun 23, 2024

Pemegang kunci kaabah Syaikh Dr. Soleh al-Syaibi telah meninggal dunia

Pemegang kunci kaabah Syaikh Dr. Soleh al-Syaibi telah meninggal dunia dan jenazah beliau selamat disolatkan usai solat Fardhu Subuh sebentar tadi, 16 Dzulhijjah 1445H / 23 JUN 2023.

Beliau dipertanggungjawabkan membuka, mengunci, membersihkan, urusan pertukaran kiswah kaabah dan apa yang berkaitan dengan kebajikan kaabah.

Beliau juga pemegang phD dalam bidang Pengajian Islam dan merupakan pensyarah di salah sebuah Universiti di Saudi.

Pemegang kunci kaabah ini sebenarnya hanya diberikan amanah khusus kepada keluarga Bani Syaibah sahaja setelah Nabi Saw sendiri memberikan kunci kaabah kepada Uthman bin Talhah (Keluarga Bani Syaibah) ketika pembukaan kota Mekah. Kata Nabi Saw:

هاك مفتاحك يا عثمان اليوم يوم بر ووفاء
"Ambillah kuncimu ini, wahai ‘Uthman. Hari ini merupakan hari kebaikan dan mengotakan janji"
(Direkod oleh Ibn Ishak)

Memang keluarga syaibah sebelum itu diberikan amanah memegang kunci kaabah semenjak zaman Qushay bin Kilab. Kedatangan Nabi malah menguatkan status Uthman walaupun beliau belum lagi memeluk Islam ketika itu.

Amanah ini kekal dan dikhususkan kepada keluarga Syaibah sahaja untuk memegangnya sepanjang hayat (Hari Kiamat).

Affuan Che Mansor
16 Dzulhijjah 1445
Makkah.





0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!