Sebab Itu Aku Memilih Diam

Sebab itu aku memilih diam…

Bukan kerana aku sombong, jauh sekali membenci,
Tapi kerana aku takut—
Takut tersalah kata,
Takut terkasar bahasa,
Takut bicara yang lahir dari hati…
melukai tanpa sengaja.

Ramainya suka menilai dari tutur,
Tapi tak semua sanggup memahami isi rasa.
Jadi aku diam, bukan sebab tak mahu,
Tapi kerana aku lebih tenang begitu.

Share:

Kalau kau masih di sini, terima kasih kerana bertahan.
Kalau kau penat, rehatlah di sini... aku juga pernah di situ.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat

#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan