Sebatas Al-Fatihah

Rindu suaranya,
yang dulu tenangkan resahku.
Rindu wajahnya,
yang dulu senyum walau penat menanggung dunia.

Kini...
Tak mampu ku gapai,
Tak mampu ku peluk,
Tak mampu ku tatap.

Yang tinggal…
cuma sepi,
dan sebaris Al-Fatihah,
yang ku kirim setiap kali rindu ini terlalu diam dalam dada.

Tenanglah,
di sisi Tuhan yang Maha Penyayang.
Doa ini tak pernah putus,
meski jarak kita seluas langit dan bumi.

Share:

Kalau kau masih di sini, terima kasih kerana bertahan.
Kalau kau penat, rehatlah di sini... aku juga pernah di situ.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat

#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan