Untuk Ringankan Beban


Untuk Ringankan Beban — Monolog Jiwa | #JMBELOG

Untuk Ringankan Beban

Dalam hidup ini, aku tak pernah minta banyak.
Cukuplah jika Allah mudahkan setiap urusan yang perlu aku lalui.

Aku pasang niat, dalam lima tahun ini
biarlah apa yang tertangguh dapat aku selesaikan,
biarlah beban yang kupikul perlahan-lahan terurai,
biarlah langkahku makin dekat dengan lega.

Aku mohon kekuatan,
agar aku terus mampu bertahan menempuh ujian
yang hanya aku sendiri benar-benar faham pedihnya.

Aku mohon dipanjangkan umur,
bukan kerana ingin hidup lama,
tetapi agar tiada apa yang tertinggal
untuk orang lain terpaksa menanggung
beban yang sepatutnya aku selesaikan dalam hidupku sendiri.

Catat Ulasan

0 Ulasan