Jatuh Lagi, Bangun Lagi

Jejak Hijrah #8 – Jatuh Lagi, Bangun Lagi

Jejak Hijrah #8 – Jatuh Lagi, Bangun Lagi

Kita selalu ingat…
bila dah berubah, kita takkan jatuh lagi.

Tapi realitinya…
kita tetap manusia.

Kita tetap akan silap.
Kita tetap akan tergelincir.

Dan saat itu berlaku…
hati mula berkata:

“Tak guna… aku tetap sama.”

Tapi itu bukan kebenaran.

Kerana orang yang dulu…
tidak akan rasa bersalah.

Orang yang dulu…
tidak akan kembali menangis pada Allah.

Jadi bila kau jatuh…
dan kau masih kembali…

itu tanda kau sudah berubah.

Bukan sempurna…
tapi sedang menuju kepadaNya.

“Jangan takut jatuh…
takutlah bila kau jatuh
dan tak mahu bangun kembali.”

Bangunlah… seberapa kali pun perlu.


SIRI JEJAK HIJRAH 1 ~ 9 : 2.00 PETANG HINGGA 3.00 PETANG

0 Comments:

Catat Ulasan