Kisah Orang Kita - Autotune Band ft Saiful Apek

Lirik Lagu Kisah Orang Kita - Autotune Band ft Saiful Apek

Mari sini ku cerita Tentang kisah perangai busuk manusia Dia menangis hanya kerana lihat orang lain bahgia Mulut kata saudara tapi hati penuh luka Di depan senyum di belakang pula sibuk tabur dusta Inilah kisah sesetengah orang- orang kita, Tak pernah rasa cukup dengan nikmat yang dikurnia Cubalah belajar bersyukur ucap alhamdulillah Takut tak sempat bertaubat alih-alih kau dah innalillah Bila orang jatuh, dia orang paling suka Bila orang naik, hati dia paling luka Tak boleh tengok orang lain lebih bahagia Mulalah mengata, mula reka cerita Kawan berjaya dia tuduh sihir Kawan yang gagal pula, dia kata tak mahir Di mata dia semua tak kena Hanya dia yang benar Inilah kisah sesetengah orang- orang kita, Tak pernah rasa cukup dengan nikmat yang dikurnia Cubalah belajar bersyukur ucap alhamdulillah Takut tak sempat bertaubat alih-alih kau dah innalillah Boleh jadi yang kau dengki itu menangis setiap malam menahan pilu Boleh jadi yang kau pandang sempurna Hatinya hancur tak siapa tahu Apasal dengki dengan nikmat orang lain? Apasal susah sangat nak sebut Alhamdulillah, Nikmat sendiri kau merungut setiap hari Tapi nikmat orang, kau pandang macam sorgaaa Inilah kisah sesetengah orang- orang kita, Tak pernah rasa cukup dengan nikmat yang dikurnia Cubalah belajar bersyukur ucap alhamdulillah Takut tak sempat bertaubat alih-alih kau dah innalillah Kau dah innalillah Kau dah innalillah Kau dah innalillah Kau dah innalillah

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”