Langkau ke kandungan utama

Harga kawalan maksimum beras putih tempatan di peringkat pengguna masih pada kadar RM2.60 sekilogram (kg)

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menegaskan bahawa harga beras putih tempatan tidak mengalami sebarang kenaikan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sehingga menimbulkan ketidaktenteraman dalam kalangan pengguna.

Timbalan Menteri berkenaan Chan Foong Hin berkata ia kerana harga kawalan maksimum beras putih tempatan di peringkat pengguna masih pada kadar RM2.60 sekilogram (kg) sepertimana yang termaktub dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522). 

"Kita juga telah mengambil tindakan awal (langkah intervensi) dengan membuat penetapan harga kawalan maksimum jualan beras putih tempatan di peringkat kilang iaitu pada RM2,250 satu tan metrik dan pemborong sebanyak RM2,540 satu tan metrik sejak dua minggu lepas.

"Tujuannya adalah memastikan supaya kilang-kilang tidak bersaing untuk mendapatkan bahan mentah dengan menawarkan harga yang lebih tinggi supaya rantaian di bawah (pemborong, peruncit dan pengguna) tidak terkesan dan seterusnya memastikan agar terdapat bekalan yang stabil dengan harga yang berpatutan dan langkah intervensi ini bersifat sementara," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mengadakan Operasi Beras Putih (OP BP) bagi meninjau harga dan bekalan beras bersama penguat kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB) di kilang dan pasar raya di Kajang hari ini. 

Terdahulu, terdapat laporan media bahawa harga bagi beras super spe­sial tempatan dan super spe­sial import naik antara 10 hingga 15 peratus.

Berkenaan beras putih import, Chan berkata harga bagi barangan berkenaan tidak dikawal oleh kerajaan dan ia bergantung kepada harga pasaran.

"Berdasarkan pemantauan, kami dapati sekarang harga pasaran beras putih import yang ditawarkan di peringkat runcit bagi kampit 10kg adalah antara RM28 ke RM32, namun kita boleh lihat pada hari ini harga yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga yang disyorkan pada kampit beras itu. 

"Oleh itu, saya harap tiada pihak yang memainkan isu ini untuk menjadikan perkara ini sebagai satu polemik dalam negara," katanya.  

Beliau berkata usaha menangani penghasilan padi tempatan yang berkurang disebabkan faktor cuaca adalah melalui import dan kerajaan akan cuba sedaya upaya memastikan ada persaingan di pasaran supaya harga beras import tidak melonjak ke tahap yang membebankan pengguna. 

"Pihak Padiberas Nasional Bhd (Bernas) juga telah mengambil inisiatif membuat pembelian tambahan sebanyak 30 peratus untuk beras putih import bagi menampung permintaan pemborong yang meningkat sejak beberapa bulan lalu," katanya. 

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras Datuk Azman Mahmood berkata mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga sewenang-wenangnya membabitkan beras tempatan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika pemeriksaan mendapati telah berlaku kesalahan tersebut.

- Bernama

Sumber: MK


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

Ulasan

Sakit Kepala Belakang & Tengkuk Berat Rupanya Tekanan Darah Tinggi – Kisah Benar Tentang Hipertensi Dan Pembengkakan Jantung

Sakit Kepala Belakang & Tengkuk Berat Rupanya Tekanan Darah Tinggi – Kisah Benar Tentang Hipertensi Dan Pembengkakan Jantung Pada mulanya dia hanya merasakan bahagian belakang kepala sering berkedut dan leher terasa sakit. Kerana gejalanya sama seperti selsema biasa, dia hanya membeli ubat di kedai, berehat seketika, kemudian meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Hari demi hari keluhannya semakin ketara. Badan mula mudah letih, dada terasa tidak selesa, nafas menjadi pendek dan jantung sering berdebar-debar tanpa sebab yang jelas. Sehingga akhirnya dia membuat keputusan untuk berjumpa doktor. Namun hasil pemeriksaan itu benar-benar mengejutkan dirinya. Tekanan darahnya terlalu tinggi dan doktor memaklumkan bahawa keadaan tersebut telah memberi kesan kepada jantung sehingga berlaku pembengkakan jantung. Menurut doktor, hipertensi atau tekanan darah tinggi yang berpanjangan boleh menyebabkan jantung bekerja terlalu keras setiap hari. Lama-kelamaan otot ja...

Cukup Allah Yang Tahu – Tentang Jatuh Bangun & Belajar Bangkit Sendiri

Cukup Allah Yang Tahu – Tentang Jatuh Bangun, Keikhlasan & Kekuatan Hati | #JMBELOG Cukup Allah Yang Tahu – Tentang Jatuh Bangun & Belajar Bangkit Sendiri Ada fasa dalam hidup ini, kita terlalu berharap manusia akan memahami luka yang kita simpan diam-diam. Kita fikir bila kita penat, akan ada yang datang memimpin tangan. Bila kita jatuh, akan ada yang membantu kita berdiri semula. Namun akhirnya hidup mengajar satu perkara — tidak semua yang datang itu benar-benar ikhlas untuk tinggal. Ada yang hadir sekadar singgah. Ada yang datang hanya ketika kita sedang kuat. Dan ada juga yang perlahan-lahan menjauh saat kita mula menunjukkan lemah. Sakit? Ya, memang sakit. Tapi daripada situlah kita belajar bahawa kekuatan sebenar bukan datang daripada manusia, tetapi daripada hati yang masih percaya kepada Allah walaupun dunia terasa gelap. Kadang-kadang kita menangis sendirian. Bukan sebab mahu dikasihani, tetapi sebab terlalu lama memendam rasa. Penat menjadi kuat. ...

Lirik Lagu Bila - Nadya Fatira (Ost Kata Hati)

Lirik Lagu Bila - Nadya Fatira (Ost Kata Hati) Dan waktu, dan waktu pun terus berlalu Menemani hari-hari kita, indah, semua sempurna, ah-ha Seketika dia yang dulu pernah ada Pernah ada di hatimu, kini datang membuatmu bimbang, ah-ha Namun, sayangnya T'lah kujatuhkan hati Dan bila Kau tak kunjung tetapkan rasa Di mana hatimu berada? 'Kan kulepaskan kau s'lamanya, ah-ha Dan bila Kau tak kunjung lupakan dia Dia yang t'lah membuatmu luka 'Kan kuikhlaskan kau s'lamanya Katakanlah semua Dan lagi, ku salah menjatuhkan hati Kujatuhkan pada dirimu yang ada di antara aku dan dia Namun, sayangnya T'lah kujatuhkan hati Dan bila Kau tak kunjung tetapkan rasa Di mana hatimu berada? 'Kan kulepaskan kau s'lamanya, ah-ha Dan bila Kau tak kunjung lupakan dia Dia yang t'lah membuatmu luka 'Kan kuikhlaskan kau s'lamanya Katakanlah semua Hu...

Ayah Tinggalkan Anak 20 Tahun, Kembali Hanya Untuk Meminta Maaf – Kisah Yang Menyentuh Hati

Ayah Tinggalkan Anak 20 Tahun, Kembali Hanya Untuk Meminta Maaf – Kisah Yang Menyentuh Hati Ayah pergi membeli roti. Ketika itu, Aiman masih kecil. Dia berdiri di hadapan rumah sambil melambai tangan. Dalam fikirannya yang polos, ayah pasti akan pulang seperti biasa. Namun roti tidak sampai. Dan ayah juga tidak kembali. Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Bulan bertukar tahun. Akhirnya dua puluh tahun berlalu tanpa khabar yang benar-benar mengubat kehilangan. Sepanjang tempoh itu, ibulah yang menjadi tulang belakang keluarga. Setiap hari beliau bekerja membersihkan pejabat dengan gaji yang kecil. Ada masa-masanya, beliau terpaksa memilih antara membeli beras untuk makan malam atau membeli buku teks untuk pendidikan anaknya. Namun seorang ibu jarang mengalah. Beliau memilih untuk terus berjuang. Hasil pengorbanan itu, Aiman berjaya menamatkan pelajaran dan menjadi seorang arkitek yang dihormati. Kejayaan pertama yang ingin dikongsi bukanlah kereta mewah atau kehidupan yang serb...