Sinopsis Filem Sue-On

Sinopsis Filem Sue-On

Sue-On seekor hantu Korea yang sering menganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen. Pada satu malam nasib Sue-On Ddak begitu baik kerana selepas keluar dari skrin tv, Adam yang dimarahi oleh bapanya kerana menonton tv dengan begitu lama, mematikan suis tv dan membuatkan Sue-On terperangkap dan tidak boleh pulang ke tempat asalnya.


Sue-On berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan pulang ke tempat asalnya dengan mencari sesiapa sahaja yang sedang menonton filem Sue-On. Nak dijadikan cerita, ketika Sue-On sedang mencuri masuk ke dalam satu rumah, kewujudan Sue-On telah disedari oleh sepasang suami isteri yang pada ketika itu sedang menonton filem Hantu Kampung Sebelah. Oleh kerana takut diapa-apakan, Sue-On mengambil keputusan untuk melompat masuk kedalam skrin tv itu. Pasangan suami isteri itu terus memadamkan tv mereka. Kini Sue-On terperangkap di Kampung Sebelah.
Share:

Kalau kau masih di sini, terima kasih kerana bertahan.
Kalau kau penat, rehatlah di sini... aku juga pernah di situ.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat

#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan