Terseksanya jiwa dan raga apabila setiap kali ingin membuang air besar memakan masa berjam-jam untuk selesai kerana mengalami sembelit. Bukan sahaja letih, malah selalu sembelit ini juga merisaukan kerana mungkin terjadinya luka pada dubur. Sakit!
Jadi, apa kata anda cuba makan makanan yang disenaraikan oleh doktor ini supaya proses ‘melepaskan hajat’ tidak mengambil masa yang lama lagi. Lega!
MAKANAN UNTUK SEMBELIT, TAK PAYAH TERAN-TERAN!
Semua orang pasti pernah merasai dan mengalami pengalaman sukar untuk membuang air besar kerana sembelit kan? Bagaimana masalah sembelit boleh berlaku?
Untuk pengetahuan anda semua, sembelit merupakan kondisi di mana individu itu sukar untuk berak meskipun rasa sakit perut akibat keadaan najis yang mungkin sudah terlalu lama dan keras di dalam usus. Masalah sembelit ini sering kali dikaitkan dengan risiko buasir kerana individu cenderung meneran dengan lebih kuat ketika membuang air besar lantas membawa kepada tekanan di kawasan tersebut.
1. Air kosong/cecair lain
Pertama dan paling penting, ada sebab kenapa ramai pakar menyarankan untuk minum air kosong sekitar 8 gelas dalam sehari. Ini demi mengelakkan masalah dehidrasi yang juga merupakan punca utama sembelit. Cecair lain dalam bentuk jus, soda atau macam-macam lagi minuman lain turut mampu mengelakkan anda daripada dehidrasi.
2. Pelbagai jenis buah-buahan
Selain minuman sebagai sumber air, anda juga mungkin memerlukan makanan untuk sembelit yang tinggi serat. Contoh yang paling bagus adalah variasi jenis buah-buahan sama ada dari jenis tempatan atau tidak.
Tidak hanya sarat dengan serat, pelbagai jenis vitamin dan mineral juga tinggi di dalam contoh buah seperti di bawah:
– Pisang
– Betik
– Mangga
– Tembikai
– Anggur
– Avokado
– Epal
– Pir
– Prun
– Kiwi
3. Aneka sayuran dan bijian
Buah juga bukan satu-satunya kategori makanan daripada tumbuhan yang perlu anda pertimbangkan. Ini kerana sayuran seperti brokoli dan bayam serta bijian selasih dan chia juga baik untuk masalah sukar berak.
4. Bijirin daripada gandum
Merupakan sumber karbohidrat yang utama, ramai orang tidak tahu jika bijirin juga amat kaya dengan serat sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu senarai makanan untuk sembelit yang berkesan. Antara contoh bijirin yang paling sihat adalah oat kerana secawan oat 30 gram mungkin mengandungi sekitar 4.8 gram serat lantas akan membantu melancarkan dan melegakan sebarang masalah dalam usus.
5. Kekacang
Ramai orang juga mungkin belum tahu bahawa kebanyakan jenis kekacang tinggi dengan serat boleh larut dan tidak larut di mana kedua-duanya mampu membantu mencegah sembelit dengan cara yang berbeza. Serat larut menyerap air dan membentuk konsistensi seperti gel untuk melembutkan najis sekali gus mudah dibuang, manakala yang tidak larut akan membantu melancarkan proses pencernaan dan penghadaman.
6. Produk tenusu untuk sembelit
Produk tenusu adalah antara makanan yang tinggi dengan serat dan mampu melancarkan lagi perjalanan najis di dalam usus. Kesannya, ia mungkin dapat membantu individu mencegah dan merawat sembelit.
7. Makanan yang telah difermentasi
Akhir sekali, makanan tinggi serat untuk sembelit juga mungkin harus merangkumi pelbagai jenis makanan yang telah difermentasi, contoh popular tempe, tapai, kimchi serta macam-macam jenis lain.
Alasannya, kebanyakan makanan ini telah bercampur dan berada di dalam lingkungan yang sama dengan banyak jenis bakteria sihat. Kesannya, bakteria ini mampu menyihatkan organ perut individu.
Tak berpeluh-peluh dah setiap kali buang air besar tu ye..
Sumber: Dr.Samhan
Kredit: SirapLimau
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!