Pages

September 02, 2024

MEMOHON MAAF DAN MEMAAFKAN

TAZKIRAH : MEMOHON MAAF DAN MEMAAFKAN

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dalam proses untuk mengembangkan diri kita menjadi lebih baik dan dalam kehidupan sehari-hari, manusia tidak akan pernah luput akan yang dinamakannya dengan kesalahan ataupun kekhilafan. Hal itu merupakan hal yang biasa dan normal, kerana tidak akan ada manusia yang sempurna terlepas ataupun luput dari sebuah yang dinamakan kesalahan. Kita sebagai manusia juga berkewajipan boleh untuk memaafkan kesalahan orang lain tersebut, bagi yang telah meminta maaf.

Alasan orang-orang yang sukar memaafkan biasanya adalah kerana hal tersebut sudah melukai hati yang paling dalam. Tetapi dalam Islam sebesar mana pun kesalahan tersebut, kita sebagai manusia harus mampu dan wajib untuk memaafkannya. Kerana dengan itu kita boleh terhindar dari bahaya tidak memaafkan, iaitu menghancurkan rantai dendam dalam diri dan melangkah menuju ke kehidupan yang lebih baik sebagaimana diterangkan dalam ayat Al-Qur’an dan Al-Hadith bahawa ketika manusia memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain, maka Allah akan memberikan kepadanya ketenangan jiwa dan kekuatan untuk merubah ke arah peribadi yang lebih baik.

Jika kita ingin disebut sebagai orang bertaqwa kepada Allah SWT, kita wajib memberikan kemaafan atas kesalahan orang lain tanpa harus ada permintaan maaf dan mempermasalahkan lagi kesalahan yang diperbuatnya. Jika kita berbuat dosa kepada orang lain, kita wajib meminta ampun kepada Allah. Permintaan maaf kepada orang lain penting untuk menjaga hubungan kita dengan sesama manusia dan agar kita terhindar dari sifat dendam yang dibenci dan sangat oleh Allah SWT.

Maaf dan Memaafkan dalam Al-Qur’an merupakan sesuatu hal sangatlah penting diketahui dan dilakukan oleh kita umat manusia, terutama kita sebagai umat Muslim. Allah mengajarkan kita tentang maaf memaafkan sesama manusia, dan sebagai seorang mukmin wajib memaafkannya seseorang yang khilaf berbuat salah, lalu meminta maaf. Ini kerana memaafkan seseorang yang meminta maaf merupakan ciri seorang muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT, seperti yang sudah tertulis di beberapa ayat-ayat Al-Qur’an dan Al-Hadith Nabi Muhammad SAW sebagai berikut:

Ayat Ayat Al-Qur’an:

“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahu pun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Al-Imran : 133-134). 

“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.” (Surah Al-A’raf : 199).

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Surah Al-Baqarah : 263).

“Jika kamu menzahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema’af lagi Maha Kuasa.” (Surah An-Nisa : 149).

“Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.” (Surah Asy-Syura : 43).

Meminta maaf di dalam Al-Qur’an sememangnya tidak ditemui ayat-ayat berkaitan meminta maaf atas perbuatan yang telah kita perbuat kepada seseorang. Akan tetapi di dalam Al-Qur’an kita diajarkan untuk selalu meminta keampunan kepada Allah SWT, kerana apabila kita berbuat kesalahan kepada orang lain, sesungguhnya kita telah berbuat dosa. Yang dapat mengampuni dosa-dosa kita adalah Allah SWT, sehingga kita meminta keampunan dari Allah SWT di atas dosa kita tersebut.

“Dia berkata: “Hai kaumku mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum (kamu minta) kebaikan? Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat.” (Surah An-Naml : 46).

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa seksaan hari kiamat.” (Surah Al-Hud : 3).

Hadith-Hadith Nabi Tentang Memaafkan kesalahan orang lain yang ertinya sebagai berikut:

“Tidak halal apabila seorang Muslim menjauhi kawannya lebih dari tiga hari. Apabila telah lewat waktu tiga hari tersebut maka berbicaralah dengannya dan beri salam. Jika ia menjawab salam maka keduanya akan mendapat pahala dan jika ia tidak membalasnya maka sungguhlah dia kembali dengan membawa dosanya, sementara orang yang memberi salam akan keluar dari dosa.”(Hadith Riwayat Muslim).

“Pintu-pintu syurga akan dibukakan pada hari Isnin dan Khamis, lalu Allah akan memberi keampunan kepada sesiapapun yang tidak menyekutukan-Nya kecuali seorang lelaki yang berpisah dengan saudaranya. Maka Allah berkata : tangguhkanlah kedua orang ini hingga mereka berdamai, tangguhkanlah kedua orang ini hingga ia berdamai, tangguhkanlah kedua orang ini hingga mereka berdamai.” (Hadith Riwayat Muslim).

“Mahukah aku ceritakan kepadamu mengenai sesuatu yang membuat Allah memuliakan bangunan dan meninggikan darjatmu? Para sahabat menjawab ; tentu. Rasulullah SAW pun bersabda; Kamu harus bersikap sabar kepada orang yang membencimu, kemudian memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu, memberi kepada orang yang memusuhimu dan juga menghubungi orang yang telah memutuskan silaturahim denganmu.” (Hadith Riwayat Thabrani).

“Sungguh aku benar-benar tahu akan penghuni neraka yang keluar terakhir dan penghuni syurga terakhir yang masuk kedalamnya, iaitu mereka yang keluar dari neraka dengan merangkak dan mendatangi syurga, tapi terkhayal padanya bahawa syurga itu penuh lalu ia kembali pada Allah (hingga berkali-kali) Allah berkata : Masuklah ke dalam syurga kerana sesungguhnya telah menjadi milikmu bagaikan dunia dan sepuluh kali gandaannya atau sepuluh kali ganda dunia. Orang itu berkata; Apakah engkau mengejekku. Dikatakan bahawa itu adalah penghuni syurga yang rendah kedudukannya.” (Hadith Riwayat Bukhari).

“Jika kamu membuat suatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan suatu kesalahan orang lain, maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (Hadith Riwayat Bukhari).

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebaikan sebesar zarah, maka Allah akan melipatgandakan dan memberikan pahala yang besar di sisinya.” (Hadith Riwayat Bukhari).

Demikianlah pelbagai kumpulan ayat Al-Qur’an dan Al-Hadith tentang memaafkan kesalahan orang lain dalam Islam. Mudah-mudahan semua ayat ayat Al-Qur’an dan Al-Hadith diatas boleh menyedarkan diri kita sebagai seorang muslim, bahawa memaafkan kesalahan orang lain yang sudah meminta maaf tersebut merupakan sebuah alat mengukur keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Bermohonlah kemaafan dan maafkanlah.. memang sukar tetapi akan memudahkan kita tatkala ia telah dilaksanakan. Usahlah diletakkan syarat dalam kemaafan.. usahlah diletakkan syarat dalam meminta maaf.. mohon maaf dan maafkanlah.. sesungguhnya Allah akan memuliakan kita dan mengangkat darjat kita walau apa pun tahap kesalahan itu. Mudah-mudahan Allah merahmati kehidupan kita semua.

Dengan ini saya mengambil kesempatan kepada semua yang membaca penulisan saya ini.. baik isteri, anak-anak, saudara-mara, sahabat handai, masyarakat dan sesiapa jua yang mengenali saya secara langsung mahupun tidak langsung... Dengan penuh ikhlas dan tulus... SAYA MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA DI ATAS SEMUA KESALAHAN SAYA SAMADA SENGAJA ATAU TIDAK DISENGAJAKAN DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI. BEGITU JUGA SAYA DENGAN PENUH TULUS IKHLAS MEMAAFKAN ANDA SEMUA.

Wallahu'alam

Syamsul Debat
21 Mac 2018
4.30 pagi Madinah / 9.30 pagi Malaysia

Dikemaskinikan oleh Sdr Yusmadi Yusof
























0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!