MONOLOG BILA KATA TAK LAGI MAMPU: EPISOD 4

“Dalam Diam, Aku Kuat”

_"Orang fikir… aku diam kerana lemah.
Mereka silap…

Kerana dalam diamku, aku belajar kuat.
Dalam diamku, aku belajar sembuh.
Dalam diamku… aku belajar…
Bahawa tidak semua luka harus dipamerkan.
Tidak semua pedih perlu dijeritkan.

Ada duka... yang hanya perlu dibisikkan pada Tuhan.
Ada rindu... yang cukup dipeluk dalam doa.
Dan ada cinta... yang lebih indah…
Bila tak semua orang tahu._

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan