Kadang Yang Penat Itu Bukan Kerja, Tapi Sikap Orang


Ada waktu, kita kerja bukan sebab minat pun, tapi sebab amanah dan rezeki.
Tapi yang memenatkan bukan tugasan harian —
Yang memenatkan ialah drama yang kita tak minta.

Kawan satu cakap lain,
kawan satu lagi bawa cerita lain.
Masing-masing dah besar, dah ada keluarga,
tapi cara berfikir masih macam belum pernah hidup dalam dunia sebenar.

Susah bila kita nak jaga hati semua orang,
tapi orang sekeliling tak jaga langsung kesan kata-kata mereka pada kita.
Susah bila kita cuba bekerja dengan tenang,
tapi ada saja yang suka menokok tambah cerita.
Susah bila kita mahu damai,
tapi kerja jadi tempat penuh bunyi.

Sampai kita diam,
bukan sebab kalah —
tapi sebab malas nak masuk gelanggang yang tak ada faedah.

Kadang kita tanya diri sendiri,
“Kenapa aku yang penat, sedangkan aku bukan punca apa-apa?”

Jawapannya senang —
sebab kita orang yang fikir.
Diorang tidak.

Catat Ulasan

0 Ulasan