November 15, 2023

Kopi Cap Gantang

Tauke Kilang Kopi Cap Gantang, Abang Mat atau nama sebenar Mohamad Hassan bin Mohamad Rawther. Asal dari Kubang Panggas, Kubang Rotan.

Berhijrah ke Kuala Pegang, Baling pada tahun 1984 untuk bekerja di kilang kopi Cap Songkok dengan gaji RM6 sehari — sebulan RM180.

Pada tahun 1990, berhenti kerja di kilang kopi Cap Songkok untuk mula bisnes kopi sendiri — goreng kopi di tepi rumah.

“Masa tu berapa target pengeluaran kopi Abang Mat sebulan?”

“30 kilo lebih saja.”

Kini, selepas lebih 30 tahun production kopi Gantang yang Abang Mat mula usaha di tepi rumah dulu sudah mencecah lebih 5.4 tan sehari.

Saya ulang — sehari, bukan sebulan!

Kalau ditukar kepada kilogram, produksi kilang Abang Mat la ni adalah sebanyak 5,400 kilogram sehari berbanding target Abang Mat 30 tahun dulu — 30 kilo sebulan.

162 tan sebulan. Hat dalam kilogram hangpa kiralah sendiri.

Walaupun dah jadi taukeh besaq, Abang Mat tetap maintain low profile, masih naik motor Honda EX5. 

Itulah hasil kesungguhan, fokus, istiqomah dengan usaha dan inovatif.

Sebenarnya ada lagi idea Abang Mat nak menambah nilai bisnes kilang kopi Gantang. Itulah tujuan saya diajak oleh Sdra Goh Toh Sin menziarah Abang Mat di kilangnya di Lanai, Baling baru baru ini.

Apa idea itu tak bolehlah  reveal lagi, nanti hilang seri! 

Inilah usaha yang boleh kita bantu bawa naik untuk menjayakan visi The Greater Kedah, insya Allah.

Sumber: FB Muhamad Mat Yakim




0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!