November 16, 2023

Mari kita kenali 6 tiang penting yg ada di dalam Raudhah.

SIMPAN SINI UNTUK RUJUKAN. 

Semoga kita semua dapat peluang untuk ke Raudhah suatu hari nanti. InsyaAllah. 

Raudhah adalah tempat yang mustajab untuk berdoa.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
‎مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ
Tempat yang terletak di antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu di antara taman-taman syurga. (HR. Bukhari dan Muslim) 

Mari kita kenali 6 tiang penting yg ada di dalam Raudhah.

Antara Tiang tersebut ialah:- 

1. Tiang Sarir ( tiang katil )
Tiang ini ialah dimana suatu masa dahulu adalah tiang tempat Nabi Muhammad SAW berehat

2. Tiang Ali / Tiang Pengawal-
Tiang ini dahulu tempat yang digunakan pengawal untuk mengawal rumah Nabi Muhammad S.A.W, dimana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali. 

3. Tiang Wufud (Perundingan) -
Suatu masa dahulu di tiang ini Nabi Muhammad SAW gunakan untuk berjumpa dengan pemimpin dari luar yg datang ke Madinah utk persidangan.

4. Tiang Aishah - 
Tiang ni sangat istimewa, dimana ditiang inilah Nabi Muhammad selalu mengerjakan solat Tahajud dan solat Taubat setiap malam. 
Baginda Nabi SAW bersabda kelebihannya “ SEKIRANYA KAMU TAHU KELEBIHAN SOLAT DISITU PASTI KAMU AKAN BERATUR UNTUK SOLAT DISITU “
Tiang ini bernombor 119.

5. Tiang Abi Lubabah (Tiang Taubat) 
Tiang ini adalah tiang Abi Lubabah yg telah melakukan kesilapan dgn berbohong kepada Nabi Muhammad, akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari. Dan tiang ini digelar tiang taubat Abi Lubabah. 

6. Tiang Muhallaqah - ( mimbar )
Tiang ini dibawahnya telah ditanam satu batang pokok kurma yg pernah menangis kerana sedih tdk digunakan lagi oleh baginda SAW ketika menyampaikan khutbah. Nabi memujuk batang kurma itu untuk menghentikan tangisan dengan menjanjikan ia akan tumbuh didalam syurga.

👉🏻Mehrab Nabi -  
Ini Mehrab Nabi (Mehrab baru) di Mehrab inilah nabi gunakan utk solat berjemaah bersama sahabat2 beliau.

Di Mehrab ini juga Saidina Umar ditikam oleh Abu lulu'ah al-majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.

Jika tuan/puan berpeluang masuk ke dalam Raudah cubalah utk solat di kawasan tiang-tiang ini terutamanya tiang 119 Tiang Aisyah.

Nota dari, 
#UstazAbdulRazzaq




0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut