Pages

April 05, 2024

ANAK BAPAK - LAGENDA AR. TOMPEL

ANAK BAPAK - LAGENDA AR. TOMPEL 

Semasa kematiannya tanggal 30 Januari 1973, A.R.Tompel mempunyai 18 orang anak hasil daripada 6 perkahwinan. Seramai 9 orang daripada mereka adalah lelaki. 

6 perkahwinan ini termasuk :
1. P. Suriati (Pelakon) - 3 orang anak
2. Saloma -(Penyanyi) seorang anak
3. Azizah@ Jah Ismail (Pelakon)- 10 orang anak
4. Shamsiah - seorang anak
5. Ruminah Sidek (Pelakon) - 2 orang anak
6. Zainun Yusof - seorang anak

Bersama P.Suriati, Armaya Aman Ramlie (A.R.Badol) dan Amran Aman Ramlie (Amran Tompel) paling terkenal. Begitu pun juga, antara mereka berdua, A.R.Badol yang lahir di Singapura pada 2 November 1949, paling menonjol kerana banyak berlakon dan mengarah filem yang boleh dikatakan semuanya bercorak komidi. Bagaimanapun anak AR Tompel yang sulong - Anuar meninggal dunia pada Disember 2019 yang lalu.

Bersama Saloma, A.R.Tompel hanya mempunyai seorang anak, Armali Aman Ramlie, yang lebih terkenal sebagai pemuzik dibandingkan pelawak. Dia dilahirkan di Singapura pada tahun 1953 dan meninggal pada tahun 2006.

Bersama Jah Ismail, paling ramai A.R.Tompel mempunyai anak (10 semuanya) Mereka sedang giat berusaha mengumpulkan bahan-bahan mengenai A.R.Tompel untuk tulisannya yang akan dijadikan buku.

Bersama Ruminah Sidek, Adlin Aman Ramlie yang paling ke depan mengikut langkah ayahnya sebagai anak seni, aktif didalam pementasan teater & filem.

Bersama Shamsiah & Zainun merupakan wanita kebanyakan masing masing dengan seorang anak. Zainun berasal dari Kelantan, hanya seorang anak - Dicky AR yang masih didalam perut sewaktu AR Tompel meninggal dunia. Namun tak dapat dinafikan wajahnya saling tidak tumpah keturunan Aman Ramlie.

Catch Cold Father! mana satu betul betul muka ANAK BAPAK?

Teks: Mimin

Rujukan:
Repair Gambar Lama
Keluarga AR Tompel - Azman AR


0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!