Ya ALLAH, Perlihatkanlah Kami Yang Benar Itu Benar…
Macam-macam maklumat dan perkhabaran sampai ke pengetahuan kita. Pengajaran, ceramah, buku, majalah, akhbar dan media sarat dengan cerita dan berita.
Benar dan palsu bercampur belaka. Jelas dan samar dicampur-adukkan bersilih masa. Sampai keliru tak tahu nak beza. Pada ALLAH lah kita meminta. Agar terus di atas jalanNYA.
Moga doa ini bermanfaat buat semua:
،اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ
،وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً، وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ
وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِساً عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Bermaksud:
“Ya ALLAH, perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar, dan kurniakanlah kami untuk dapat mengikutinya. Dan perlihatkanlah kepada kami yang salah itu salah, dan kurniakanlah kami untuk dapat menghindarinya. Janganlah ENGKAU menjadikannya samar di hadapan kami sehingga kami tersesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Doa ini diriwayatkan daripada `Umar al-Khattab radhiAllahu `anhu)
Doa di atas cuma salah satu daripada banyak doa yang ada. Pintalah kepada ALLAH Yang Maha Esa sentiasa. Hidayah dan taufiqNYA lah yang kita damba. Agar bertemu dengan ALLAH dalam keadaan yang diredhaiNYA.
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!