Pages

April 18, 2024

PENGALAMAN itu bukan kiraan berapa lama kita bekerja

PENGALAMAN itu bukan kiraan berapa lama kita bekerja. Jikalau bekerja 10 tahun misalnya, tidak semestinya kita telah banyak PENGALAMAN. Mungkin jika dikumpul-kumpul, hanya sekadar 2 tahun sahaja PENGALAMAN yang dikutip selama 10 tahun bekerja. Mungkin orang yang bekerja setahun lebih padat dan kaya PENGALAMAN berbanding kita belasan tahun. PENGALAMAN itu adalah sesuatu yang kita tempuhi, alami, hadapi, rasai, genggami, dakapi,jiwai, kecapi, capai dan resapi dalam diri meliputi sikap positif, bakat luar biasa, kemahiran berkomunikasi, kebijaksanaan membuat keputusan, kepakaran membangunkan organisasi/pasukan, kebolehan menyelesai masalah, kemampuan melaksanakan pelbagai kerja, keupayaan menyiapkan kerja mengikut garis masa dan segala aspek yang kita perolehi selama mana kita bekerja. Jika kita dapat merangkul kesemua apa yang kita lalui sepanjang bekerja, itulah PENGALAMAN BERHARGA yang tidak dapat diperolehi di mana-mana, mahupun dibeli dengan wang ringgit. Maka, hargailah waktu bekerja kita, tidak kira lama ataupun seketika cuma. PENGALAMAN bisa mengajar kita erti kehidupan dan sewajarnya menambahbaik segala kekurangan, kelemahan dan kesilapan lalu.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!