April 26, 2024

umpama makan nasi tanpa lauk...

Wirid selepas solat itu menghadirkan ketenangan pada jiwa kita. 

Orang yang melakukan wirid selepas solat hingga dia mengangkat tangan berdoa kelebihannya dia mendapat keampunan di sisi Allah.

Orang yang tidak berwirid selepas solat umpama dia makan nasi tanpa lauk. 

Orang yang reti nilai wirid dia sayang nak tinggal wirid sebab Allah bagi kat dia kecelikan mata hati dia dapat melihat kelebihan wirid yang dia amalkan. 

Orang yang baca Al-Fatihah dan Ayat Kursi selepas solat maka dia diamankan daripada bala selepas solat itu. 

Bermakna kita telah menyiapkan satu jaminan keselamatan kepada diri kita apabila baca Al-Fatihah dan Ayat Kursi selepas solat. 

Orang yang bangkit dari tempat solat dia keluar daripada masjid tanpa sempat Ayat Kursi selepas dia solat tiada sama sekali.

Selepas selesai solat bagi salam yang pertama sekali kata Tuan Guru , adab kita dengan Allah kita kena ucap Alhamdulillah dulu mula-mula sekali kepada Allah.

Kena puji Allah sebab Allah lah yang buat kita yang tolong kita sampai kita boleh solat ni.

Lepas puji Allah barulah istighfar minta ampun kepada Allah atas kelemahan kekurangan kita dalam mengerjakan ibadah. 

Mohon Allah tutup mana yang kurang dengan rahmat dan kasih sayang. 

Sibuk macam mana pun jangan bangkit dari tempat solat sebelum selesai:

1 - Puji Allah ucap Alhamdulillah. 
2 - Beristighfar 10x. 
3 - Ayat Kursi 1x. 
4 - Tasbih Fatimah. 
5 - Penghulu Istighfar. 
6 - Selawat. 
7 - Berdoa. 

Ini paling kurang jika kita sibuk sangat tak sempat nak wirid panjang. 

Sebenarnya ada banyak lagi amalan lain selepas solat seperti Surah Al-Insyirah, Selawat Tafrijiyyah, Al-Ikhlas dan yang lain-lain. 

Jika kita ada masa, adalah lebih baik tambah lagi dengan wirid tersebut tetapi jika masa terhad, tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. 

Jangan bangkit dari tempat solat tanpa apa-apa wirid.

~ Tuan Guru Syeikh Zainul Asri




0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!