Siapakah insan bernama Sabri Yunus ini?
Nama sebenarnya Mohd Sabri Bin Yunus ini.
Beliau dilahirkan pada tahun 1961 di Kampung Landak, Pengkalan Chepa, Kelantan. Pokya Seghedam merupakan anak ketiga daripada 7 beradik.
Ayahnya seorang Tok Penghulu dan juga tukang gunting rambut manakala ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa.
Sabri Yunus juga amat meminati seni budaya khususnya dari Kelantan. Contohnya, seni dikir barat sangat dekat dengan diri Sabri biarpun menjadi tok jogho dikir barat selepas berhijrah ke Kuala Lumpur.
Sabri bukan sahaja meminati seni dan budaya Kelantan, malah turut memahami budaya orang Melayu; faham dengan masalah dan sikap orang Melayu. Justeru, setiap karya beliau mempunyai sentuhan yang tersendiri.
Berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membuka peluang kepada Sabri Yunus untuk mengenali lebih ramai penggiat seni. Di DBP, Sabri diberi pekerjaan sebagai pereka grafik.
Di DBP jugalah, Sabri mula aktif dalam dunia teater dan bakat beliau mula disedari apabila berlakon sebagai Pak Hasan Muda atau Tok Selampit menerusi teater berjudul “Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman” arahan
Tan Sri Johan Jaaffar.
Umum sedia maklum, seniman sejati karya-karyanya sentiasa dekat dengan masyarakat. Begitu juga dengan Sabri, karya-karyanya sering menyentuh kisah kehidupan di sekeliling masyarakat sama ada menerusi filem mahupun drama.
U-Wei melihat Sabri sebagai seorang yang sensitif (itulah sikap seorang seniman), seorang yang mempunyai perspektif berbeza terhadap kisah-kisah kecil yang besar ceritanya.
Sama seperti drama PYCC (Pok Ya Cong Codei), bagi individu lain ia hanya kisah kecil tetapi Sabri mampu menjadikan cerita kecil Pok Ya itu menjadi sebuah kisah yang besar.
Mampu menyentuh masyarakat dengan watak dan kisah dalam PYCC. Berbeza dengan pengarah lain (bukan semua) yang mengambil cerita-cerita besar yang kecil kisahnya.
Al-Jafree pernah berkata, karya karya Sabri sangat dekat dengan Masyarakat. Sesuatu yang sukar bagi kita untuk lihat sekarang kerana ramai pengkarya sibuk mahu menjadi ‘orang lain’.
Sabri tidak mencuba jadi ‘orang lain’ dalam karyanya, kerana beliau sedar menjadi diri sendiri lebih bermakna untuk diri artistiknya.
Sebagai seorang pelakon, Sabri tidak pernah gagal memberi impak dalam watak yang dijayakannya.
Berbalik kepada sitkom “Pi Mai Pi Mai Tang Tu”, mereka yang membesar dalam era sitkom popular tersebut pasti tidak akan melupakan watak Wan Ismail Golok lakonan Sabri.
Selepas beberapa tahun dikenali sebagai Wan Ismail Golok, ke mana sahaja Sabri pergi, ada yang memanggilnya Wan Ismail Golok.
Pada tahun 2018, Wan Ismail Golok telah dilupakan, ke mana sahaja Sabri pergi ramai yang memanggil beliau Pok Ya seolah-oleh itu nama sebenarnya.
Seperti Wan Ismail Golok, Pok Ya juga adalah karakter lelaki dari Kelantan yang mempunyai personaliti tersendiri.
Dilihat garang tetapi sebenarnya mudah untuk diajak berbincang namun tegas apabila sudah membuat satu keputusan yang dirasakan betul.
4) Di sekolah, beliau sangat popular di kalangan rakan-rakan dan guru kerana sifatnya yang suka berjenaka itu.
5) Sabri membesar dan bersekolah di Kelantan sebelum mengambil keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur selepas mendapat tawaran kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
6) Beliau meminati lakonan Allahyrham S. Kadarisman yang mempunyai gaya tersendiri. Sebelum bergiat dalam teater di Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabri terlebih dahulu mengasah bakatnya sebagai pengarah ketika di tingkatan 6 lagi.
7) Nama Sabri Yunus mula dikenali ramai selepas terlibat sama dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekitar tahun 1992 memegang watak sebagai Wan Ismail Golok.
8) Sepanjang kerjayanya sebagai anak seni, beliau pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Komedi TV Terbaik (Anugerah Seri Angkasa 2005) dan Artis Komedi Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 1993, 1994, 1995, 1996, 1998 dan 2000).
9) Sabri Yunus (bersama Saiful Apek) merupakan pemenang anugerah Artis Komedi Lelaki Popular terbanyak sepanjang zaman, masing-masing memenangi 6 anugerah.
10) Kini, anak Sabri, Saidi kerap membintangi drama-drama arahan Sabri termasuk PYCC:Memburu Siti. Diharapkan Saidi mengambil peluang ini untuk belajar seberapa banyak mungkin ilmu demi meneruskan legasi bapanya kelak.
Sumber
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!