JIKA SEDANG SAKIT RESAH SEDIH RISAU BIMBANG BACALAH

JIKA SEDANG SAKIT RESAH SEDIH RISAU BIMBANG BACALAH


حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ 


Hasbunallah Wani'mal Wakil Ni'mal Mawla Wani'man Nasir 


“Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”


ketia mengalami kesulitan maka jangan lupa untuk mengucapkan Hasbunallah Wani'mal Wakil Ni'mal Mawla Wani'man Nasir, Insya Allah segala urusanmu akan dipermudah oleh Allah SWT.


Yakinlah apabila Allah SWT mengilhamkan kita untuk berdoa, sudah tentu Dia akan menerima segala hajat dan permintaan kita.


Kita berdoa dengan penuh iman dan percaya diri, lalu kita serahkan sepenuhnya kepada Allah SWT. Pasrahkan semua masalah yang kita hadapi kepada Allah sepenuhnya, Allah pasti hadir dan berkata, "Tenanglah, Aku hadir untuk mengambil alih semua masalahmu!."

Surah 089: al-Fajr Ayat 15 – 30 (Jiwa yang tenang)



Surah 089: al-Fajr Ayat 15 – 30 (Jiwa yang tenang)

(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
(Al-Fajr 89:15)

Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
(Al-Fajr 89:16)

Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
(Al-Fajr 89:17)

Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;
(Al-Fajr 89:18)

Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),
(Al-Fajr 89:19)

Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
(Al-Fajr 89:20)

Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya,
(Al-Fajr 89:21)

Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),
(Al-Fajr 89:22)

Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?
(Al-Fajr 89:23)

Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
(Al-Fajr 89:24)


Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.
(Al-Fajr 89:25)

Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.
(Al-Fajr 89:26)

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
(Al-Fajr 89:27)

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
(Al-Fajr 89:28)

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
(Al-Fajr 89:29)

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
(Al-Fajr 89:30)