Sikap Bermuka-muka

Sikap Bermuka-muka
==========
1. al-Imam al-Bukhari merekodkan perbualan beberapa orang lelaki yang bertanya kepada Saidina Abdullah bin Umar tentang sikap mereka yang bersikap bermuka-muka. 

2. Dihadapan orang mereka memuji, dibelakang orang, mereka mengutuk dan mengkeji. Lalu Abdullah bin Umar menjelaskan bahawa sifat sebegini dianggap sebagai sebahagian daripada sifat munafik di zaman Rasulullah. 

3. Dalam riwayat riwayat yang lain pula Rasulullah menjelaskan:

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ذُو الوَجْهَيْنِ، الَّذِي يَأْتِي هَؤُلاَءِ بِوَجْهٍ، وَهَؤُلاَءِ بِوَجْهٍ»

Sejahat-jahat manusia adalah mereka yang memiliki dua wajah. Dia datang kepada orang lain dengan wajah yang lain, dan dia pergi kepada orang lain dengan wajah yang lain pula. (Sahih al-Bukhari).

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna

#03januari2022 #jmbelog

https://vt.tiktok.com/ZSeHvHbjv/

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

YA ALLAH, AMPUNILAH SEGALA DOSA KAMI, IBU BAPA KAMI, KELUARGA KAMI DAN SAHABAT-SAHABAT KAMI, SAYANGI MEREKA SEPERTI MANA MEREKA MENYAYANGI KAMI.

PANJANGKAN UMUR KAMI, KURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK, REZEKI YANG LUAS, KELUARGA YANG BAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT SERTA DIPERMUDAHKAN URUSAN MEREKA. AAMIIN YA RABBAL ALAMIN.