SINOPSIS BILA HATI BERBISIK

SINOPSIS BILA HATI BERBISIK

Mengisahkan Laila seorang model yang jauh dari amalan agama. Satu hari dia dilamar oleh kekasihnya Mukhriz walaupun hakikatnya Norma ibu Mukhriz amat benci pada Laila. Tanpa disangka ayahnya Bahri meminta permintaan terakhir supaya Laila berubah menjadi anak yang solehah. Berat untuk Laila membuat keputusan walaupun dinasihati oleh teman baiknya Natasha. 

Apabila Laila menerima pelbagai tanda hidayah dirinya mula cuba berhijrah. Laila mula rajin ke masjid menyertai usrah dan solat berjemaah bersama teman-teman jemaah yang baru dikenali. Tanpa di sangka, Ustaz Reza dan Tengku Adam yang ke masjid yang sama juga terjatuh hati padanya. 

Perhubungan Laila bersama Mukhriz makin goyah akibat campur tangan ibu Mukhriz, Norma yang sengaja mencari calon isteri mengikut kehendaknya dengan perkenalkan Hanum kepada Mukhriz, yang akhirnya berjaya menambat hati Mukhriz. 

Pada masa yang sama, Laila semakin rapat bersama Tengku Adam. Tanpa disangka, Natasha terjatuh hati kepada Tengku Adam, membuatkan Laila cemburu sedangkan kekasihnya Mukhriz. Laila dalam dilema mencintai Tengku Adam yang tersangat baik terhadapnya sedangkan Laila masih setia kepada Mukhriz.
Drama 26 episod 'Bila Hati Berbisik' di saluran RTM pada 2021

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

1 ulasan:

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”