Pages

November 08, 2021

10 Pesanan Agar Dipermudahkan Urusan Ketika Meninggal Dunia

10 Pesanan Agar Dipermudahkan Urusan Ketika Meninggal Dunia

1. Hak Kepada Diri

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak Kepada Malaikat Maut

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. Hak Kepada Kubur

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak Kepada Munkar Dan Nakir

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

Kita mungkin mampu menahan kemarahan tetapi adakalanya ramai yang suka untuk mengikhlaskan amalan. Dengan pelbagai jenis sosial media sekarang ramai suka berkongsi amalan baik mereka sama ada untuk mendapatkan perhatian ataupun untuk menggalakkan orang lain membuat amalan tersebut. Apapun pastikan niat kita ikhlas dalam menjalankan setiap amalan yang mendapatkan pahala dan membantu mudahkan urusan ketika meninggal dunia.

6. Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Tabiat suka mengumpat sebenarnya bukan senang untuk di tinggalkan jika kita berada dalam kelompok yang salah. Jadi cara yang terbaik ialah cukuplah sekadar mendengar dan jangan kita tokok tambah atau menyebarkan sebarang adu domba.

7. Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

Sesungguhnya sedekah yang paling baik ialah sedekah kepada ahli keluarga yang terdekat iaitu ibu bapa dan adik beradik kita.

Mungkin ramai suka bersedekah kepada orang luar tanpa mereka sedari ada jiran tetangga terdekat juga sedang di uji oleh Allah. Jadi ambil lah tahu juga urusan jiran tetangga adakah cukup makan pakai mereka. Jangan lah kita bersungguh membantu insan yang tidak kita kenali tetapi menafikan hak ibu bapa, adik beradik dan jiran tetangga.

8. Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)

Iaitu : Berasa reda dengan Qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kita selalu melihat ada golongan yang mereka tidak bersyukur dengan ujian dan nikmat yang Allah telah berikan. Sentiasa lupa ketika diberikan kesenangan, semoga kita dijauhi dari sifat tidak pernah cukup dengan hal hal keduniaan.

9. Hak Kepada Nabi SAW

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

Jika kita melihat rakan-rakan lain sedang bersaing mengumpul harta dunia janganlah kita berdengki mereka. Perbanyakkan lah selawat keatas baginda semoga kita mampu mengumpul pahala akhirat yang lebih banyak dan semestinya kita mampu melakukannya ketika hidup di dunia ini.

10. Hak Kepada Allah SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Jika inginkan urusan ketika meninggal dunia kita dipermudahkan dan Husnul Khatimah, maka dekatkan diri kita dengan amalan-amalan da ibadah bagi mendapat reda Allah.

Sumber : Nota Ustaz

Kredit: Dr Isahak Ghani & Skuad Pengurusan Jenazah

3 comments:

At-Tarmizi berkata...

Terima kasih atas perkongsian dan peringatan

SalbiahM berkata...

terima kasih atas peringatan

Syu Deris berkata...

Terima kasih atas perkongsian ni. Sangat bermanfaat.

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!