Menurut kenyataan Istana Negara di sini, hari ini, lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke-10 dijadual pada 5 petang ini di lstana Negara.
Al Sultan Abdullah turut menitahkan setiap Ahli Dewan Rakyat menghulur tangan antara satu sama lain bagi merapatkan semula saf demi masa depan negara tercinta.
Baginda turut mengingatkan Ahli Dewan Rakyat untuk mempamerkan solidariti, memberi keutamaan, komitmen tinggi dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Raja-raja Melayu turut menyokong pendirian Seri Paduka bagi pembentukan kerajaan stabil secepat mungkin.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”