Memaparkan catatan dengan label AKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKU. Papar semua catatan

Budak 16 Tahun Pecahkan Rekod Usain Bolt



Rekod hebat 200 meter yang dipegang oleh jaguh Jamaica, Usain Bolt telah dipecahkan oleh seorang remaja berusia 16 tahun, Gout Gout.

Pada Sabtu lalu, Gout yang merupakan pelari kebangsaan Australia telah merekodkan catatan masa 20.04 saat dalam acara 200m di Australian All Schools Athletics Championships.

Catatan yang dilakukan oleh Gout di Brisbane ini memecahkan rekod kebangsaan Australia berusia 56 tahun yang dipegang oleh Peter Norman iaitu 20.06 saat ketika Sukan Olimpik 1968.

Gout kini bukan sahaja bergelar pemegang rekod kebangsaan Australia bagi acara 200m, malah beliau kini berada di tempat kedua dalam senarai sepanjang zaman untuk atlet terpantas bawah 18 tahun.

Ini sekaligus mengatasi rekod Usain Bolt pada tahun 2003 dengan catatan 20.13 saat bagi pelari bawah 18 tahun dan kini hanya Erriyon Knighton yang berada di hadapan beliau sebagai pemegang rekod.

“Saya tidak menjangka ia akan berlaku secepat ini. Saya telah mengejar rekod itu, tetapi saya fikir ianya hanya akan tercapai tahun hadapan atau tahun selepas itu,” ucap Gout menurut laporan Punchng.

Makan Bola

Seseorang yang Anda Sayangi (Someone You Loved)

Saya akan jatuh dan saya takut kali ini tiada sesiapa untuk menyelamatkan saya

I'm going under and I fear this time there's no one to save meIni semua atau tidak ada cara untuk membuat saya gilaThis all or nothing really got a way of driving me crazySaya perlukan seseorang untuk sembuhI need somebody to healSeseorang untuk tahuSomebody to knowSeseorang untuk dimilikiSomebody to haveSeseorang untuk memegangSomebody to holdIa mudah untuk mengatakan, tetapi ia tidak pernah samaIt's easy to say, but it's never the sameSaya rasa saya agak suka cara awak hilangkan semua kesakitanI guess I kinda liked the way you numbed all the pain
Dan sekarang hari berdarah ke malamAnd now the day bleeds into nightfallDan awak bukan di sini untuk membantu saya melalui semua ituAnd you're not here to get me through it allSaya melepaskan kawalan sayaI let my guard downDan anda menarik permaidaniAnd you pulled the rugSaya sudah mula terbiasa menjadi orang yang awak sayangI was getting kinda used to being someone you loved
Saya akan ke bawah dan kali ini saya takut tiada sesiapa untuk berpalingI'm going under and this time I fear there's no one to turn toIni semua atau tiada cara untuk mencintai membuatkan saya tidur tanpa awakThis all or nothing way of loving got me sleeping without youSekarang, saya perlukan seseorang untuk tahuNow, I need somebody to knowSeseorang untuk menyembuhkanSomebody to healSeseorang untuk dimilikiSomebody to haveHanya untuk mengetahui bagaimana rasanyaJust to know how it feelsIa mudah untuk berkata tetapi ia tidak pernah samaIt's easy to say but it's never the sameSaya rasa saya agak suka cara awak menolong saya melarikan diriI guess I kinda liked the way you helped me escape
Dan sekarang hari berdarah ke malamAnd now the day bleeds into nightfallDan awak bukan di sini untuk membantu saya melalui semua ituAnd you're not here to get me through it allSaya melepaskan kawalan sayaI let my guard downDan anda menarik permaidaniAnd you pulled the rugSaya sudah mula terbiasa menjadi orang yang awak sayangI was getting kinda used to being someone you loved
Dan sekarang hari berdarah ke malamAnd now the day bleeds into nightfallDan awak bukan di sini untuk membantu saya melalui semua ituAnd you're not here to get me through it allSaya melepaskan kawalan sayaI let my guard downDan anda menarik permaidaniAnd you pulled the rugSaya sudah mula terbiasa menjadi orang yang awak sayangI was getting kinda used to being someone you loved


Doa agar solat kita sentiasa terjaga


Doa agar solat kita sentiasa terjaga, moga Allah letakkan kekuatan buat setiap hati untuk terus istiqomah dalam solat

Wang kertas Malaysia tersenarai no 3 paling terbesar di dunia.

Wang kertas Malaysia tersenarai no 3 paling terbesar di dunia.

Setiap negara pastinya mempunyai wang kertas tersendiri yang digunakan dalam urusan jual beli harian. Namun, terdapat juga wang kertas khas yang dihasilkan sempena peristiwa penting atau hari bersejarah sesebuah negara, seperti hari kemerdekaan.

Siapa sangka, salah satu wang kertas khas yang dikeluarkan di Malaysia merupakan yang terbesar di dunia!


3 Wang Kertas Terbesar di Dunia

Baru-baru ini, Banknote World berkongsi video di akaun TikTok mereka mengenai tiga wang kertas paling besar di dunia.

Wang kertas ini bukan sahaja tidak muat disimpan di dalam dompet, malah dihasilkan dalam jumlah terhad dan kebiasaannya menjadi buruan pengumpul wang kertas sebagai koleksi.

Berikut adalah tiga wang kertas terbesar di dunia:

#1. Wang $2,000 Fiji Dolar


Wang kertas ketiga terbesar di dunia ialah wang Fiji bernilai $2,000 (sekitar RM3,915.29 nilai semasa), yang dikeluarkan pada tahun 2000 sempena abad milenium.

Bahagian hadapannya memaparkan imej Presiden Fiji pada waktu itu, manakala bahagian belakang dihiasi flora dan fauna tempatan negara tersebut.

Menurut PMG, hanya 2,000 keping wang kertas ini dihasilkan. Namun, 1,900 keping telah dipulangkan kembali kepada Bank Rizab Fiji, manakala 100 keping lagi menjadi koleksi pengumpul.

#2. Wang 100,000 Peso Filipina


Di tempat kedua ialah wang kertas Filipina bernilai 100,000 Peso (sekitar RM7,576.46 nilai semasa), yang dikeluarkan pada tahun 1998 sempena ulang tahun ke-100 kemerdekaan Filipina.

Wang kertas ini lebih besar daripada kertas bersaiz A4 dan memaparkan adegan serta tokoh penting dalam sejarah Filipina.

Dijual pada harga 180,000 Peso, wang kertas ini hanya boleh dibeli oleh pengumpul dan telah dicetak di Jerman. Ia mempunyai 21 ciri keselamatan termasuk hologram.

#3. Wang RM600 Ringgit Malaysia

Malaysia memegang rekod dengan wang kertas terbesar di dunia apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan wang kertas RM600 pada tahun 2017.

Berukuran 22cm x 37cm, wang ini dikeluarkan sempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.


Bahagian hadapannya memaparkan imej Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ketika itu bersama 14 YDPA terdahulu. Di bahagian belakang pula, terdapat imej beberapa tokoh yang terlibat dalam upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Hanya 6,000 keping wang kertas RM600 ini dicetak dan dijual pada harga RM1,700 sekeping. Selain itu, BNM turut mengeluarkan wang kertas bercantum tiga dalam satu RM60 serta wang kertas sekeping RM60

Sarang Burung

GAMA Pulau Pinang disenaraikan dalam Malaysia Book Of Records sebagai pasar raya dan gedung serbaneka tertua di Malaysia.

GAMA Pulau Pinang disenaraikan dalam Malaysia Book Of Records sebagai pasar raya dan gedung serbaneka tertua di Malaysia.

Ia bermula sebagai 'Pulau Pinang Supermarket' di Penang Road pada tahun 1967. Apabila ia berpindah ke premis sekarang di Jalan Datuk Keramat pada tahun 1980, ia telah dinamakan semula sebagai GAMA.

Perbezaan ketara yang akan dilihat oleh pelanggan dalam GAMA ialah ia menggajikan warga emas dan individu OKU dalam kalangan pekerjanya.

Salah seorang daripada yang terakhir ialah En N. Pannipan, penjaga lif yang peramah dan membantu. Insan ini telah bekerja di sini selama lebih daripada empat dekad amanya.

Terima kasih kepada GAMA atas usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang patut dipuji.

Kepada Pannipan dan rakan sekerjanya yang lebih tua di GAMA, teruskan! Anda semua memberi inspirasi kepada rakyat Pulau Pinang!

𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 & 𝐏𝐢𝐜𝐭𝐮𝐫𝐞 𝐛𝐲 𝐀𝐮𝐧 𝐂𝐡𝐮𝐚𝐧



Penang Kini

KA boleh ambil semua barang di Mydin

Syarikat pemborong dan peruncit terkenal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berhasrat mahu memudahkan urusan pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming dalam memberikan bantuan buat mangsa-mangsa banjir di Kelantan.


KA boleh ambil semua barang di Mydin

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Mydin iaitu Datuk Ameer Ali Mydin menerusi satu panggilan video yang dibuat bersama Khairul Aming di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi rakaman video yang tular, Ameer memberikan kebenaran buat Khairul dan pasukan sukarelawannya untuk mengambil setiap barang keperluan buat mangsa banjir tanpa perlu membuat sebarang pembayaran terlebih dahulu.


"Awak boleh ambil barang seberapa banyak yang awak mahukan.

Tak perlu hantar orang nak bayar guna kad kredit ke apa.

Awak cuma berikan pada saya berapa limit belanja dalam RM20,000 ke Rm50,000 atau pun RM100,000."



Ujar Ameer, dia percaya Khairul akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sukarelawan dengan telus buat para mangsa banjir.


"Lepas habis banjir nanti barulah awak bayar. Tak apa, kita percaya Khairul Aming."


‘Terima kasih Datuk’

Di akhir perbualan, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman menitipkan ucapan terima kasih atas bantuan dan kepercayaan diberikan Ameer kepadanya.


"Okay baik Datuk, terima kasih banyak-banyak.

Jaga diri ya, terima kasih Assalamualaikum."


Untuk makluman, situasi banjir yang melanda di negeri Kelantan setakat hari ini dilihat semakin kritikal kerana sudah hampir 100,000 penduduk terkandas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sumber: Aplikasi X


Ohbulan

Surah as - saba ayat 14

Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina. Surah as-saba ayat 14

20 Kedudukan Baitul Makmur

Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Di manakah kedudukan Baitul Makmur? Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

وَالطُّورِ (1) وَكِتَابٍ مَسْطُورٍ (2) فِي رَقٍّ مَنْشُورٍ (3) وَالْبَيْتِ الْمَعْمُورِ

Maksudnya: “Demi gunung Tur (1). Dan demi kitab yang ditulis (2). Dalam satu lembaran yang terbuka dan terbentang (3). Dan demi Baitul Makmur.”

Ayat di atas mengandungi sumpah Allah SWT dengan al-Bait al-Ma‘mur yang merupakan tempat para malaikat bertawaf di sekelilingnya. Ia buat penduduk langit ibarat Kaabah yang disediakan buat penduduk bumi. Sayyid Qutb mengatakan bahawa bokeh jadi yang dimaksudkan dengan al-Bait al-Ma‘mur itu ialah Kaabah. Namun, pendapat yang lebih kuat, ia merujuk kepada rumah ibadat para malaikat di langit. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Malik bin Sa’sa‘ah R.Anhuma, katanya: Nabi SAW bersabda:

فَأَتَيْنَا السَّمَاءَ السَّابِعَةَ، قِيلَ: مَنْ هَذَا؟ قِيلَ: جَبْرَئِيلُ، قِيلَ مَنْ مَعَكَ؟ قِيلَ: مُحَمَّدٌ. قِيلَ: وَقَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ؟ مَرْحَبًا بِهِ! وَلَنِعْمَ الـمَجِيءُ جَاءَ! فَأَتَيْتُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ، فَقَالَ: مَرْحَبًا بِكَ مِنِ ابْنٍ وَنَبِيٍّ! فَرُفِعَ لِيَ البَيْتُ الـمَعْمُورُ، فَسَأَلْتُ جَبْرَئِيلَ، فَقَالَ: هَذَا البَيْتُ الـمَعْمُورُ يُصَلِّي فِيهِ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ، إِذَا خَرَجُوا لَمْ يَعُودُوا إِلَيْهِ آخِرُ مَا عَلَيْهِ

Maksudnya: “Kami tiba di langit ketujuh. Dikatakan: ‘Siapakah ini?’ Dikatakan: ‘Jibril.’ Dikatakan: ‘Siapakah yang bersamamu?’ Dikatakan: ‘Muhammad.’ Dikatakan: ‘Adakah dia telah dijemput?’ ‘Selamat datang kepadanya! Sesungguhnya sebaik-baik orang yang datang kini telah pun datang!’ Aku datang kepada Nabi Ibrahim A.S dan memberi salam kepadanya. Nabi Ibrahim A.S berkata: ‘Selamat datang untukmu, seorang anak dan seorang nabi.’ Maka diangkatlah (disingkapkan dan didekatkan) Baitul Makmur untukku. Aku bertanya kepada Jibril, maka Jibril menjawab: ‘Ini ialah Baitul Makmur. Setiap hari, 70000 malaikat solat di dalamnya. Apabila mereka keluar maka mereka tidak akan kembali lagi kepadanya kerana itu merupakan kali terakhir mereka memasukinya.’”

Ibn Kathir menjelaskan lagi mengenai perkara ini dalam kitabnya, iaitu para malaikat beribadah di dalamnya dan melakukan tawaf di sekelilingnya sebagaimana penduduk bumi melakukan tawaf di sekeliling Kaabah mereka — yakni di Baitullah al-Haram. Justeru, begitulah juga halnya Baitul Makmur, yang merupakan Kaabah buat penduduk langit ketujuh. Oleh sebab itu, Nabi Ibrahim A.S menyandarkan belakangnya di Baitul Makmur. Hal ini kerana beliaulah yang telah membangunkan kaabah di bumi, maka ganjaran pahala yang diberikan kepadanya juga adalah sepadan dengan amalan yang telah beliau lakukan — yakni membina Kaabah — dan Baitul Makmur itu berada sejajar dengan kedudukan Kaabah. Seterusnya Ibn Kathir menyebutkan lagi, paad setiap lapisan langit itu terdapatnya rumah ibadah yang menjadi tempat penduduknya beribadah di dalamnya dan solat menghadapnya. Rumah ibadah yang berada di langit dunia dipanggil sebagai Baitul ‘Izzah.

Selain itu, al-Tabari juga ada menukilkan dalam kitabnya bahawa seseorang bertanya kepada Ali R.A berkenaan Baitul Makmur. Lalu beliau menjawab, ia merupakan rumah (atau tempat ibadat) yang berada di langit, yang dipanggil sebagai al-Durah (الضُّرَاحُ). Ia berada sejajar dengan kedudukan Kaabah dari arah atasnya. Kemuliaan dan kedudukannya (yakni tempat tersebut) di langit adalah sama sepertimana kemuliaan dan kedudukan Baitullah (yakni Kaabah) di bumi. Para malaikat seramai 70000 mendirikan solat di dalamnya dan mereka tidak akan kembali lagi untuk beribadah di dalamnya buat selamanya — kerana terlalu ramai.

Tambahan lagi, Qatadah juga ada menyatakan, diceritakan kepada kami bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada para sahabatnya:

هَلْ تَدْرُونَ مَا الْبَيْتُ الْمَعْمُورُ؟ قَالُوا: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: فَإِنَّهُ مَسْجِدٌ فِي السَّمَاءِ تَحْتَهُ الكَعْبَة لَوْ خَرّ لَخَرّ عَلَيها

Maksudnya: “Adakah kamu mengetahui apakah itu Baitul Makmur?” Para sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya ia ialah masjid — yakni rumah ibadat — yang berada di langit, bawahnya pula terletaknya Kaabah. Kalaulah Baitul Makmur ini jatuh, pasti ia akan jatuh di atasnya — yakni Kaabah itu.”

Pengarang Silsilah al-Ahadith al-Sahihah telah mengulas riwayat di atas dengan menyatakan bahawa sanadnya adalah mursal sahih. Kesemua perawinya adalah thiqah, yang merupakan perawi-perawi dalam sahih al-Bukhari dan Muslim, melainkan Bisyr iaitu Ibn Hilal. Beliau merupakan perawi dalam sahih Muslim sahaja. Kesimpulannya, lafaz tambahan ini “حيال الكعبة” adalah sabit berdasarkan keseluruhan jalur periwayatannya.

Kesimpulannya

Berdasarkan kepada perbahasan di atas, jelaslah bahawa Baitul Makmur merupakan rumah ibadat yang berada di langit ketujuh. Setiap hari, para malaikat seramai 70000 akan mendirikan solat di dalamnya dan melakukan tawaf. Apabila mereka keluar, maka mereka tidak akan kembali lagi kepadanya kerana itu merupakan kali terakhir mereka memasukinya — kerana terlalu ramai. Selain itu, kedudukannya juga adalah sejajar dengan kedudukan Kaabah yang berada di bumi.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Maktabahalbakri.com


Cara tengok tempat kelahiran

Cara tengok tempat kelahiran

• 01, 21, 22, 23, 24: Johor

• 02, 25, 26, 27: Kedah

• 03, 28, 29: Kelantan

• 04, 30: Melaka

• 05, 31, 59: Negeri Sembilan

• 06, 32, 33: Pahang

• 07, 34, 35: Pulau Pinang

• 08, 36, 37, 38, 39: Perak

• 09, 40: Perlis

• 10, 41, 42, 43, 44: Selangor

• 11, 45, 46: Terengganu

• 12, 47, 48, 49: Sabah

• 13, 50, 51, 52, 53: Sarawak

• 14, 54, 55, 56, 57: W.P. Kuala Lumpur

• 15, 58: W.P. Labuan

• 16: W.P. Putrajaya


Sarawak ada indicator 'K'

Sabah ada indicator 'H'


farid_affy

SURAH AL ISRAA AYAT 70

A070

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. _ SURAH AL ISRAA AYAT 70

Pekerjaan adalah satu ibadah...


"PEKERJAAN ADALAH SATU IBADAH. LAKUKANLAH KERANA ALLAH BUKAN HANYA KERANA KEHENDAK MANUSIA... "

Melakukan kerja ataupun mempunyai profesion tertentu dalam mencari nafkah adalah suatu perkara yang Allah SWT perintahkan kepada hamba-NYA, selain kewajipan ibadah Rukun Islam. Subhanallah!