Memaparkan catatan dengan label HATI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HATI. Papar semua catatan

Bila Air Mata Menjadi Bahasa Hati

Bila Air Mata Menjadi Bahasa Hati

Menangis bukan sebab lemah.

Kadang-kadang, ia terjadi sebab kita sudah terlalu lama menahan.

Terlalu lama memendam rasa yang tak terluah.

Terlalu lama tersenyum untuk menutup luka.

Terlalu lama menjawab, "Aku okay," sedangkan hati sebenarnya sedang mencari ruang untuk berehat.

Ada penat yang tak nampak pada wajah.

Ada luka yang tak kelihatan pada mata.

Dan ada beban yang terlalu berat untuk diceritakan kepada sesiapa.

Lalu, air mata menjadi bahasa yang paling jujur.

Bukan kerana kita kalah.

Bukan kerana kita menyerah.

Tetapi kerana hati juga manusia.

Ia ada hadnya.

Ia perlukan waktu untuk melepaskan apa yang selama ini dipikul dalam diam.

Jangan malu jika hari ini kamu menangis.

Kadang-kadang, air mata itu bukan tanda kelemahan.

Ia adalah cara jiwa membersihkan kesedihan yang terlalu lama bersarang.

Tak semua yang menangis itu kalah.

Ada yang menangis sekejap.

Mengelap air mata perlahan-lahan.

Menarik nafas panjang.

Kemudian bangun semula meneruskan hidup seperti biasa.

Mungkin orang lain tidak nampak perjuangan itu.

Tetapi Allah tahu.

Allah melihat setiap air mata yang jatuh tanpa saksi.

Allah mendengar setiap doa yang hanya mampu dibisikkan dalam hati.

Dan percayalah...

Kadang-kadang, orang yang paling kuat bukanlah mereka yang tidak pernah menangis.

Tetapi mereka yang tetap memilih untuk bangkit walaupun berkali-kali rebah.

Jika hari ini hatimu terasa berat, berehatlah seketika.

Tidak mengapa untuk menangis.

Tidak mengapa untuk mengaku penat.

Kerana selepas hujan yang panjang, langit juga belajar untuk kembali cerah.

Dan selepas air mata itu reda, semoga jiwamu kembali menemukan tenangnya.


"Air mata bukan tanda kita lemah. Kadang-kadang, ia adalah bukti bahawa kita sudah terlalu lama kuat."

— #JMBELOG

Bila Kita Terpaksa Kelihatan Keras

Bila Kita Terpaksa Kelihatan Keras

“Kadang-kadang kita bukan tidak peduli. Kita cuma terperangkap di antara tanggungjawab dan rasa kasihan.”

Petang tadi, seorang pakcik dihantar Grab  depan pos aku. Tapi rupanya, dia tersalah lokasi (mungkin pakcik tersalah tekan lokasi).

Waktu itu pos sudah nak tutup. Aku hanya berdiri dengan rasa serba salah yang perlahan-lahan memenuhi dada.

Bukan sebab aku marah. Bukan sebab aku tidak peduli. Tapi sebab aku sedang bekerja.

Aku suruh dia tunggu di bawah bumbung tepi jalan. Sekurang-kurangnya ada tempat berteduh sementara menunggu anaknya datang ambil. Dalam hati, rasa bersalah itu tetap ada. Sebab aku tahu, kalau keadaan berbeza, mungkin aku mahu bantu lebih daripada itu.

Tapi kadang-kadang, kerja memaksa kita untuk ikut batas. Ada perkara yang memang di luar kuasa kita.

Orang selalu nampak kita diam, nampak kita tegas, nampak macam kita tidak kisah. Sedangkan dalam hati, kita bawa rasa itu pulang sekali.

Kita fikir berkali-kali: “Betul ke apa yang aku buat?” “Patut ke aku bantu lebih?” “Kesian dia...”

Tapi hakikatnya, kita sudah buat apa yang termampu. Kita tidak biarkan dia berdiri di tengah hujan. Kita tidak abaikan dia begitu sahaja. Kita cuba cari jalan yang paling selamat, walaupun tidak sempurna.

Kadang-kadang, menjadi orang yang bekerja bukan bererti hati kita sudah keras. Kadang-kadang, kita cuma terpaksa kelihatan kuat, walaupun di dalam, hati kita masih lembut dan mudah rasa bersalah.

Dan mungkin, orang yang benar-benar baik, bukan orang yang mampu membantu semua orang. Tapi orang yang masih ada rasa, walaupun tidak mampu mengubah semuanya.

Satu Jalan, Satu Jiwa – Hidup Ini Sementara

Satu Jalan, Satu Jiwa – Hidup Ini Sementara

"Think positive for everything,
Because life is temporary.
All person have only one way to go."

Assalamualaikum, wahai hati yang sedang membaca 🌾

Kita sering lupa… bahawa dunia ini hanya persinggahan. Kadang kita terlalu larut dalam kecewa, terlalu lama tenggelam dalam luka. Tapi kalau kita tenang sejenak dan melihat semula dari sisi yang damai — sebenarnya semuanya cuma sementara.

Segala duka akan reda.
Segala bahagia pun tidak kekal.
Lalu, kenapa tidak kita pilih untuk terus bersangka baik?

  • Bersangka baik pada takdir.
  • Bersangka baik pada diri.
  • Bersangka baik walaupun langkah terasa berat.

Kerana hidup ini singkat. Dan semua insan… hanya punya satu jalan untuk dituju — kembali kepada Dia.

Tak perlu berlumba dengan sesiapa.
Tak perlu terlalu membandingkan.
Yang penting, kita terus bergerak… perlahan pun tak mengapa, asalkan tidak berhenti berharap.

Kalau hari ini kita tak kuat, tak mengapa. Cukup dengan tidak menyakiti diri. Cukup dengan satu niat: "Aku mahu terus bertahan dengan tenang."

Terima kasih kerana masih ada. Terima kasih kerana masih memilih untuk senyum, walaupun hati tak selalu ringan.

Semoga langkah kita hari ini dipermudahkan. Dan semoga jiwa kita sentiasa dijaga Tuhan.

🕊️ Kerana setiap sunyi punya suara.
Setiap jiwa… punya cerita.

Benci takkan pernah wujud kalau hati tak pernah peduli.

Dalam membenci, kadang-kadang ada cebisan sayang yang masih tertinggal — mungkin disorok oleh kecewa, mungkin tersembunyi di balik marah. Benci takkan pernah wujud kalau hati tak pernah peduli.

Orang yang kita benci itu selalunya pernah kita sayang.

Dan kadang-kadang... kita benci bukan sebab tak sayang, tapi sebab terlalu sayang sampai rasa terluka.

🌧️🩶 Tapi begitulah hati manusia, berlapis-lapis rasanya.
Yang tampak benci, belum tentu tak ada cinta di hujungnya.

MONOLOG – UNTUK JIWA YANG PENAT

MONOLOG – UNTUK JIWA YANG PENAT

(Seorang diri, berdiri di hadapan cermin. Menatap wajah sendiri. Nafas ditarik perlahan…)

"Penat... Ya, aku penat..."
"Penat jadi kuat... bila hakikatnya aku pun manusia biasa."

"Selama ni... aku jaga semua orang. Aku fikir perasaan semua orang. Aku senyum... walau dalam hati ada ribuan luka yang tak siapa nampak."

"Sampai satu saat… aku tanya diri sendiri… siapa pula yang jaga aku? Siapa yang fikir perasaan aku? Siapa…?"

(Sunyi… tunduk... tangan genggam dada sendiri)

"Dulu aku lantang... terus terang... tapi akhirnya... aku dipersalahkan. Aku cuba jadi lembut... akhirnya aku dipijak. Jadi… apa yang betul? Jadi... siapa aku dalam mata mereka?"

"Mungkin… diam lebih baik. Mungkin... biar dunia buat apa pun... aku tak mahu peduli lagi."

"Biar... biar aku simpan semua. Aku letak semua pada Tuhan... Sebab manusia… tak semua faham… tak semua peduli."

(Tarik nafas panjang... pejam mata...)

"Tapi…
aku lupa satu perkara..."

"Aku masih ada aku. Aku masih ada Tuhan."
"Dan aku... masih layak bahagia... walaupun tanpa mereka yang tak pernah menghargai."

"Hari ini... aku pilih diam, tapi bukan kalah."
"Aku pilih tenang, bukan menyerah."
"Aku pilih jaga diri... kerana aku pun layak disayangi."

(Tersenyum perlahan... sambil usap dada sendiri)

"Terima kasih… untuk rasa penat ini..."
"Kerana ia ajar aku… untuk lebih sayangi diri sendiri."