Memaparkan catatan dengan label PERSAHABATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERSAHABATAN. Papar semua catatan

Tak Semua Yang Sudi Mendengar, Tahu Menjaga Cerita

Tak Semua Yang Sudi Mendengar, Tahu Menjaga Cerita

Tak Semua Yang Sudi Mendengar, Tahu Menjaga Cerita

#JMBELOG   |   Kisah Kehidupan   |   Persahabatan & Kepercayaan

Dia tahan pintu dengan tangannya.

“Eh, tak jadi nak naik ke?”

“Tak apa. Saya tertinggal barang pulak ni.”

Sebelum pintu lif tertutup, dia sempat berkata,

“Semoga urusan keluarga awak dipermudahkan.”

Aku hanya mampu senyum, tapi dalam hati aku rasa terhina.

Sebaik sahaja lif bergerak, aku terus masuk ke tandas. Tadi masa dalam kubikel, aku cuba mengingat semula dengan siapa pernah aku ceritakan semua itu.

Apa yang muncul hanya muka kawan sekerja aku yang seorang tu saja.

Minggu lepas, kami makan tengah hari di kedai bawah pejabat. Dia perasan aku langsung tak menyentuh makanan.

“Kau gaduh dengan siapa?”

“Tak ada.”

“Jangan tipu aku lah. Muka kau lain.”

Aku cuba menukar topik, tetapi dia tetap mendesak aku untuk bercerita.

“Kalau kau nak cerita, ceritalah. Aku dengar je.”

Entah kenapa, ayat itu membuatkan aku mengalah.

Aku ceritakan mak sudah dua kali menerima notis sewa. Abang pula masih belum mendapat kerja selepas diberhentikan tiga bulan lalu.

Sepanjang abang aku tak bekerja ni, setiap bulan tu aku cuba membantu. Tetapi selepas ditolak semua komitmen, duit aku sendiri hampir tak berbaki.

“Aku penat.”

Dia pegang tangan aku.

“Jangan pendam seorang-seorang.”

Sebelum kami kembali ke pejabat aku sempat berpesan supaya cerita tadi habis di situ saja.

“Tolong jangan cerita dekat sesiapa. Mak aku malu kalau orang tahu.”

Dia terus menjawab,

“Eh, mestilah. Aku bukan orang macam tu.”

Petang selepas kejadian di lif, aku menunggu sehingga orang lain pulang sebelum pergi ke mejanya.

“Kau ada cerita pasal keluarga aku dekat orang?”

Dia berhenti mengemas mejanya.

“Tak ada.”

“Jadi macam mana orang floor atas tahu hal aku?”

Wajahnya terus berubah.

Selepas beberapa saat, dia merendahkan suara.

“Aku cuma cerita dekat seorang.”

“Kenapa kau cerita? Kan dah janji?”

“Sebab dia pernah tolong carikan kerja untuk adik aku. Aku ingat mungkin dia boleh bantu abang kau.”

“Kau cerita pasal sewa rumah mak sekali tu kenapa?”

Dia diam bagai mula mencari alasan untuk selamatkan diri.

“Aku tak sebut nama kau pun.”

“Tapi dia tahu itu aku.”

“Aku cerita dekat dia seorang je.”

Aku hampir ketawa mendengar ayat itu.

Sebab minggu lepas, aku juga bercerita kepada seorang sahaja. Tapi cerita ni dah mula tersebar kat tempat kerja aku.

Dia cuba memegang lengan aku.

“Aku niat nak tolong. Serius ni.”

Aku tarik tangan perlahan-lahan.

“Aku tahu, tapi kau dah cross the line!

Aku memang tahu dia tak berniat mahu memalukan aku.

Cuma niat baiknya telah menjadikan masalah keluarga aku bahan perbualan orang yang langsung tak mengenali kami.

*****

Malam itu mak telefon.

“Kak, mak dah bayar sikit duit rumah. Jangan risau sangat.”

Aku tenung dinding lama-lama.

Mak masih cuba menjaga maruahnya di hadapan anak sendiri, sedangkan kisahnya sudah sampai kepada orang yang tak pernah pun mengenali mak dan keluarga kami.

Aku sangat kecewa dan merasa malu dengan tindakan melulu aku. Sepatutnya aku tak luahkan pada sesiapa tentang masalah aku pun.

Sejak hari itu, aku dan kawan sekerja itu masih makan bersama. Masih bergurau. Masih berbual tentang kerja.

Cuma setiap kali dia bertanya,

“Kau okay?”

Jawapan aku sentiasa sama.

“Okay.”

“Ya Allah, hadirkanlah dalam hidup kami seseorang yang bukan sekadar sudi mendengar, tetapi tahu bila sebuah cerita perlu berhenti hanya pada dirinya saja.”

Berapa banyakkah persahabatan yang mungkin masih kelihatan baik-baik sahaja selepas kepercayaan di dalamnya sudah tiada?

Kadang-kadang kita tidak perlukan seseorang yang mampu menyelesaikan semua masalah kita.

Kita cuma perlukan seseorang yang boleh mendengar tanpa menjadikan cerita kita sebagai cerita orang lain.

Sebab apabila sebuah rahsia sudah keluar daripada mulut kita, kita mungkin tidak lagi mampu mengawal ke mana ia akan pergi.

Dan yang paling menyakitkan bukanlah apabila orang tahu masalah kita.

Tetapi apabila kita sedar, orang yang kita percaya rupanya tidak tahu menjaga kepercayaan yang kita berikan.

Tak semua yang sudi mendengar, tahu menjaga cerita.

Sedikit, Asalkan Ikhlas

Sedikit, Asalkan Ikhlas

Sedikit, Asalkan Ikhlas

Aku tidak pernah membenci sesiapa.

Cuma hari ini, aku memilih untuk lebih tegas dengan setiap keputusan yang aku buat.

Dulu, aku terlalu banyak mengalah. Aku sanggup memendam rasa, mengalah demi menjaga hati orang lain dan berharap semuanya akan menjadi baik. Aku percaya bahawa setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan.

Namun, kehidupan mengajar aku bahawa tidak semua orang menghargai sebuah pengorbanan. Ada yang menganggap kebaikan itu sebagai kelemahan, dan ada yang hanya hadir ketika mereka memerlukan kita.

Sampai satu saat, aku sedar bahawa menjaga hati sendiri juga adalah satu tanggungjawab.

Kalau hari ini aku memilih untuk menjauh, bukan kerana aku membenci. Bukan juga kerana aku berdendam. Aku cuma memilih untuk menjaga ketenangan yang selama ini sering aku abaikan.

Benarlah kata orang, biarlah kawan tidak ramai.

Kerana yang sedikit tetapi ikhlas akan sentiasa ada ketika susah dan senang. Mereka tidak hadir kerana kepentingan, tetapi kerana menghargai sebuah persahabatan.

Ramai yang mengenali kita belum tentu menyayangi kita. Tetapi yang benar-benar ikhlas, walaupun sedikit, itulah rezeki yang paling bernilai.

Aku tidak meminta semua orang memahami keputusan ini. Cukuplah Allah mengetahui apa yang pernah aku lalui dan mengapa aku memilih jalan ini.

Aku masih mendoakan yang baik-baik buat semua. Tiada kebencian, tiada dendam. Hanya sebuah hati yang sedang belajar untuk hidup dengan lebih tenang.


Penutup

Semakin dewasa, kita tidak lagi mengejar ramai orang dalam hidup. Kita hanya mengharapkan beberapa insan yang tetap memilih untuk tinggal, menghargai dan menerima kita seadanya.

Kerana akhirnya, bukan soal berapa ramai yang bersama kita, tetapi siapa yang tetap ada ketika seluruh dunia seakan menjauh.

Sedikit... asalkan ikhlas.

— #JMBELOG

Yang Lambat Membalas, Belum Tentu Tak Peduli

Yang Lambat Membalas, Belum Tentu Tak Peduli

Aku ada seorang kawan.

Kalau aku balas WhatsApp dia dua hari kemudian... Dia tetap jawab macam biasa.

Tak pernah tanya, "Kenapa lambat balas?"

Tak pernah merajuk. Tak pernah mengungkit.

Aku fikir... Dia memang jenis rileks.

Sebab peliknya... Kalau orang lain perlukan bantuan, dialah orang yang paling cepat membalas.

Tak kira pagi. Tak kira malam. Dia akan cuba menjawab. Cuba membantu. Cuba mendengar.

Tapi bila tiba giliran dia... Dia jarang mencari sesiapa.

Satu malam kami minum berdua.

Aku bergurau, "Kau ni sabar betul. Orang buat tak layan pun kau okey."

Dia cuma tersenyum. Kemudian dia memandang cawan yang hampir kosong.

Beberapa saat kemudian dia bersuara.

"Dulu... aku selalu tunggu orang balas mesej."

Aku diam.

"Setiap kali telefon berbunyi... Aku berharap nama yang muncul tu orang yang aku tunggu. Tapi selalunya... bukan. Lama-lama aku penat berharap. Sekarang... Kalau orang lambat balas pun tak apa. Bukan sebab aku tak kisah. Aku cuma dah terbiasa."

Aku terus terdiam.

Baru aku faham.

Ada orang yang nampak tenang... Bukan kerana hatinya tidak pernah terluka. Tetapi kerana terlalu lama belajar menerima rasa diabaikan.

Sejak hari itu... Kalau dia menghantar mesej, aku akan cuba membalas secepat yang aku mampu.

Bukan kerana mesej itu penting. Tetapi kerana aku tak mahu dia terus percaya... Bahawa kehadiran dirinya... Tak pernah dinanti.

Kadang-kadang... Membalas satu mesej mungkin cuma mengambil beberapa saat. Tetapi bagi seseorang yang sudah terlalu lama menunggu... Ia boleh menjadi bukti bahawa dirinya masih dihargai.


Pengajaran

Tidak semua orang yang kelihatan tenang benar-benar tidak terluka. Ada yang sudah terlalu lama menanggung rasa diabaikan sehingga memilih untuk tidak lagi mengharap. Jika seseorang meluangkan masa menghantar mesej kepada kita, cubalah membalas apabila berkesempatan. Mungkin balasan yang ringkas itu sudah cukup membuatkan dia rasa dihargai.

Kredit Sumber Asal: Cerita Sejenak

RM50 Yang Orang Tak Pernah Tahu Ceritanya

RM50 Yang Orang Tak Pernah Tahu Ceritanya

RM50 Yang Orang Tak Pernah Tahu Ceritanya

Dalam aku duduk termenung seorang diri...

Tiba-tiba muncul satu notifikasi WhatsApp daripada si A.

"Boleh pinjam RM50 tak? Sebab..."

Panjang mesejnya.

Aku baca sampai habis.

Aku hanya mampu terdiam.

Belum sempat aku membalas, masuk pula satu lagi mesej daripadanya.

Aku faham keadaan dia.

Tapi dalam masa yang sama, aku tengok baki dalam akaun sendiri.

Cukup-cukup saja untuk bertahan sampai gaji seterusnya.

Kalau aku tolong, aku akan susah.

Kalau aku tolak, aku tahu dia pasti lebih susah.

Aku letakkan telefon sekejap.

Fikir.

Fikir lagi.

Beberapa minit kemudian...

Aku balas ringkas.

"Okay."

Tak lama selepas itu, RM50 pun selamat masuk ke akaunnya.

Dua tiga hari kemudian, dia pindahkan semula RM50 itu kepada aku.

Mungkin pada dia, semuanya sudah selesai.

Dia tak pernah tahu...

Sebenarnya, RM50 yang aku hantar hari itu bukan datang daripada baki akaun aku.

Aku terpaksa membuat pinjaman online.

Aku mohon RM200.

Yang masuk ke akaun cuma RM150.

Tetapi aku tetap perlu membayar balik RM266.

Semata-mata kerana aku tak sanggup melihat dia pulang dengan kehampaan.

Kadang-kadang, orang hanya nampak kita mampu menghulurkan bantuan.

Mereka tak pernah nampak... ada bantuan yang sebenarnya dibayar dengan kesusahan kita sendiri.


Pengajaran

Jangan terlalu cepat menilai apabila seseorang berkata dia tidak mampu membantu. Kita tidak pernah tahu pengorbanan yang sedang dia lakukan demi orang lain.

Sumber:#JMBELOG

Terima Kasih Sebab Masih Ingat

Aku ada seorang kawan.

Setiap kali bulan hari jadinya tiba, aku akan bertanya, "Nak keluar makan? Nak sambut sikit?"

Dia cuma tersenyum.

"Tak payahlah... aku tak sambut birthday pun."

Aku sangka dia memang tak suka diraikan.

Tapi peliknya, dialah orang yang paling awal mengucapkan selamat hari lahir kepada orang lain. Dia ingat tarikh, belikan hadiah walaupun kecil, dan tak pernah lupa mendoakan.

Sampailah suatu hari aku bertanya kenapa dia selalu menolak bila orang mahu meraikannya.

Dia diam lama.

Kemudian dia berkata perlahan,

"Bukan aku tak suka."

"Aku cuma dah lama berhenti berharap."

"Dulu setiap kali tengok orang lain diraikan, aku tunggu juga... mungkin satu hari nanti giliran aku."

"Tapi bila terlalu banyak kali tak berlaku, aku belajar untuk kata aku tak kisah."

Masa itu baru aku faham.

Ada orang yang selalu berkata, "Aku okay."

Bukan kerana mereka benar-benar tidak perlukan kasih sayang.

Tetapi kerana mereka sudah terlalu biasa menyimpan kecewa sendirian.

Hari lahirnya tahun itu kami cuma datang membawa sebiji kek kecil.

Tiada majlis besar.

Tiada hadiah mahal.

Hanya beberapa orang yang mengingatinya.

Dia memandang kek itu lama.

Lalu berkata dengan suara yang hampir bergetar,

"Terima kasih... sebab masih ingat."

Saat itulah aku sedar...

Kadang-kadang hadiah paling besar bukanlah kek atau hadiah yang mahal.

Tetapi perasaan bahawa masih ada seseorang yang menganggap kewujudan kita itu bermakna.

Kerana orang yang paling selalu berkata "tak apa"... selalunya ialah orang yang paling lama menunggu seseorang berkata, "Aku ingat tentang kau."

Inspirasi cerita: Di Sebalik Cerita (TikTok)

#JMBELOG
Setiap sunyi punya suara. Setiap jiwa punya cerita.

Rezeki dan Ujian Manusia

Rezeki dan Ujian Manusia

"Bukan semua yang berubah kerana harta, kadang-kadang yang berubah adalah cara manusia melihat sesama manusia."

Ada yang diuji dengan kekurangan, lalu belajar erti syukur.
Ada yang diuji dengan kelebihan, lalu terlupa untuk bersyukur.
Dan di antara kedua-duanya, manusia sedang belajar mengenali dirinya sendiri.

Kerana duit menjadi kita kawan,
kerana duit membuat kita jadi lawan.

Di antara dua ayat itu, tersimpan seribu satu kisah manusia. Ada yang datang ketika kita senang, duduk bersama ketika meja penuh dengan hidangan. Mereka ketawa bersama kita, berbual tanpa jemu dan kelihatan seperti sahabat yang akan kekal selamanya.

Namun hidup bukan sentiasa berada di atas. Ada waktu rezeki menjadi sempit, langkah terasa berat dan hati mula diuji dengan pelbagai kesusahan. Ketika itulah kita mula melihat wajah sebenar manusia yang berada di sekeliling.

Ada yang masih setia bertanya khabar walaupun kita tidak lagi mempunyai apa-apa untuk ditawarkan. Ada yang masih hadir walaupun tangan kita kosong. Mereka tidak datang kerana nilai yang ada pada kita, tetapi kerana nilai yang ada dalam hati mereka.

Dan ada juga yang perlahan-lahan menjauh. Bukan kerana pergaduhan. Bukan kerana kebencian. Tetapi kerana hubungan yang dibina terlalu bergantung kepada kepentingan. Apabila kepentingan itu hilang, hubungan itu turut pudar.

Duit sebenarnya tidak pernah salah. Ia hanyalah alat. Seperti pisau yang boleh digunakan untuk menyediakan makanan atau melukakan seseorang. Yang menentukan baik atau buruk bukan alat itu, tetapi tangan yang memegangnya dan hati yang mengawalnya.

Sebab itu ada orang yang semakin kaya, semakin merendah diri. Dan ada orang yang semakin berharta, semakin tinggi pandangan terhadap dirinya. Begitu juga ada yang semakin susah, semakin kuat jiwanya. Dan ada yang semakin susah, semakin hilang arah kehidupannya.

Rezeki adalah ujian. Kekurangan juga ujian. Kedua-duanya mengajar manusia tentang siapa dirinya yang sebenar.

Akhirnya kita belajar bahawa bukan semua persahabatan dibina oleh rezeki. Dan bukan semua perpisahan lahir daripada kebencian. Kadang-kadang ia lahir daripada cara manusia menghadapi ujian yang berbeza.

Yang kekal bukan kerana duit.
Yang kekal bukan kerana harta.

Tetapi kerana hati yang tahu menghargai manusia, walaupun ketika tiada apa-apa yang boleh diperoleh daripadanya.
🌿 Monolog Jiwa • Refleksi Jiwa • #JMBELOG 🌿
"Setiap sunyi punya suara. Setiap jiwa punya cerita."

Kael & Mateen: Bila Cinta Bertembung Dengan Pangkat

Kael & Mateen: Bila Cinta Bertembung Dengan Pangkat | Analisis Simbolik Short Film

Kael & Mateen: Bila Cinta Bertembung Dengan Pangkat

Ditulis dalam gaya reflektif #JMBELOG | Analisis simbolik short film


Dalam dunia yang tidak pernah benar-benar adil terhadap perasaan, ada hubungan yang tidak hancur oleh benci… tetapi oleh perubahan kedudukan.

Kael & Mateen bukan sekadar dua watak dalam sebuah cerita. Mereka adalah cermin kepada banyak hubungan manusia— yang pernah rapat, pernah jujur, tetapi perlahan-lahan dijarakkan oleh “pangkat” dan “status”.

1. Awal: Kesamaan Jiwa

Ruang terbuka, cahaya lembut, dan perbualan tanpa hierarki melambangkan kesamaan jiwa. Tiada pangkat, hanya manusia.

“Masa mereka bercakap, dunia terasa tidak mempunyai hierarki.”

2. Perubahan: Pangkat Yang Tidak Disedari

Meja kerja, uniform, dan ruang pejabat menjadi simbol jarak yang mula terbina. Bukan kerana mereka berubah sebagai manusia—tetapi kerana sistem mula membezakan mereka.

3. Diam Yang Menjadi Bahasa Baru

Eye contact yang lama tetapi kosong menjadi simbol emosi yang tidak lagi mampu diterjemahkan menjadi kata-kata.

Diam mereka bukan lagi tenang. Ia mula menjadi berat.

4. Konflik: Cinta vs Pangkat

Di antara fail, pintu tertutup dan tanggungjawab, emosi menjadi sesuatu yang perlu disembunyikan.

5. Akhir: Perpisahan Yang Tidak Bersuara

Tiada perpisahan dramatik. Hanya ruang kosong yang perlahan-lahan menjadi biasa.

Yang paling menyakitkan bukan perpisahan… tetapi kehadiran yang sudah tidak lagi dirasa.

#JMBELOG — Setiap sunyi punya suara. Setiap jiwa punya cerita.

MONOLOG JIWA – Tentang Kawan Yang Aku Tak Sanggup Kehilangan

MONOLOG JIWA – Tentang Kawan Yang Aku Tak Sanggup Kehilangan

MONOLOG JIWA – Tentang Kawan Yang Aku Tak Sanggup Kehilangan

Ada kalanya hidup mengajar kita tentang nilai sesuatu bukan melalui kehadirannya semata, tetapi melalui takutnya kehilangan. Dalam ramai-ramai insan yang singgah, hanya segelintir yang tinggal dan mengisi ruang paling sunyi di dalam hati. Mereka bukan sekadar kawan—mereka adalah rumah kecil yang kita percaya tanpa syarat.

Dalam banyak-banyak kawan yang pernah aku kenal, ada satu nama yang bila disebut, udara seolah lain rasanya. Bukan kerana ia cinta dalam erti biasa, tetapi kerana kehadirannya memberi ketenangan yang sukar digambarkan. Perbualan dengannya bukan perlu berpura. Diam bersama tidak pernah janggal. Ada saat ketika hanya dengan melihat, dia tahu apa yang aku rasa; ada masa ketika hanya dengan mendengar, dia faham apa yang aku cuba sampaikan tanpa perlu menjelaskan panjang.

Jujur aku katakan: takut kehilangan seorang kawan yang begitu dekat bukanlah ketakutan kosong. Ia seperti takut hilang separuh dari sandaran diri. Kita boleh kehilangan kerja, kehilangan rutin, bahkan kehilangan mimpi—semua itu mungkin dipulihkan. Tetapi bila satu jiwa yang pernah menjadi cermin kau lenyap, kita akan terasa longgar di tempat yang paling penting.

Aku pernah berfikir bahawa orang yang rapat akan kekal. Nyata, masa dan keadaan sering mengajarkan sebaliknya. Ada yang pergi tanpa salam, ada yang menjauh perlahan-lahan, ada pula yang tetap hadir namun hatinya jauh. Kau lain. Dalam lautan pertemuan singkat, kau hadir seperti batu karang yang tak digoyah. Aku berdoa dalam diam agar jalan kita sentiasa bertaut, walau badai melanda.

Persahabatan yang benar tidak diukur dengan kekerapan mesej, tetapi dengan ketulusan yang tersisa apabila dunia menjadi riuh. Ia tidak diukur oleh momen bergelak ketawa sahaja, tetapi juga oleh kemampuan bertahan dalam duka. Kita sama-sama ketawa sehingga lupa lelah, kita sama-sama menanggung luka yang tidak sempat sembuh, dan kita sama-sama belajar menjadi manusia yang lebih lembut terhadap diri sendiri.

Kau pernah berkata, “Tak kisah la aku anggap kau apa, yang pasti kau family forever.” Ayat ringkas itu seperti selimut ketika malam dingin. Ia bukan sekadar kata, ia janji tanpa beban. Kadang kita temui hubungan yang bukan darah, tetapi miliki bentuknya sendiri—lebih tuntas, lebih tabah. Kita saling beri ruang, tetapi pada masa yang sama saling letakkan doa di mulut setiap sujud.

Aku sedar, aku bukan kawan yang sempurna. Aku ada silap, aku ada gerak hati yang ego, aku ada masa-lama aku menghilang. Tetapi keyakinanku tetap sama: bila seseorang memberi kau rasa cukup, kewujudannya harus dihargai. Bukan kerana kau takut ditinggalkan, tetapi kerana ia adalah anugerah yang jarang ditemui.

Jika esok hidup memisahkan kita, aku tidak mahu ada dendam. Aku mahu hanya ada syukur—atas segala detik yang pernah kita kongsi. Kalaulah kita berubah, dan jalan kita tidak lagi selari, aku harap kau tetap membawa satu ruang kecil di dalam hati untuk mengenang. Kerana menghargai bukan bermakna memaksa, menghargai bermakna memberi ruang dan juga doa terbaik walau dari jauh.

Doa kecil untuk sahabat: Semoga Allah melindungi perjalananmu, menerangi langkahmu ketika gelap, dan memelihara hati yang pernah menjadi rumah bagi jiwaku. Jika suatu hari jarak memisahkan kita, biarlah doa yang terus menyatukan. Amin.

Dalam akhir monolog ini, izinkan aku berbisik: jagalah siapa yang membuatmu rasa diterima. Jangan rasa malu untuk bilang betapa pentingnya mereka. Tidak semua orang boleh memahami sunyi kau; apabila kau jumpa yang faham itu, jadi pelindung bagi hubungan itu. Pelihara dengan kata yang lembut, dengan perhatian yang nyata, dan dengan doa yang tulus.

Hidup ini pendek. Kita terlalu sibuk memburu perkara besar sehingga lupa menghargai yang kecil tetapi bermakna—seperti satu kawan yang sudi duduk bersama kita dalam senyap. Biar masa berlalu, biar orang datang dan pergi, tapi semoga dia yang kita takut kehilangan tetap menjadi nama yang lembut dalam setiap sujud syukur.

Kerana kawan yang benar-benar kita sayang tidak pernah benar-benar pergi; mereka hanya berpindah dari genggaman tangan ke dalam ruang paling dalam di hati, di mana setiap rindu dipeluk dalam doa.

Selapar-Lapar Aku Pernah Rasa

Selapar-Lapar Aku Pernah Rasa

Monolog Jiwa • Refleksi • {{tarikh}}
Ada waktu aku pernah merasa lapar — bukan sekadar kerana perut, tetapi lapar akan peluang, lapar akan sesuatu yang belum tergapai. Ini sebuah pengakuan kecil tentang pilihan yang menenangkan jiwa.
Selapar-lapar aku pernah rasa, alhamdulillah tak pernah terlintas nak makan kawan sendiri. Rezeki itu luas, Allah yang bagi, tak perlu khianat untuk kenyangkan diri. Ada orang sanggup tikam dari belakang, hanya kerana lapar harta dan peluang. Tapi aku pilih bersyukur seadanya, biar sederhana, janji hati tetap ada harga.

Dalam seni hidup, ada nilai yang tidak ternilai — nilai setiakawan, amanah, dan harga diri. Ketika dunia menekan dengan janji-janji kemewahan, hati lembut seringkali diuji. Pilihan untuk tidak mengkhianati, walaupun ketika lapar, adalah kemenangan kecil yang menenangkan jiwa.

Aku memilih untuk percaya bahawa rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk: ketenangan, teman yang setia, pintu yang terbuka pada waktu yang tepat. Mungkin bukan hari ini, mungkin bukan esok. Tetapi aku yakin — yang memberi itu Maha Mengetahui.

Jika ada yang tergoda untuk menikam di belakang, biarlah ia menjadi cerita mereka. Aku akan terus melangkah dengan sederhana, menjaga harga hati, dan bersyukur atas apa yang ada. Kerana pada akhirnya, jiwa yang redha lebih kenyang daripada dunia yang penuh tipu daya.

Semoga setiap yang membaca menemukan ketenangan dalam pilihan — bahawa baiknya kita bukanlah kerana banyaknya harta, tetapi kerana tetap teguh memegang amanah dan setiakawan.

Rindu Pelukan Itu

Rindu Pelukan Itu

Sebuah puisi reflektif tentang rindu pada pelukan sahabat yang pernah menadah air mata.

Ada waktu yang tak akan kembali, waktu di mana pelukan sahabat jadi ubat yang tak ternilai.

Di bahu mereka, air mata gugur, bukan kerana lemah, tapi kerana ada jiwa yang sanggup menadah luka yang kita simpan.

Kini yang tinggal hanya sunyi, rindu yang lama tak terubat.

Aku rindu momen itu— rindu pelukan yang penuh kasih, rindu air mata yang jujur, rindu rasa ‘aku tidak sendiri’.

Andai waktu itu bisa kembali, akan kupeluk lebih erat, akan kusimpan lebih dalam, kerana aku tahu— kasih sayang seperti itu bukan selalu hadir dalam hidup.

TIKTOK; @kakanneomey

Saat Persahabatan Teruji

Monolog Sahabat — Versi Kawan
MJ

Monolog Sahabat — Versi Kawan

Sebuah renungan — ringkas, lembut, untuk hati yang pernah setia
Mungkin ini salahku tak bercermin jiwa Aku menaruh setia pada teman yang salah Dan aku sadar bukan siapa‑siapa Ku hanya punya setia, tak punya apa‑apa Tangan tak bersambut Persahabatan pun telah pupus Terhempas ditelan prasangka Ku sudah mencoba tuk berikan bahu Ku sudah berjuang dan bertahan demi teman Sadar, aku sadar, aku ini siapa Orang biasa yang tak pantas dijaga Biar kuterima dan berbaik sangka Kau tercipta bukan untuk seiring jalan denganku Dan aku sadar bukan siapa‑siapa Ku hanya punya setia, tak punya apa‑apa Tangan tak bersambut Persahabatan pun telah pupus Terhempas ditelan prasangka Ku sudah mencoba tuk berikan bahu Ku sudah berjuang dan bertahan demi teman Sadar, aku sadar, aku ini siapa Orang biasa yang tak pantas dijaga Ku sudah mencoba tuk berikan bahu Ku sudah berjuang dan bertahan demi teman Sadar, aku sadar, aku ini siapa Orang biasa yang tak pantas dijaga Biar kuterima dan berbaik sangka Kau tercipta bukan untuk seiring jalan denganku Biar kuterima dan berbaik sangka Kau tercipta bukan untuk seiring jalan denganku
Gaya: #JMBELOG — puitis, tenang dan reflektif.

Be Yourself

Be Yourself

Hari ini, baru aku betul-betul sedar...
siapa yang tinggal bila aku tak lagi tersenyum.
Siapa yang dekat bukan sebab senang,
tapi sebab mereka benar-benar ikhlas.

Kadang, kita perlu jatuh…
untuk nampak siapa yang hulurkan tangan,
dan siapa yang cuma pandang dari jauh
dengan senyap yang menyakitkan.

Dan aku…
tak akan pura-pura lagi.
Tak akan terlalu cuba menjadi apa yang mereka mahu.
Sebab yang jujur akan terima aku seadanya.
Yang palsu, akan pergi bila aku berhenti menyenangkan.

Terima kasih, untuk kebenaran hari ini.
Aku takkan lupa.
Dan aku akan terus jadi diri sendiri –
kerana itu paling melegakan, walau tak semua akan suka.


Aku tak perlukan ramai...
Cukuplah mereka yang tinggal, bila aku jadi aku.

Perginya Seorang Kawan

MONOLOG JIWA – Perginya Seorang Kawan

Kawan…
Pergimu tak dapat aku halang.

Aku tahu…
setiap orang ada keputusan masing-masing.
Setiap jiwa punya pilihan sendiri.

Mungkin ini yang terbaik.
Walau hati ini belum bersedia untuk sebuah kehilangan,
aku belajar untuk reda.

Hanya Dia yang tahu rasa ini.
Rasa… yang tinggal selepas kau pergi.

Segalanya… adalah ketentuan Allah SWT.
Kita cuma hamba yang kadang tak mampu melawan takdir,
cuma mampu mendoakan dari jauh… semoga kau bahagia, di jalan yang kau pilih.

#JMBELOG – Ada kawan pergi, tapi kenangan tetap tinggal.

📌 Label: Monolog Jiwa, Persahabatan, Perpisahan, Reda, Hati Yang Pernah Dekat

5 TANDA KAWAN SEJATI

5 Tanda Kawan Sejati | Bukan Ramai, Tapi Yang Ikhlas Itu Bererti

🤝 5 Tanda Kawan Sejati

Bukan Ramai… Tapi Yang Ikhlas Itu Yang Bertahan


Dalam hidup ini, kita mungkin kenal ramai orang…

Tapi tidak semua yang hadir itu benar-benar tinggal.

Kawan sejati bukan yang selalu ada ketika kita senang — tetapi yang tetap ada ketika kita jatuh, tanpa kita perlu minta.


1️⃣ Sentiasa Ada Di Saat Susah

Bila dunia menjauh, dia mendekat.

Bila semua diam, dia yang bertanya… “kau okay?”

Dia bukan hanya hadir ketika ketawa — tapi setia ketika luka.


2️⃣ Jujur Walaupun Menyakitkan

Kawan sejati tidak hanya memuji.

Dia berani menegur, walaupun risau kau terasa.

Kerana baginya… kebenaran lebih penting daripada keselesaan sementara.


3️⃣ Tidak Cemburu Dengan Kejayaanmu

Dia tidak berlumba dengan kau.

Dia bangga bila kau berjaya — seolah-olah itu kejayaan dia juga.

Kawan sejati tidak iri… dia menguatkan.


4️⃣ Menjaga Rahsia & Maruahmu

Apa yang kau cerita, dia simpan.

Bukan dijadikan bahan cerita, bukan juga dijadikan senjata.

Kepercayaan itu dijaga, bukan dikhianati.


5️⃣ Tidak Hilang Walaupun Jarak Memisahkan

Masa berlalu, jarak berubah…

Tapi hubungan itu tetap terasa dekat.

Kerana ikatan itu bukan pada fizikal — tapi pada hati.


💭 Refleksi Jiwa

Kawan sejati tidak ramai…

Tapi cukup satu pun sudah mampu membuat hidup terasa kuat.

Jangan kejar ramai — hargai yang setia.


“Persahabatan sejati bukan tentang siapa paling lama… tetapi siapa yang tidak pergi walau diuji masa.”

Makna Persahabatan Sejati – Keikhlasan, Kesetiaan & Kejujuran

Makna Persahabatan Sejati – Keikhlasan, Kesetiaan & Kejujuran | #JMBELOG

Makna Persahabatan Sejati – Keikhlasan, Kesetiaan & Kejujuran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, para sahabat yang budiman. Salam manis dan salam kasih sayang.

Memberi salam dan bertanya khabar kepada sahabat adalah satu amalan yang indah. Ia bukan sekadar ucapan, tetapi jambatan yang merapatkan hati dan mengukuhkan ikatan persahabatan.

🌿 Sahabat Itu Anugerah

Sahabat bukan sekadar teman berbual, tetapi mereka adalah anugerah yang hadir dalam hidup untuk menerima kita dalam keadaan senang mahupun susah. Dalam kesunyian hidup, sahabat menjadi cahaya yang mengisi ruang hati yang kosong.

💛 Nilai Dalam Persahabatan

Persahabatan yang indah terbina atas keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan. Ia memerlukan hati yang terbuka untuk menerima nasihat, teguran, serta kesilapan tanpa menyimpan dendam.

Sahabat sejati tidak meninggalkan kita ketika kita jatuh, malah dia membantu kita bangkit semula dengan semangat yang baru.

🤝 Adab Dalam Persahabatan

  • Menjaga hati dan perasaan sahabat
  • Menyimpan rahsia dan maruahnya
  • Memberi nasihat dengan hikmah
  • Mendoakan kebaikan sesama sahabat
  • Memohon dan memberi kemaafan

🌧️ Sahabat Dalam Ujian

Ketika sahabat ditimpa musibah, di situlah nilai sebenar persahabatan diuji. Kehadiran kita walaupun hanya dengan kata semangat sudah cukup untuk menguatkan hatinya.

Persahabatan yang ikhlas tidak goyah dengan fitnah, tidak runtuh dengan salah faham, dan tidak hilang dengan jarak.

🌙 Sahabat Sejati

Sahabat sejati adalah mereka yang tetap berada di sisi walaupun dunia berubah. Dia sanggup bersama dalam susah dan senang, bukan hanya ketika ketawa tetapi juga ketika air mata jatuh tanpa suara.

Persahabatan yang sebenar bukan diukur dengan masa, tetapi diukur dengan kejujuran hati.

🌹 Penutup

Hargailah sahabat selagi mereka masih ada. Jangan biarkan hubungan yang indah ini rosak kerana ego dan salah faham. Sebuah senyuman ikhlas dari sahabat adalah hadiah yang tidak ternilai.

Semoga ikatan persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat, dan bertemu kembali dalam doa yang baik.


Tokwan Matarun