Memaparkan catatan dengan label RBA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RBA. Papar semua catatan

Checklist Fail RBA Lengkap Untuk Audit Responsible Business Alliance (RBA)

Checklist Fail RBA Lengkap Untuk Audit Responsible Business Alliance (RBA)

Checklist Fail RBA Lengkap Untuk Audit Responsible Business Alliance (RBA)

Audit Responsible Business Alliance (RBA) bukan sekadar semakan dokumen — ia menilai keseluruhan sistem pengurusan pekerja, keselamatan, etika dan pematuhan operasi syarikat.

Ramai syarikat gagal audit bukan kerana tiada dokumen, tetapi kerana dokumen tidak selari dengan keadaan sebenar di lapangan.

“Dalam audit RBA, apa yang ditulis mesti sama dengan apa yang dibuat.”

Berikut ialah checklist fail RBA yang biasa digunakan untuk memastikan syarikat benar-benar bersedia sebelum auditor datang.


1. Sistem Pengurusan (Management System)

✅ Polisi RBA / Code of Conduct
✅ Organization Chart
✅ SOP utama syarikat
✅ Internal Audit Report
✅ Management Review Minutes
✅ Corrective Action Plan (CAPA)

2. Fail Tenaga Kerja (Labor File)

✅ Kontrak kerja pekerja
✅ Rekod pengambilan pekerja
✅ Salinan passport / ID
✅ Permit kerja pekerja asing
✅ Polisi Anti Forced Labor
✅ Polisi Anti Child Labor
✅ Rekod umur pekerja

3. Payroll & Waktu Kerja

✅ Payroll bulanan
✅ Attendance Record / Timesheet
✅ Rekod Overtime (OT)
✅ Payslip pekerja
✅ Rekod pembayaran gaji
✅ Calculation OT ikut undang-undang

4. Keselamatan & Kesihatan (EHS)

✅ Safety Policy
✅ Risk Assessment (RA/JSA)
✅ SOP Mesin & Kerja Selamat
✅ Rekod PPE
✅ Safety Training Record
✅ Fire Drill Report
✅ Emergency Response Plan
✅ First Aid Record
✅ Chemical Register & SDS/MSDS

5. Rekod Latihan

✅ Induction Training
✅ Safety Training
✅ Attendance Training Record
✅ Toolbox Meeting Record
✅ Skill Training Record

6. Etika Perniagaan

✅ Anti-Corruption Policy
✅ Whistleblowing Policy
✅ Supplier Code of Conduct
✅ Conflict of Interest Declaration

7. Alam Sekitar (Environment)

✅ Environmental Policy
✅ Waste Disposal Record
✅ Hazardous Waste Record
✅ Chemical Storage Compliance
✅ Recycling Record

8. Komunikasi Pekerja

✅ Worker Handbook
✅ Poster RBA
✅ Grievance Mechanism
✅ Complaint Log
✅ Suggestion Box Record

Kesalahan Yang Selalu Menyebabkan Audit Gagal

❌ Payroll tidak sama dengan timesheet
❌ Overtime tidak direkod dengan betul
❌ Training hanya atas kertas
❌ Exit door dihalang barang
❌ PPE tidak digunakan di kawasan kerja
❌ Risk assessment tidak ikut kerja sebenar

Tips Penting Untuk Persediaan Audit RBA

✔ Pastikan pekerja faham SOP, bukan sekadar hafal jawapan.
✔ Semua dokumen perlu konsisten dengan operasi sebenar.
✔ Auditor akan semak dokumen, interview pekerja dan keadaan tempat kerja sekali gus.
✔ Housekeeping dan disiplin keselamatan memainkan peranan besar semasa audit.

“Fail yang kemas membantu audit berjalan lancar, tetapi budaya kerja yang betul adalah kunci sebenar pematuhan RBA.”


Sumber Rujukan Rasmi

HAK-HAK PEKERJA UNTUK OVERTIME (OT) DI BAWAH EMPLOYMENT ACT 1955

Hak Overtime (OT) Pekerja Malaysia Mengikut Employment Act 1955

HAK OVERTIME (OT) PEKERJA MALAYSIA MENGIKUT EMPLOYMENT ACT 1955

Ditulis oleh #JMBELOG | Hak Pekerja • Overtime • Akta Kerja Malaysia

Di Malaysia, hak pekerja berkaitan overtime atau kerja lebih masa dilindungi di bawah Employment Act 1955 (Akta Kerja 1955). Akta ini menetapkan kadar bayaran minimum, waktu kerja dan perlindungan tertentu kepada pekerja.

APA ITU OVERTIME (OT)?

Overtime berlaku apabila pekerja bekerja melebihi:

  • 8 jam sehari
  • 45 jam seminggu
  • Waktu kerja normal dalam kontrak pekerjaan

Jika pekerja diminta bekerja lebih daripada waktu tersebut, pekerja mungkin layak menerima bayaran OT mengikut kadar yang ditetapkan undang-undang.

KADAR BAYARAN OT MENGIKUT AKTA KERJA

1. Hari Bekerja Biasa

Minimum 1.5 kali kadar gaji sejam.

Sebagai contoh, jika kadar gaji sejam ialah RM10, maka bayaran OT minimum ialah RM15 sejam.

2. Hari Rehat

Bayaran lebih tinggi boleh dikenakan dan OT tertentu boleh dibayar pada kadar minimum 2 kali gaji sejam.

3. Cuti Umum

Kerja pada cuti umum boleh dibayar sehingga minimum 3 kali kadar gaji sejam bergantung kepada situasi pekerjaan.

CARA KIRA OT PEKERJA

Formula asas OT:

(Basic Salary ÷ 26 ÷ Jumlah Jam Kerja Harian) × 1.5

Contoh:

RM1700 ÷ 26 ÷ 7.5 × 1.5 = RM13.08 sejam

APA ITU RBA?

RBA ialah singkatan kepada Responsible Business Alliance atau Perikatan Perniagaan Bertanggungjawab.

Ia merupakan piawaian global yang memastikan hak pekerja, keselamatan tempat kerja, etika syarikat dan perlindungan pekerja dipatuhi dalam rantaian bekalan industri.

4 PILLAR UTAMA RBA

  • Labour – Hak pekerja dan buruh
  • Health & Safety – Keselamatan tempat kerja
  • Environment – Penjagaan alam sekitar
  • Ethics – Etika dan integriti syarikat

SOALAN RBA YANG SELALU DITANYA

  • Do you know your OT rate?
  • How many hours do you work?
  • Do you have rest day?
  • Can the company force you to work?
  • Do you know your annual leave entitlement?

HAK PEKERJA YANG PERLU DIKETAHUI

  • Majikan tidak boleh menahan bayaran OT yang layak diterima
  • Majikan tidak boleh memanipulasi rekod kerja atau punch card
  • Pekerja berhak membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja
  • Pekerja digalakkan menyimpan rekod jadual kerja dan slip gaji
  • Pekerja tidak boleh dipaksa bekerja tanpa hak atau bayaran sewajarnya

PINDAAN TERKINI AKTA KERJA

Pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa pada tahun 2023 turut mengurangkan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu serta memperluaskan perlindungan kepada lebih ramai pekerja di Malaysia.

JIKA HAK OT TIDAK DIBAYAR

Pekerja boleh membuat aduan rasmi kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) atau Pejabat Buruh berhampiran.

SUMBER RUJUKAN RASMI

1. Portal Rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)
https://jtksm.mohr.gov.my

2. Akta Kerja 1955 (Akta 265)
https://jtksm.mohr.gov.my/ms/borang/akta-kerja-1955-akta-265

3. Employment Act 1955 Amendment 2022
https://jtksm.gov.my/en/frequently-asked-questions/employment-act-1955-amendment-2022

4. Panduan & Akta Rasmi JTKSM
https://jtksm.gov.my/ms/perkhidmatan/aduan/akta-panduan

REFLEKSI #JMBELOG

Bekerjalah dengan ikhlas…
tetapi jangan sampai hak sendiri dipijak kerana terlalu diam.

Kerana pekerja juga manusia.
Ada penat yang dipendam.
Ada masa yang dikorbankan.
Dan ada keluarga yang menunggu di rumah setiap kali kita pulang lewat malam.

Kalau kau masih membaca sampai sini…

ingatlah bahawa kerja itu tanggungjawab,
tetapi diri sendiri juga perlu dihargai.

Kerana manusia bukan mesin.
Dan setiap penat,
layak dihormati.

FAHAM HAK, JAGA DIRI

MONOLOG JIWA – FAHAM HAK, JAGA DIRI

“Bekerja bukan sekadar cari rezeki… tapi juga tentang maruah dan hak yang perlu difahami.”


Kadang kita kerja diam-diam… ikut arahan, ikut jadual… tanpa banyak soal. Tapi dalam diam itu, ada satu perkara yang ramai lupa — hak kita sebagai pekerja.

Aku bukan pandai… bukan juga pakar undang-undang. Tapi aku cuba faham sedikit demi sedikit… supaya aku tak terus diam bila sesuatu tak kena.

Sebab dunia kerja… bukan hanya tentang kuat. Tapi tentang tahu bila perlu bersuara… dan bila perlu lindungi diri.


📋 RBA Interview (BM + BI)

1) Do you know about RBA?
Ya, saya tahu tentang hak pekerja di bawah RBA.
Yes, I am aware of RBA, especially workers’ rights.

2) How many hours do you work a week?
Saya bekerja sekitar 60 jam seminggu.
I work approximately 60 hours per week.

3) How many days in a row do you work?
Biasanya 6 hari berturut-turut.
I work 6 days in a row.

4) Do you know how to calculate your OT?
Ya, berdasarkan gaji RM1700:
RM1700 ÷ 26 ÷ 7.5 = RM8.72 sejam
Yes, I understand how to calculate my overtime rate.

5) Do you have annual leave?
8 hari bawah 2 tahun, 12 hari atas 2 tahun.
Yes, based on length of service.

6) What happens if you are forced to come to work?
Tiada paksaan, kerja adalah secara sukarela.
Overtime is generally voluntary.


🎯 Simulasi Soalan Auditor

Do you feel free to leave your job?
Yes, I can leave with proper notice.

Do you keep your own IC?
Yes, I keep my personal documents.

Are you forced to do OT?
No, overtime is generally voluntary, but depends on operational needs.

Do you get enough rest?
Yes, I have one rest day per week.

What if you have complaints?
I will report through the proper channel.


Dalam dunia kerja… kadang kita takut untuk bersuara. Takut dilabel… takut dipandang… takut kehilangan.

Tapi percaya satu perkara — diam yang terlalu lama… boleh memakan diri.

Belajar sedikit demi sedikit. Faham hak… bukan untuk melawan, tapi untuk menjaga diri sendiri.