Seni Permainan SEO Muka Depan Google
Itu sekadar contoh. Ia adalah asas paling penting kewujudan blog atau web ada di enjin carian.
Ramai blogger yang tahu mengenai SEO. Tapi berapa ramai tahu asas SEO muka depan Google? Ada banyak lagi yang perlu anda belajar sebenarnya. Ianya bukan tentang backlink. Bukan tentang berapa banyak backlink telah anda tinggalkan di merata ceruk rantau internet.. Atau berapa kuat authority page anda. Bukan.
IA adalah tentang asas seni permainan seo yang anda pelajari itu sendiri.
Asas ini telah abang kongsikan pada 7 tahun lepas. Di mana pada masa itu blogger melayu tertanya2 bagaimana nak belajar SEO.
Jadi kali ini abang kongsikan sekali lagi asas penting yang jangan seorang pun tinggalkan setiap kali menaip entri SEO.
Anda tak perlukan plugin. Anda tak perlukan blackhat seo. Anda hanya perlukan huruf dan ayat yang di susun menjadi kata kunci.
Asas ini tak ramai yang amalkan. Walaupun mereka tahu pentingnya. Sebab tu mereka pelik kenapa artikel mereka tak ada di muka depan enjin carian. Mereka berkata algoritma Google berubah. Tetapi tidak. Ini adalah perkara asas merangkingkan artikel atau laman web di muka depan Google.
Asas ini adalah "Tajuk & Perenggan Pertama Artikel" anda. Atau dalam bahasa inggerisnya, "Title & Description".
Biar sejuta orang mengklaim diri mereka pakar SEO pun, apabila mereka gagal mengajar anda asas SEO ini, maka anda hanya perlu tinggalkan mereka. Seriusli.
Dari asas inilah anda akan belajar apa itu meta, apa itu h1, h2, h3, h4, h5, h6. Da backlink. Dan structured contents. Dan sebagainya.
Dari asas inilah juga anda akan meletakkan Homepage Laman Web anda di muka depan enjin carian.
Kerana asas kewujudan laman web dan blog di enjin carian adalah "title & description".
Misal contoh, sekiranya anda ada blog tukang jahit, anda perlu letakkan "Tukang Jahit" dengan Description : "Tukang Jahit Baju Melayu, Baju Kurung, Jubah, Abaya, dan Pakaian Muslimah Pada Harga Berpatutan."
Tidak kiralah apa alamat url yang anda guna. Sama ada pakcikmakcik dot com ataupun lain2.
Itu sekadar contoh. Ia adalah asas paling penting kewujudan blog atau web ada di enjin carian.
Tanpa tajuk dan penerangan seperti ini. Jangan mimpi anda akan mendapatkan targeted audiens yang anda mahukan.
.
.
Abang Zulfan
☞ PB Consultant
☞ SEO Marketing & Keyword Branding Expert.
☞ PB Consultant
☞ SEO Marketing & Keyword Branding Expert.
#SeniPermainanSeo
Kredit : Mohd Zulfan Irfan
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!