Pages

Oktober 17, 2019

SINOPSIS GERAN

SINOPSIS GERAN

Mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Pak Nayan dan Haji Daud yang juga rakan seguru dalam ilmu persilatan. Namun disebabkan ada sejarah di antara mereka berdua, mereka saling berdendam dan persengketaan terus berlarutan. Hal ini melibatkan anak-anak Pak Nayan ke dalam situasi yang rumit. 

Ali dan adik perempuannya, Fatimah berasa amat marah dan kesal dengan adik bongsu mereka, Mat Arip yang tidak pulang ke rumah membawa bersama geran tanah pusaka. 
Mat Arip sebaliknya terlibat dengan kumpulan liar yang terbabit dengan aktiviti perlumbaan kereta secara haram dan perjudian selain mencagarkan geran tanah pusaka kepada Haji Daud. 

Sebagai abang sulung, Ali bertanggungjawab untuk mencari dan membawa pulang Mat Arip kembali ke pangkuan ayah mereka, Pak Nayan.

Filem Geran ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 10 Oktober 2019.

Lakonan Namron, Fatimah Abu Bakar, Khoharullah Majid, Feiyna Tajudin, Fad Anuar, Taiyuddin Bakar, Niezam Zaidi, Adam Shahz, Megat Shahrizal, Azlan Komeng, Aeril Zafrel ...

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!