Oktober 14, 2019

TIPS UNTUK BISNES ONLINE

*TIPS UNTUK BISNES ONLINE*
===================
➡ Penuhkan friends. Cukup kan 5k. Kat mana nak cari? Add friends dekat page yang membeli belah
➡ Guna gambar sendiri untuk profile. Saya tau, baby awak comel, tapi..baby tak pandai kira duit...awak....
➡ Setting kena PUBLIC
➡ Belajar branding diri sendiri, belajar untuk sentiasa engaged dengan fb friends. Pergi like orang punya wall, comment mereka. Orang berbudi, kita berbahasa. Betul Tak??
➡ Wish selamat pagi & ucapan salam setiap pagi bagi yang baru meniaga online, supaya orang lain sedar akan kewujudan anda di fb.
➡ Share something menarik dekat wall untuk menarik minat orang ramai. Jangan segan & takut untuk beriklan.
➡ Jangan terlalu banyak share pasal resepi nak masak. Percayalah. Awak tak masak pun. Kalau betul-betul nak masak, screen capture je dan simpan.
➡ Clearkan wall anda dari tagging-tagging. Ramai betul orang dok tag anda, bagi clear semua tu. Delete. Setting private untuk tagging.
➡ sentiasa update wall sendiri. Belajar menulis, belajar bercerita walaupon sekecil manapun cerita. Wardaa? Siapa warda tu? Nampak ringkas, tapi orang akan respon.
➡ Jangan cerita banyak sangat hal berkaitan politik kat wall. Jangan duk sibuk sindir orang kat fb, orang lain sindir awak pulak macamana, awak sentap juga takkk..!
➡ Share, Share, Share bisness awak. Apa awak pakai, apa awak jual. 5X sehari.
➡ No tagging please..! Awak ada potential utk di unfollow. Nak unfriend awak, mereka tak sampai hati. So..sape rugi?
➡ selpiee la awak... awak jual ape. Kalau setiap setengah jam duk post selpiee je, orang pon naik juling. Sesekali muncul. Barulah awak nampak Exclusive. Gituwwwwww.
*TIME BEST NAK POSTING*
9 pagi
12 tengah hari
2.30 petang
4 petang
9 malam
10 malam
➡ Join group FB. Iklan minimum 10 posting sehari.
➡ Share testimoni pembeli untuk yakinkan pembeli lain .
➡ Buat secara berterusan semua di atas anda pasti berjaya.
➡ MALU letak tepi.
➡ Doa semoga Allah mudahkan customer bank in pada anda.
➡ SABAR. Benda ni yang buat orang kalah.
_Doakan semoga kita semua berjaya_ 珞
#tipshariini
#MindsetBilionwan

3 ulasan:

  1. time kasih sahring!!!i.allah will follow...ade lagi beberapa tips tu yang xbuat..hihi..mekasih sangat!

    BalasPadam
  2. kalau nak berbisnes kena buang perasaan malu.. kena rajin promote.. kalau tak susah nak maju kan.. apapun thanks for sharing..

    BalasPadam
  3. Impressive web site. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pikdo.

    BalasPadam

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut