Pages

Julai 25, 2021

APLIKASI MYSEJAHTERA - DEFINASI KONTAK RAPAT DAN KONTAK KASUAL



📲APLIKASI MYSEJAHTERA


KONTAK KASUAL?


Baru-baru ini kecoh sebentar apabila ramai pengguna aplikasi MySejahtera mendapati status mereka merupakan KONTAK KASUAL dan diklasifikasikan BERISIKO TINGGI.


Ramai tertanya-tanya apa tindakan yang perlu dilakukan apabila mendapat status KONTAK KASUAL di aplikasi MySejahtera.


Jom kita fahami penerangan dari MySejahtera Data Team


🔎Berikut adalah beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan status Kontak Kasual :

 


1️⃣Apa yang harus saya lakukan sekiranya saya diberitahu sebagai kontak kasual?


Sila amalkan SOP yang ketat setiap masa dan buat penilaian kendiri setiap hari melalui aplikasi MySejahtera. Amalkan pemakaian topeng muka dan menjaga jarak fizikal dengan keluarga dan rakan. Sekiranya anda pernah mengalami sebarang gejala, sila kunjungi kemudahan kesihatan terdekat untuk dinilai oleh pegawai perubatan dengan pengangkutan anda sendiri dengan mengamalkan SOP yang ketat.


2️⃣Apa yang berlaku pada status profil saya di MySejahtera apabila saya dikenali sebagai kontak kasual?


Status profil anda akan berubah menjadi "Risiko Tinggi – kontak kasual". Sama ada anda dibenarkan masuk ke premis yang terbuka untuk umum, seperti restoran dan pasar raya, adalah tertakluk kepada budi bicara pemilik premis.


3️⃣Adakah saya dibenarkan bekerja / sekolah / institusi lain setelah saya diberitahu sebagai kontak kasual?


Ya, anda dibenarkan berbuat demikian. Amalkan SOP yang ketat setiap masa, terutamanya di tempat awam.


 4️⃣Bolehkah saya tahu dengan siapa kes positif COVID-19 yang saya hubungi?


Maklumat kes positif COVID-19 tidak akan didedahkan untuk melindungi kerahsiaan pesakit.


5️⃣Adakah saya perlu pergi ke klinik kesihatan terdekat untuk menjalani ujian COVID-19 setelah saya diberitahu sebagai kontak kasual?


Tidak, tidak wajib menjalani ujian jangkitan COVID-19. Namun, sekiranya anda mengalami gejala, silakan pergi ke kemudahan rawatan kesihatan terdekat untuk dinilai oleh pegawai perubatan.


 6️⃣Apa yang harus saya lakukan sekiranya saya terlepas 1 hari / hari tertentu dari penilaian kendiri harian?


Sila teruskan penilaian harian anda untuk hari-hari berikutnya.


 7️⃣Apa yang berlaku setelah saya menyelesaikan 14 hari penilaian harian?


Status profil anda akan berubah menjadi "Risiko Rendah" jika anda tidak bergejala. Anda akan diberitahu melalui MySejahtera sekiranya tindakan selanjutnya diperlukan.


Kesimpulanya kekal berada di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting sahaja. Ingatlah kita belum menang dalam menanggani COVID-19


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=977059089498056&id=268755193661786

3 comments:

edahyukarim berkata...

Yang penting kesedaran kendiri itu penting dan perlu jaga SOP masing-masing. Stay safe!

as samsudin berkata...

Jaga SOP walau di mana saja...

The Grey Lines Between berkata...

dan juga walaupun dah vaccine jgn rasa diri kebal and terus amal SOP juga

Shelfie Sunday | Funko Pop! My Hero Academia

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!