Sampai Tua - Shuib


dinda kau masih paling jelita
walau sekarang gigi mu tinggal dua
hati senang mataku lapang
tinggal aku
ku pandang tak pincang

dinda kau masih ratu dijiwa
walaupun ukuran pinggang mu berganda
kau teristimewa paling berharga
bidadari yang buat aku bahagia

meskipun langkah abang sudah tak panjang 
meskipun kini mata abang sudah tak terang
namun telah dulu abang kata
kasih abang kan mengharung masa
sampai tua

dinda kau masih intan mahkota
walaupun rambut mu beruban semua
sejuk rasa bila bersama
jelas tergambar bayangan syurga

dinda kau masih sandaran kanda
walaupun dikau makin berbongkok tiga
sejarah kita sungguh sempurna
tiada apa ku mahukan berbeza

meskipun langkah abang sudah tak panjang 
meskipun kini mata abang sudah tak terang
namun telah dulu abang kata
kasih abang kan mengharung masa
sampai tua

dinda kau kini kasih di Syurga
walaupun kita dah berjanji setia
cerita kita tak sempat tua
dinda menanti di pintu Syurgaaaa

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”