Disember 28, 2021

Pahala Zikir Sepanjang Hari

 Pahala Zikir Sepanjang Hari

======

1. Pernah suatu ketika Rasulullah keluar untuk menunaikan solat subuh dari rumah isterinya Saidatina Juwairiyah dan Baginda dapati, Juwairiyah sedang duduk ditempat solatnya.


2. Apabila selesai solat subuh (ketika waktu Dhuha), Rasulullah pulang ke rumah dan mendapati Saidatina Juwairiyah masih ditempat duduknya (sama seperti keadaan Rasulullah keluar dari rumah tadi).


3. Lalu Rasulullah bertanya kepadanya: "Apakah kamu masih seperti ini ketika aku keluar tadi?" Juwairiyah menjawab: Ya. Lalu Rasulullah mengajarkan Juwairiyah satu zikir yang sekiranya diucapkan tiga kali sahaja sudah sama pahalanya dengan apa yang Juwairiyah bacakan sepanjang hari. Lafaz zikir tersebut ialah:


سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ


4. Amalkan zikir yang diajarkan oleh Baginda Nabi buat isterinya ini. Semoga Allah membimbing kita.


📮Join Telegram Taman Ilmu

telegram.me/tamanilmuofficial

BERHATI-HATI FENOMENA AKHIR ZAMAN

BERHATI-HATI FENOMENA AKHIR ZAMAN

1. Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil.

2. Perubatan semakin canggih, kesihatan semakin buruk.

3. Melancong keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan jiran terdekat.

4. Pendapatan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurang.

5. Ilmu semakin tinggi, emosi semakin rendah.

6. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis.

7. Pengetahuan semakin bagus, keadilan semakin berkurang.

8. Perzinaan semakin rancak, kesetiaan semakin pupus.

9. Semakin banyak kawan di dunia maya, tapi tidak ada sahabat yang sejati.

10. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya.

11. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu.

12. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap.

13. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai.

14. Teknologi semakin canggih, fitnah dan aib semakin tersebar.

15. Orang yang rendah ilmu banyak bercakap, orang yang tinggi ilmu banyak mendiamkan diri.

Semoga kita sedar dan Semoga kita semua tetap berada di dalam lindungan Allah Subhanahu Wa Ta'ala… 😇

Cnp



Sikap Bermuka-muka

Sikap Bermuka-muka
==========
1. al-Imam al-Bukhari merekodkan perbualan beberapa orang lelaki yang bertanya kepada Saidina Abdullah bin Umar tentang sikap mereka yang bersikap bermuka-muka. 

2. Dihadapan orang mereka memuji, dibelakang orang, mereka mengutuk dan mengkeji. Lalu Abdullah bin Umar menjelaskan bahawa sifat sebegini dianggap sebagai sebahagian daripada sifat munafik di zaman Rasulullah. 

3. Dalam riwayat riwayat yang lain pula Rasulullah menjelaskan:

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ ذُو الوَجْهَيْنِ، الَّذِي يَأْتِي هَؤُلاَءِ بِوَجْهٍ، وَهَؤُلاَءِ بِوَجْهٍ»

Sejahat-jahat manusia adalah mereka yang memiliki dua wajah. Dia datang kepada orang lain dengan wajah yang lain, dan dia pergi kepada orang lain dengan wajah yang lain pula. (Sahih al-Bukhari).

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna

Cinta & Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan
gembira...

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa
berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma
berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita
cinta, kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang
yang kita suka, kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas
berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu...
Di depan orang yang kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita
cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita
suka...

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan
turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan
turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang
yang kita suka... umpama kita membuang telinga
kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam
hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang
anda
cinta....

Cinta ibarat rumah
Tak perlu cantik & tak perlu mewah
Yang penting biar bahagia di dalamnye

Tetapi, hakikatnya
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi

Fungsi “Check-Out” dalam MySejahtera dipadam, digantikan dengan MySejahtera Trace

Aplikasi pengesanan penularan wabak COVID-19 di Malaysia, MySejahtera, bakal menawarkan kemas kini baharu yang akan memperkenalkan fungsi MySejahtera Trace (MySJ Trace). Fungsi tersebut menggunakan hubungan Bluetooth dan membenarkan penjejakan kontak (contact tracing) yang lebih mudah untuk mengesan individu positif COVID-19.




Selain itu, MySJ Trace juga akan menggantikan fungsi Daftar Keluar (Check-Out) sewaktu pengguna ingin keluar daripada premis. MySJ Trace akan memberi maklumat tentang interaksi dengan pengguna lain secara langsung (live).

Dalam sebuah ciapan, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa kemas kini tersebut telah pun dihantar ke platform Google, Apple dan HUAWEI, namun sewaktu artikel ini ditulis, Apple dan Google masih belum menawarkan kemas kini tersebut kepada orang awam.

Sementara itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjelaskan bahawa MySJ Trace dibangunkan bagi memenuhi keperluan program Find, Trace, Test, Isolate and Support (FTTIS) untuk mengawal penularan COVID-19. Jika seseorang itu disahkan positif COVID-19, notifikasi akan diberikan melalui MySejahtera bagi mendapatkan kebenaran untuk berkongsi maklumat kontak rapat yang dikesan.

Perlu diingati bahawa ini tidak bermakna MySejahtera mempunyai kebenaran untuk mengumpul data peribadi pengguna. MySJ Trace berfungsi dengan nombor ID unik Anonymized Unique User ID (UUID) dan tidak mengumpul sebaran data peribadi atau geo-lokasi.

Selain itu, data yang boleh diakses oleh Kementerian Kesihatan dalam MySJ Trace hanya disimpan dalam peranti selama 14 hari.

Kongsi pendapat anda tentang fungsi baharu MySejahtera ini dalam Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.




Disember 26, 2021

#tunggulahkasih #jmbelog

Oh tuhan tolong jaga dia
Disaat aku jauh darinya
Hanya dia yang kucinta dan slalu kusebut di setiap doa

Kuingin selalu bersamanya
Jalan cita cinta yang indah
Aku haraplah
Kukan datang tuk bertemumu sayang


Sabarlah kasih kupasti kembali
Tuk tepati janji yang dulu kuberi
Yakinlah kasih akan cinta ini
Takkan terpisah walau sampai mati

Kumencintaimu setulus hatiku
Kumenyayangimu semampu hidupku
Tunggulah kasih demi cinta ini
Tetap jangan kau bersedih

Sabarlah kasih kupasti kembali
Tuk tepati janji yang dulu kuberi
Yakinlah kasih akan cinta ini
Takkan terpisah walau sampai mati

Kumencintaimu setulus hatiku
Kumenyayangimu semampu hidupku
Tunggulah kasih demi cinta ini
Tetap jangan kau bersedih

Sabarlah kasih kupasti kembali
Tuk tepati janji yang dulu kuberi
Yakinlah kasih akan cinta ini
Takkan terpisah walau sampai mati

Disember 25, 2021

Telefilem 'Angan-Angan Mat Jiman' & Telefilem Ambon disiarkan pada 25 Disember 2021

Telefilem 'Angan-Angan Mat Jiman' disiarkan pada 25 Disember 2021, Sabtu jam 9 malam di Astro Citra saluran 108.

Lakonan  Amerul Affendi, Fadhli Masoot, Chubb-E, Harris Annuar, Aleza Shadan, Arie Zaharie, Muzayyin, Bohari Ibrahim...

Sinopsis - Jiman ialah seorang pemuda kampung yang telah banyak kali gagal dalam perniagaan mendapat idea untuk melakukan bisnes untuk mencegah Covid-19. Pelbagai eksperimen dilakukan oleh jiman dan kawan kawannya terhadap binatang dan tumbuhan dan akhirnya memakan diri sendiri apabila dia keracunan.


Telefilem Ambon disiarkan pada 25 Disember 2021, Sabtu jam 9 malam di TV1.

Lakonan Muntazar Ghufran, Zarina zainuddin, Alif Hadi, Dottie, Ebby Yus, Fateha Khairul Nizam, Muhammad Aidil Rafiq dan Daniel Zulkifli...

Sinopsis - Bila tiba cuti Sekolah Ambon tidak sabar untuk menghabiskan Cuti Sekolahnya di Kampung Tok Sabariah, bersama Mudin dan Pool. Pada masa yang sama, Nadia sepupu Ambon balik ke Kampung juga. Nadia pendiam kurang berkawan dan gemar bermain gajet. Ada misi dari ayah Nadia yang Ambon perlu selesaikan ! Pakcik Ambon iaitu Pakcik Eddie pula seorang pemalu tetapi sukakan Makcik Aida. Ambon cuba untuk mengajar Pakcik Eddie cara-cara memikat Makcik Aida. Tetapi, berjayakah Pakcik Eddie dengan bantuan Ambon? Bagaimana pula hubungan Haji Jefri dan Tuk Sabariah?

#suratancintakita #jmbelog

Tak pasti ke manakah


Semua sudah suratan

Tak tahu mengapakah
Cinta yang lama terbina berkecai
Walaupun hakikatnya
Kita saling menyayangi

Manis yang kau rasakan
Pahit yang aku terima menusuk
Hanya mampu berserah
Walau apa jua

Biarkanlah aku pergi
Biarkan kubawa diri
Usah kau tangisi
Akan perpisahan ini
Semua sudah suratan

Bukannya salahku
Bukannya silapku
Perpisahan ini
Hanya kerana mulut berbisa
Engkau terpedaya

Bukannya pintaku
Bukannya mahuku
Perpisahan ini
Atas angkara orang ketiga
Kita bersengketa

Selamat tinggal, kasih
Semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita
Tinggalkan kenangan dalam jiwa

Selamat tinggal, sayang
Semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita
Tinggalkan kenangan selama-lamanya

Bukannya salahku
Bukannya silapku
Perpisahan ini
Hanya kerana mulut berbisa
Engkau terpedaya

Bukannya pintaku
Bukannya mahuku
Perpisahan ini
Atas angkara orang ketiga
Kita bersengketa

Selamat tinggal, kasih
Semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita
Tinggalkan kenangan dalam jiwa

Selamat tinggal, sayang
Semoga engkau berbahagia
Biarlah cinta kita
Tinggalkan kenangan selama-lamanya

Disember 22, 2021

Mengapa Lupa Rakaat Dalam Solat?

Mengapa Lupa Rakaat Dalam Solat?
==========
1. Perasan atau tidak, kita lebih mudah ingat barang yang kita lupa ketika melaksanakan solat? Sedangkan diluar solat kita tidak ingat tentang perkara itu? Sehingga menyebabkan kita terlupa berapa rakaat yang telah kita tunaikan.

2. Fenomena "ingat barang" dalam solat ini pada hakikatnya telah disebutkan dalam hadis Nabi. Rasulullah membayangkan kepada kita bahawa syaitan sering mengganggu seseorang dalam solatnya sehingga mengingatkan kepadanya perkara yang dia terlupa diluar solat. Sabda Rasulullah:

إِذَا قُضِيَ التَّثْوِيبُ أَقْبَلَ حَتَّى يَخْطُرَ بَيْنَ الْمَرْءِ وَنَفْسِهِ يَقُولُ لَهُ اذْكُرْ كَذَا وَاذْكُرْ كَذَا لِمَا لَمْ يَكُنْ يَذْكُرُ مِنْ قَبْلُ حَتَّى يَظَلَّ الرَّجُلُ مَا يَدْرِي كَمْ صَلَّى

“Sehinggalah iqamah itu telah selesai, maka syaitan akan kembali (mengganggu) hingga mengingatkan seseorang dalam dirinya. Syaitan berbisik: "Ingat demikian, ingat demikian" untuk sesuatu yang tidak dia ingat sebelumnya hingga seorang lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia telah solat.” (Sahih Muslim)

3. Atas dasar itu kita sering dinasihatkan agar memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan sebelum solat. Seorang sahabat Nabi bernama Usman bin Abi al-As pernah mengadu kepada Rasulullah dia sering tidak khusyuk dan diganggu. Maka Rasulullah berpesan:

ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ

“(Yang mengganggu kamu) itu ialah syaitan yang dinamakan Khanzab. Oleh itu apabila kamu rasa diganggunya, maka segeralah mohon perlindungan kepada Allah dari godaannya” (Sahih Muslim)

4. Oleh itu andai kita sering terganggu dalam solat, mohonlah perlindungan dari Allah. Ucapkan isti’azah (bacaan A’uzubillahi Minasy Syaitan) dan berdoalah agar Allah membantu kita khusyuk dalam solat.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna

Elemen Burung dalam Hadis Tawakal

Elemen Burung dalam Hadis Tawakal
=======
1. Ketika menerangkan mengenai konsep tawakal dan rezeki, Rasulullah ﷺ memberikan perumpamaan mengenai burung yang keluar pada waktu pagi mencari rezeki. Penggunaan objek burung dalam hadis ini menarik untuk diteliti.

2. Menurut al-Imam al-Baihaqi, elemen burung digunakan bagi menggambarkan tentang usaha. Kerana burung tidak duduk diam dalam sarangnya melainkan dia akan keluar mencari rezeki. Seakan-akan, tawakal harus disertakan dengan usaha. Kata al-Baihaqi:

فهذه الطيور لا تبقى في أوكارها تنتظر رزق الله

“Burung-burung ini tidak kekal di dalam sarang mereka menanti rezeki yang akan diberikan oleh Allah (sebaliknya burung-burung ini keluar mencari rezeki).

3. Oleh itu seseorang tidak boleh dengan mudah menyatakan dia sudah bertawakal sedangkan dia belum berusaha untuk mendapatkannya. Seorang pelajar tidak boleh bertawakal dan mengharapakan kejayaan sedangkan dia tidur sepanjang hari. 

4. Atas sebab itulah Saidina Umar menegur sekumpulan manusia yang datang dari Yaman tanpa membawa bekalan. Saidina Umar bertanya kepada mereka:

مَا أَنْتُمْ؟ فَقَالُوا: نَحْنُ المُتَوَكِّلُوْنَ. فَقَالَ: بَلْ أَنْتُمُ المُتَّكِلُوْنَ.

“Siapakah kamu semua ini? Mereka menjawab: Kami adalah golongan yang bertawakal. Umar membalas: (kamu bukanlah orang yang bertawakal) bahkan kamu adalah orang yang hanya bersandar (tidak berusaha). 

5. Lalu Saidina Umar menjelaskan kepada mereka tentang konsep tawakal:

أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِالمُتَوَكِّلِيْنَ؟ رَجُلٌ أَلْقَى حَبَّةً فِي الأَرْضِ ثُمَّ تَوَكَّلَ عَلَى رَبِّهِ

Biar aku beritahu kamu tentang orang yang bertawakal: Iaitu lelaki yang mencampakkan benih ke tanah (iaitu berusaha bercucuk tanam) dan kemudian dia pun bertawakal kepada Allah. (Inilah sebenar-benar tawakal) (Syu'ab al-Iman).

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Taman Ilmu

Disember 19, 2021

Rasulullah SAW sebut tanda-tanda Kiamat

Rasulullah SAW sebut tanda-tanda Kiamat antaranya iaitu:

1. Anak-anak jadi keras kepala
2. Hujan turun lebat, kejadian banjir
3. Kejahatan bermaharajalela 
4. Orang bercakap bohong itu dipercayai/diyakini, manakala orang jujur itu didustai. Orang jujur, soleh didustai.
5. Banyak pemakai jubah dan serban namun khianat 
6. Banyak peniaga namun tiada pembeli
7. Harta-benda melimpah ruah (jalan haram contoh scammer)
8. Pemilik/orang kaya diagung-agungkan kerana kekayaan dia
9. Banyak undang-undang terwujud
10. Muncul pemimpin di kalangan kanak-kanak (pemimpin berfikiran anak-anak, berperangai kanak-kanak)
11. Golongan wanita bertambah, lelaki berkurangan kerana gejala sosial cth dadah
12. Penguasa-penguasa yang khianat/zalim
13. Timbangan dan ukuran dalam aktiviti perniagaan dikurangkan (penipuan)
14. Pemimpin sibuk dengan harta, namun golongan bawahan sibuk menyebar ilmu
15. Lelaki membunuh saudaranya (adik-beradiknya)
16. Banyak khatib atas mimbar, namun khutbah tak difahami. 
17. Ulama condong kepada pemimpin, menghalalkan yang haram (halal dan haram dilanggar demi jaga kepentingan diri)
18. Satu kaum yang makan dengan lidah-lidah mereka semacam lembu, bermaksud mereka suka memuji orang yang suka kepada mereka (menjilat = makan pujian)
19. Orang Mukmin menyembunyikan keimanan, orang Munafik buat salah secara terang-terangan
20. Para alim ulama mendambakan (ingin) kematian sehingga digambarkan mati itu lebih baik daripada emas berwarna merah 
21. Datang 50 orang yang sembahyang tapi tiada satu orang pun solatnya yang diterima! Kerana tidak diletakkan Allah sebagai keutamaan, ibadah dalam riak
22. Tidak ada lagi harta pusaka perlu dibahagi kerana manusia terlalu tamak dan tiada lagi kegembiraan dalam perihal harta ghanimah (hilang semangat juang)
23. Dapat jiran-jiran yang buruk, perkelahian jiran, adik-beradik, teman sepejabat
24. Dihentikan pedang daripada jihad
25. Memperoleh untung dunia melalui agama
26. Zaman yang penuh kegemilangan iaitu zaman sahabat berebut buat kebaikan. Kemudian sampai zaman terkemudian andai buat 1/10 daripada kebaikan pun
27. Bersabar dalam beribadah dalam keadaan kekacauan, akan datang satu zaman lebih buruk daripada terdahulu
28. Yang paling ditakuti Rasulullah SAW pada umat Baginda adalah, mereka (umatnya) mendapat pemimpin yang menyesatkan mereka. Pedang telah diletakkan dan berterusan perang hingga Kiamat (Suriah, Iraq, Palestin dll)
29. Jika kamu hidup ditengah-tengah manusia yang buruk perangai, telah rosak perjanjian dan amanah dalam hidup mereka, mereka saling berselisih.. para sahabat bertanya bagaimana nak buat? 
Rasulullah SAW sebut, "Tetaplah dalam rumah kamu." 
Maksud, jaga lidah dan jaga penulisan kamu. Duduk diam-diam dalam rumah.
Hendaklah kamu mengurusi diri sendiri..dan tinggalkan urusan manusia lain, orang ramai..tinggalkan.
30. Akan muncul sesudah Rasulullah SAW, para pemimpin yang berjalan tak sesuai dengan petunjuk (sunnah) Rasulullah. 
31. Lahir generasi yang hati mereka, hati-hati syaitan. Bagaimana mendapani perkara ini, #30,#31- Dengar dan taat apa yang diajar Rasulullah walau kamu disebat, dihumban di penjara, dirampas harta agar kamu selamat.
32. Terjadinya fitnah, perpecahan, perselisihan di kalangan orang Islam. Jika kamu hidup di saat itu...
Sekiranya kamu sanggup jadi hamba Allah, jadilah hamba Allah yang terbunuh. Dan kamu mati di jalan Allah (dan kamu bukan orang yang membunuh). Maka lakukanlah (mati terbunuh).



Inn Shaa Allah REZEKI MELIMPAH

Inn Shaa Allah REZEKI MELIMPAH
.
1. DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.
.
2. TAHAJJUD.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
.
3. AL-QURAN.
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.
.
4. ZIKIR.
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.
.
5. SOLAT BERJEMAAH.
Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
.
6. SILATURRAHIM.
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.
.
7. BERSEDEKAH.
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
.
8. SOLAT AWAL WAKTU.
Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.
.
9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH.
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.
.
10. TAWAKAL DAN USAHA.
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.
.
4 amalan surah setiap hari.
.
● Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
.
Lain-lain:
.
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.
.
BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. INSYAA-ALLAH


#copypaste

Amalan calon ahli syurga

Amalan calon ahli syurga 




Diriwayatkan dari Anas bin Malik dia berkata, “Ketika kami duduk-duduk bersama Rasulullah s.a.w, tiba-tiba baginda bersabda, ‘Sebentar lagi akan datang seorang lelaki penghuni Syurga.’ Kemudian seorang lelaki dari Ansar melintas di hadapan mereka sementara bekas air wudhu' masih membasahi janggutnya, sedangkan tangan kirinya memegang sandal.

Esok harinya Nabi s.a.w bersabda lagi, ‘Akan lalu di hadapan kamu seorang lelaki penghuni Syurga.’ Kemudian muncul lelaki semalam dengan keadaan sama seperti hari sebelumnya.

Keesokan harinya Rasulullah s.a.w bersabda lagi, ‘Akan lalu di hadapan kamu seorang lelaki penghuni Syurga!!’ Tidak berapa lama kemudian orang itu masuk sebagaimana keadaan sebelumnya; kesan air wudhu' masih memenuhi janggutnya, sedangkan tangan kirinya memegang sandal.

Setelah itu Rasulullah bangun dari tempat duduknya. Sementara Abdullah bin Amr bin Ash mengikuti lelaki tersebut, lalu dia berkata kepada lelaki tersebut, ‘Aku sedang punya masalah dengan orang tuaku, aku berjanji tidak akan pulang ke rumah selama tiga hari. Jika engkau mengizinkan, aku ingin menginap di rumahmu untuk memenuhi sumpahku itu.’

Dia menjawab, ‘Silakan!’

Anas berkata bahawa Amr bin Ash setelah menginap tiga hari tiga malam di rumah lelaki tersebut tidak pernah mendapatinya sedang qiamullail, hanya saja tiap kali terjaga dari tidurnya ia membaca zikir dan takbir hingga menjelang subuh. Kemudian mengambil air wudhu'.

Abdullah juga mengatakan, ‘Saya tidak mendengar ia berbicara, kecuali yang baik.’

Setelah menginap tiga malam, ketika hampir saja Abdullah menganggap remeh amalnya, dia berkata, ‘Wahai hamba Allah, sesungguhnya aku tidak sedang bermasalah dengan orang tuaku, hanya saja aku mendengar Rasulullah selama tiga hari berturut-turut di dalam satu majlis beliau bersabda, ‘Akan lalu di hadapan kamu seorang lelaki penghuni Syurga.’ Selesai baginda bersabda, ternyata yang muncul tiga kali berturut-turut adalah engkau.

Sahaja saya ingin menginap di rumahmu ini, untuk mengetahui amalan apa yang engkau lakukan, sehingga aku dapat mengikuti amalanmu. Sejujurnya aku tidak melihatmu mengerjakan amalan yang berpahala besar. Sebenarnya amalan apakah yang engkau kerjakan sehingga Rasulullah berkata demikian?’

Kemudian lelaki Ansar itu menjawab, ‘Sebagaimana yang kamu lihat, aku tidak mengerjakan amalan apa-apa, hanya saja aku tidak pernah mempunyai rasa iri kepada sesama muslim atau hasad terhadap kenikmatan yang diberikan Allah kepadanya.’

Abdullah bin Amr berkata, ‘Rupanya itulah yang menyebabkan kamu mencapai darjat itu, sebuah amalan yang kami tidak mampu melakukannya’.”

Sumber: Az-Zuhdu, Ibnul Mubarak, hal. 220 (alsofwah.or.id) Artikel www.KisahMuslim. com

Disember 18, 2021

Jadilah burung helang

Tahukah Anda ?

Satu-satunya burung yang berani bertenggek di atas burung helang sewaktu ia sedang terbang adalah burung gagak. Namun, burung helang tidak akan memberi sebarang riaksi atau berlaga dengan burung gagak tersebut. 

Burung helang tidak akan menghabiskan masa dan tenaga cuba bertarung dengan burung gagak. Sebaliknya, burung helang akan melebarkan sayapnya dan terbang mengharung awan ke paras yang lebih tinggi menuju keatas langit. Semakin tinggi burung helang menjulang ke atas langit, semakin sukar burung gagak untuk bernafas. 
Akhirnya, burung gagak itu akan jatuh dengan sendiri kerana kekurangan oksigen.

Seperti burung helang, janganlah kita membuang masa cuba bertikam dengan gagak yg menganggu hidup kita hari ini, terbang tinggi dan biarkan mereka melukut mendongak mengikuti perjalanan kita.

Terbang dan terus terbang ke atas langit yg lebih tinggi kerana akhirnya nanti mereka akan jatuh dan hilang sendiri.

Kredit : Sumbu



25 BLOG - 18 DECEMBER 2021