Kalau minta telur setengah masak kat kedai, jarang Aku jumpa orang yang pandai sediakan telur setengah masak atau tiga suku masak.
Ramai hanya tahu telur suku masak. Ada yang tanya, telur setengah masak atau tiga suku masak tu camna rupanya?
Ok, kat sini Aku tunjukkan gambar sebetulnya telur setengah masak atau tiga suku masak tu camna rupanya dan macam mana nak buatnya.
Telur setengah masak biasanya sedikit cair di sebelah dalam dan sedikit keras di sebelah luar. Kalau semuanya cair itu telur suku masak macam dalam gambar nombor 2.
Telur setengah masak yang Aku suka macam dalam gambar nombor 3 & 4.
Telur tiga suku masak rupanya macam dalam gambar 5 & 6.
Telur tiga suku masak, kuning dan putihnya hampir keras dan tidak berair berbanding setengah masak.
Kalau Aku yang buat sendiri, apabila air yang dimasak sudah mengelegak, Aku akan perlahankan api (Jangan tutup api), kemudian barulah masukkan telur 2 biji selama 4 minit guna timer handphone.
Memang akan dapat telur setengah masak yang "marvelous" dan "perfect".👍🏼
Buktinya, masa Aku kursus simulator kat Australia suatu masa dulu, Aku buatlah telur setengah masak ni untuk pegawai atasan yang duduk serumah dengan Aku.
Bos Aku siap cakap, "Haa... Ini baru betul telur setengah masak. Pandai kamu buat telur setengah masak camni rol, susah sekarang nak jumpa orang pandai buat telur setengah masak camni"...😂
Sebenarnya Aku pun tak pandai mana buat telur setengah masak ni, hari tu baru kali pertama Aku cuba buat selepas lebih 10 tahun dah tak buat sendiri rasanya.
Cuma sebelum pergi kursus tu Aku dah siap² screenshot gambar ni sebagai panduan.
Dan hasilnya menjadi seperti seorang MasterChef yang hebat. Begitulah kisahnya pasal telur setengah masak.
Baiklah sedara sedari... 😅
Inilah formula rahsia telur setengah masak yang sedara sedari cari selama ini. Simpanlah gambar ni sebagai panduan ya...😊
#Merz
To be honest, selalu pergi kedai memang jarang mintak. Sebab tahu diorang buat tak jadi hahaha. Kalau kita mintak tiga suku masak, lagi garu kepala diorang kan ^^
BalasPadam