🌿 KETENANGAN 🌿
"Semakin dewasa, semakin aku memilih untuk tenang."
Sekarang aku cuma mahu hidup dengan hati yang damai. Tidak lagi terlalu memikirkan siapa yang datang, siapa yang pergi, siapa yang suka, dan siapa yang memilih untuk menjauh.
Kerana aku sedar, manusia datang dengan pelbagai rasa, dan aku tidak mampu mengawal semuanya. Apa yang mampu aku jaga hanyalah hati sendiri.
Setiap hari aku berdoa:
"Ya Allah, lembutkan hatiku untuk menerima setiap ujian dan layanan manusia, baik atau buruk, dengan hati yang reda."
Dulu aku sering takut kehilangan perhatian, takut tidak dihargai, takut tidak dipedulikan. Namun hari ini, aku memilih untuk melepaskan ketakutan itu sedikit demi sedikit.
Kerana ketenangan bukan datang daripada manusia, tetapi daripada hati yang belajar menerima.
🤍 Tenang itu mahal.
Dan tidak semua orang mampu memilikinya. 🤍
Catat Ulasan
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”