-->

Menu Navigasi

Maaf Jika Aku Keras

Maaf Jika Aku Keras

Maaf jika aku terlihat keras.

Bukan kerana aku mementingkan diri, bukan juga kerana aku tidak peduli.

Aku cuma sedang belajar menjaga hati sendiri, setelah terlalu lama mengutamakan orang lain hingga terlupa pada luka yang aku simpan diam-diam.

Ada waktu kita perlu berkata "tidak", bukan kerana benci, tetapi kerana kita juga berhak untuk tenang.

Jika menjaga diri dianggap berubah, biarlah.

Kerana ada hati yang pernah terlalu banyak terluka, dan kini hanya mahu belajar untuk sembuh.


"Kadang-kadang, ketegasan bukan tanda ego. Ia adalah cara hati yang pernah terluka menjaga dirinya daripada luka yang sama."

#JMBELOG

Ulasan