Ya Allah,
Aku akui, aku penat. Aku tidak sekuat yang orang sangka. Mentalku sedang lelah, hatiku sedang sarat menanggung beban yang tidak semua orang nampak.
Ya Allah, jika aku sedang berjuang sendirian, temankanlah aku dengan rahmat-Mu. Jika tiada bahu untuk bersandar, jadilah tempat aku bergantung. Kuatkanlah hati dan fikiranku agar tidak mudah putus asa.
Jangan biarkan aku kalah dengan keresahan, kesedihan, atau keputusasaan. Berikanlah aku ketenangan, kesabaran, dan kekuatan untuk terus melangkah walaupun perlahan.
Aku percaya setiap ujian-Mu ada hikmahnya. Maka pimpinlah aku keluar daripada kesulitan ini dan gantikanlah segala kesedihan dengan kebahagiaan yang Engkau reda.
Aamiin ya Rabbal 'Alamin.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”