Tonton filem 99 Kali rindu ~ #JMBELOG Tonton filem 99 Kali rindu - #JMBELOG

Reading List

Tonton filem 99 Kali rindu


Tonton filem 99 Kali rindu

Filen ini menyentuh hati JM. Best jalan ceritanya...

Filem drama, romantik dan Islamik ini diarah oleh Azhari Mohd Zain. Pelakon yang membintangi filem termasuklah Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Adey Syafrien, Fizo Omar, Diana Amir dan Siti Aziz. Filem ini mengisahkan Attar yang baru kematian isterinya, Saidatul Nafisa. Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan yang ditanggung. 


Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita -Fatin Qalbie (Wawa Zainal) danZazlena (Afiera Riana). Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar.



Rasa bersalah Zazlena menyebabkan Attar dirawat di rumahnya sehingga sembuh. Namun, Miqdad (Adey Syafrien) yang juga abang kepada Zazlena menceritakan kepada Attar mengenai penyakit dihadapi adiknya yang sudah berputus harapan untuk hidup akibat penyakit barah. Namun setelah Zazlena mengenali Attar ia telah memberikan semangat baru kepadanya.



Fatin Qalbie, seorang DJ radio pula diserang orang yang tidak berpuas hati dengannya. Namun, Fatin Qalbie bernasib baik kerana Attar menyelamatkannya. Sejak pertemuan itu timbul bibit rindu Fatin Qalbie terhadap Attar. Akhirnya siapakah yang akan bertakhta di hati Attar atau adakah Hilma Aqila datang menuntut cintanya kembali.

Tengok kat sini > 99 Kali Rindu

p/s : baru berkesempatan nak tengok...

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:
Assalamualaikum ! Salam sejahtera ! Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri. ~ "Note : Ada artikel yang JM perkongsikan dari hasil blog lain. Sila rujuk sumber / kredit pada akhir artikel ya." Terima kasih.

JUST SHARING STORIES "I am not blogger I just follower"

History

Trending

Search This Blog