Pages

November 23, 2017

SINOPSIS COFFEE PRINCE

SINOPSIS COFFEE PRINCE

Coffee Prince memapaikan kisah gadis tomboi Dani  (Jannah Nick) yang menyamar lelaki untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah kafe milik Raykal  (Fattah Amin).

Pertemuan kedua-duanya terjadi dua kali tanpa sengaja. Kali pertama ketika Dani menghantar makanan ke rumah Raykal dengan memakai helmet dan baju overall.

Menyangka gadis itu lelaki, dengan sombong Raykal mempersilakan Dani masuk ke rumah sementara dia hanya mengenakan tuala. Dani terkejut dan keluar secepat mungkin.

Apabila Dani mulai bekerja di kafe itu, dalam diam hati Raykal terpaut dengan karisma Dani. Sejak itu hubungan mereka mulai akrab dan mesra. Bukan saja di kafe, malah mereka juga sering menghantar pesanan kopi bersama. Namun apakan daya, Raykal tidak boleh bercinta kerana Dani seorang 'lelaki'.

Drama asal Coffee Prince (KOREA SELATAN) yang menampilkan Gong Yoo dan Yoon Eun Hye selaku pelakon utama pernah di tayangkan di Malaysia pada 2007.

Arahan : Michael Ang

Lakonan : Fattah Amin, Jannah Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Jasmin Hamid, Zain Hamid, Ellie Suriati, Sean Lee dan Sharifah Shakira.

Tayangan di saluran Astro Ria dan Ria HD (123) 27 November 2017.

Sumber : HARIAN METRO / RAP / KHAMIS / 23 NOVEMBER 2017 / MS 8 & 9

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!