Tonton Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku (Mr Hot Guy)
Drama bersiri popular Slot Akasia TV3 lakonan Raja Afiq dan Puteri Aishah.
Sinopsis Lelaki Itu Pemilik Hatiku
Mengisahkan Luqman Hakimi atau lebih mesra dipanggil Luke, seorang anak orang kaya yang cuba memikat hati gadis bernama Nurin Karmila selepas dicabar oleh teman wanitanya sendiri, Andrea.
Andrea geram dengan sikap Luke yang tidak serius dalam hubungan mereka. Bagi Luke pula, cabaran tersebut menjadi peluang untuk dia melepaskan diri daripada hubungan yang diatur keluarga.
Luke mula jatuh hati terhadap Nurin Karmila, seorang gadis kampung yang bekerja di kedai cenderamata. Namun Nurin sangat membenci lelaki kaya dan tidak mudah menerima kehadiran Luke dalam hidupnya.
Pelbagai cara digunakan Luke untuk memikat Nurin, termasuk menggunakan “kaedah cinta” yang diajar rakannya Mokhtar. Tetapi semakin dia mencuba, semakin Nurin menjauhkan diri.
Dalam masa yang sama, hati Nurin sebenarnya sudah terpaut kepada Aiman, lelaki yang pernah menyelamatkannya daripada Luke suatu ketika dahulu.
Apabila Luke mula berputus asa, takdir tiba-tiba berubah dan membuka ruang untuk cinta mereka berkembang.
Mampukah Luke memiliki hati Nurin Karmila untuk selamanya?
Info Drama
Judul: Lelaki Itu Pemilik Hatiku (Mr Hot Guy)
Episod: 32 Episod
Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2017
Slot: Akasia TV3
Hari / Masa: Isnin – Khamis, 7.00 malam
Pengarah: Zul Huzaimy Marzuki
Terbitan: A. Aida Production Sdn Bhd
Penulis Novel: Danisyarahmat
Pelakon Drama
- Raja Afiq sebagai Luqman Hakimi
- Puteri Aishah sebagai Nurin Karmila
- Syazuwan Hassan sebagai Aiman / Rashdan
- Julia Farhana Marin sebagai Andrea
- Natasya Mahyan sebagai Yani
- Liza Abdullah sebagai Puan Sri Khalida
- Hafidzuddin Fazil sebagai Tan Sri Hisyam
- Dilla Ahmad sebagai Zaimah
- Ariff Aziz sebagai Mokhtar
- Jaja Iliyes sebagai Shira
Lagu Tema / OST
- Wany Hasrita – Menahan Rindu
- Ronnie Husin – Dikoyak Waktu
- Syamel & Zakri – Aku Cinta
- Haqiem Rusli – Tergantung Sepi
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”