HERO DI PAWAGAM 3 OKTOBER 2019

Pengalaman terlibat dalam kebakaran ngeri di sebuah sekolah tahfiz menguatkan lagi azam Zafril untuk menjadi seorang anggota bomba. Bersama-sama dengan dua orang rakan bomba barunya iaitu Amad Mustar (Bell Ngasri) serta Adam Fanifinali (Mark Adam), mereka berjaya merungkai sindiket pembakaran dan urusniaga pembelian tanah secara haram yang didalangi rangkaian kongsi gelap antarabangsa. Menariknya, Zaf mendapati tattoo di tangan salah seorang ahli kumpulan organisasi terbabit yang cuba mensabotaj pusat tahfiz itu merupakan logo yang sama yang telah membakar pusat tahfiz yang disertai oleh Zaf pada masa dahulu. Zaf bersama rakan - rakannya cuba mencegah niat jahat organisasi tersebut tanpa menyedari bahawa nyawa insan yang dicintainya, Amylia (Elisya Sandha) berada di dalam bahaya.


FILEM KOMEDI AKSI HERO AKAN DITAYANGKAN DI PAWAGAM SELURUH MALAYSIA MULAI 3 OKTOBER 2019.

Lakonan Hisyam hamid, Bell Ngasri, Mark Adam, Elisya Sandha, Syafiq Farhain, Datuk Jalaluddin Hassan, Shaharuddin Thamby, Tauke Jambu, Jesse Lim, Tash Yong, Riz Amin, Amai Kamarudin, Inas Sofea, Amir Raja Lawak, Jihan Muse dan ramai lagi.

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan