Pages

Oktober 29, 2019

MATAWANG KEDAH

_MATAWANG KEDAH_
Apabila tiba saja di Kedah sama ada melalui jalan darat atau udara, SILA TUKAR MATAWANG anda. Kedah menggunakan matawang sendiri.
Lima duit (lima det)=5 sen
Sekupang=10 sen
Lima belaih duit (lima belaih det)=15 sen
Dua kupang=20 sen
Suku=25 sen
Tiga kupang lima duit (tiga kupang lima det)=35 sen
Tengah dua ringgit=RM1.50
Dua ringgit tiga=RM2.30
Tengah dua ratuih=RM150.00
Tengah dua ribu=RM1500.00
Tak dak det sekepiang=muflis, 0 sen
Orang semekin, makan semekut, tidoq semejid=gelandangan
Ada duit belum tentu bahagia,
Takdak duit dah tentu tak bahagia...

1 comments:

norhidana berkata...

ayooo susah jugak nak ingatnya tuh....

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!