Disember 31, 2019

SINOPSIS DIA ADELIA

SINOPSIS DIA ADELIA

EPISOD 1
Gina rimas dengan sikap Irhan yang terlalu cerewet dan terlalu menjaga imej serta penampilannya.

EPISOD 2
Dia Adelia mula mempromosi pakej pelancongan yang ditawarkan pihaknya sebagai cara untuk mencari pendapatan tambahan, Sementara itu, Irhan semakin resah apabila Gina tidak menjawab mesej dan panggilannya.

EPISOD 3
Irhan terus memujuk ibunya, Datin Rania agar membenarkan beliau bercuti dengan Gina. Walau bagaimanapun Datin Rania tetap dengan keputusannya tidak membenarkan Irhan bercuti bersama Gina.

EPISOD 4
Irhan memutuskan untuk menenangkan fikiran dengan bercuti ke UK berseorangan dan juga sebagai bukti yang beliau mampu berbuat demikian. Datin Rania mula risau kerana Irhan tidak pernah berjauhan dengannya.

EPISOD 5
Gina sering meminta bantuan Refal apabila keretanya rosak dan Irhan tersalah anggap tentang situasi yang berlaku. Irhan menuduh Refal sebagai 'musuh dalam selimut'.

EPISOD 6
Irhan memaklumkan pada Datin Rania yang beliau telah tiba di destinasi percutian. Ibunya sempat meninggalkan pelbagai pesanan buat Irhan.

EPISOD 7
Irhan memarahi Adelia kerana beliau pengsan selepas dibawa ke kawasan pelancongan yang agak seram dan menakutkan. Adelia menyalahkan dirinya namun Razlan segera menenangkan Adelia.

Drama 13 episod 'Dia Adelia' lakonan Eyka Farhana, Fadlan Hazim, Azrel Ismail dan ramai lagi.

Disiarkan setiap hari bermula 30 Disember 2019 pukul 10 malam di TV Okey.

Temui Rita Rudaini dan Nasha Aziz dalam Telefilem Mak Nak Peluk Boleh Sabtu ini di TV3

Mak Nak Peluk Boleh

Syafikah telah berpindah ke KL bersama anaknya Nelly Syakira apabila menerima tawaran kenaikan pangkat di sebuah syarikat swasta terkenal dan meninggalkan suaminya, Arul yang bertugas di Sarawak.

Telefilem Mak Nak Peluk Boleh lakonan Rita Rudaini dan Nasha Aziz pada Sabtu ini, 4 Januari 2020 pukul 10 malam di TV3.

Disember 30, 2019

DRAMA IRONI KASIH LAKONAN INTAN NAJUWA DAN AQASHA AKAN DATANG DI TV3

DRAMA IRONI KASIH LAKONAN INTAN NAJUWA DAN AQASHA AKAN DATANG DI TV3


Lakonan Fauziah Ahmad Daud, Aqasha, Intan Najuwa, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Afifah Nasir ...

instagram #ironikasih

SEGMEN | GIVEAWAY RINGKAS #JMBELOG

Related image

GIVEAWAY RINGKAS #JMBELOG

SENANG SAJA NAK JOIN

FOLLOW BLOG SAYA

TINGGALKAN URL BLOG DI RUANG KOMEN

TAMAT PADA 30 DISEMBER 2019 | 3 PETANG

TOPUP RM5 x 1 KEPADA YANG BERTUAH

(@_-)

Balik kampung 3 hari

Related image
Alhamdulillah

Hari ini mula bekerja

Setelah 3 hari bercuti di kampung

Dapat juga bersama emak dan adik beradik

Ayah dah hampir setahun meninggal

Ayah kedua baru seminggu meninggal

Related image

Rindu tetap rindu

Hanya doa mampu dititipkan buat mereka disana

Masa yang ada hargailah

Agar tidak menyesal di kemudian hari kan ?

Disember 26, 2019

Gerhana Matahari berlaku di Malaysia.

Pada 26 Disember 2019, sebuah fenomena alam berlaku iaitu gerhana matahari. Lebih menarik lagi, fenomena ini dapat dilihat di keseluruhan Malaysia! Sebelum kita fikir apa yang perlu dilakukan, mari kita ulang kaji semula berkenaan fenomena ini.

1
Bagaimana gerhana matahari berlaku?

Fenomena gerhana matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari pada satu garis lurus. Oleh sebab bulan berada di tengah, maka bayang-bayang bulan akan menutupi sebahagian Bumi. Daripada bayang-bayang inilah yang kita namakan sebagai gerhana Matahari.

2
Bilakah gerhana matahari berlaku dalam satu hari?



Gerhana matahari hanya berlaku pada waktu siang, iaitu waktu antara matahari terbit dengan matahari terbenam. Hemisfera bumi yang berada pada waktu malam, tidak akan dapat melihat gerhana matahari di bahagian hemisfera siang.

3
Berapa kerapkah gerhana matahari berlaku?



Gerhana matahari berlaku sekitar 2 kali setahun. Namun gerhana matahari boleh berlaku lebih daripada 2 kali setahun, tetapi kebarangkaliannya adalah kurang. Gerhana matahari yang paling tinggi kekerapannya adalah pada tahun 1935 dengan 5 kali gerhana pada tahun tersebut.

4
Bagaimana wujud gerhana matahari yang berbeza?



Terdapat 4 jenis gerhana matahari iaitu gerhana matahari penuh, gerhana matahari separa, gerhana matahari cincin dan  gerhana matahari hibrid.
Gerhana matahari penuh berlaku apabila keseluruhan matahari ditutupi oleh bulan. Gerhana matahari separa berlaku apabila sebahagian matahari ditutupi bulan. Gerhana matahari cincin pula berlaku apa bila keseluruhan bulan menutupi matahari, namun tidak menutupi keseluruhan matahari. Gerhana matahari hibrid pula berlaku dengan gabungan matahari cincin dan matahari penuh.
Gerhana matahari pada 26 Disember akan datang ialah gerhana matahari cincin. Namun hanya bahagian selatan johor dan sebahagian sarawak sahaja yang dapat melihat gerhana matahari cincin. Manakala kawasan lain hanya dapat lihat gerhana matahari separa.

Disember 25, 2019

WORD 214

WORD 214

disember 22 2019 @ 1630 

- engkau pergi meninggalkan aku selamanya

- walau engkau sekadar ayah angkat tapi engkau segalanya bagi ku

- Al-Fatihah

SEGMEN | 24 Jam Bloglist #35 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2020 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 3.00 petang 24/12/2019 sehingga 3.00 petang 25/12/2019. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #35 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2019.

** jom support Mia Liana....


Kisah Seram Hostel lakonan Janna Nick, Yuna Rahim di Astro Citra

Sekumpulan pelajar asrama yang sedang bercerita tentang pengalaman masing-masing namun akhirnya mendapati bahawa rakan-rakan mereka adalah hantu.

Kisah Seram Hostel lakonan Janna Nick, Yuna Rahim di Astro Citra pada Sabtu 28 Disember, jam 9 malam

SINOPSIS DI HUJUNG RANTING

SINOPSIS DI HUJUNG RANTING

Mawardah dipertemukan dengan Amar dalam satu kemalangan kecil. Pertemuan itu menumbuhkan bibit cinta Amar terhadap Mawardah. Namun belum sempat cinta diluahkan, Mawardah dikahwinkan dengan Hakim anak rakan karib arwah ibu Mawardah tanpa disedari bahawa lelaki itu adalah abang kandung Amar.

Perkahwinan itu mengecewakan Amar lalu membawa diri ke negara jiran. Sesungguhnya Mawardah tidak pernah diberitahu bahawa Hakim telah pun memiliki isteri sebelumnya iaitu Fatin. Perkahwinan Fatin dan Hakim di luar negara ditentang keluarga Hakim. Kecurangan Fatin dan desakan ibu Hakim iaitu Datin Fatimah memaksa Hakim menceraikan Fatin dengan talak satu.

Namun Fatin berusaha untuk kembali memiliki Hakim hingga berjaya. Berita Hakim kembali kepada Fatin dan layanan dingin Hakim terhadap Mawardah membuatkan Amar benci terhadap Hakim. Apakah Amar akan kembali kepada Mawardah semula atau Mawardah pasrah dan tetap setia memegang tanggungjawabnya sebagai isteri.

Drama bersiri 30 episod adaptasi novel 'Di Hujung Ranting' karya Indah Hairani akan datang di RTM. Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Nad Zainal, Dayang Areeda,  dan Amar Asyraf. Drama terbitan A.Aida Production, dibawah arahan Along Kamaludin.

Lakonan Nad Zainal, Shukri Yahaya, Dayang Areeda, Amar Asyraf, Umar Dzariff , Aishah Atan, Aida Khalida , Fazlina Ahmad Daud, Zoey Rahman, Arash Mohd, Afzan A Rahman, Silfeny Osman, Jovi Heng, Joyce Harn ...

SINOPSIS CINDAI

SINOPSIS CINDAI 

Kisah tentang kehidupan seorang gadis yang menghidapi bipolar disorder bernama Cindai, dia juga seorang gelandangan kerana tidak mempunyai saudara yang boleh di tumpang. Namun disisinya sentiasa ditemani dan dijaga oleh seorang insan bernama Amir. Amir setia bersama Cindai dan sentiasa berada di sisi Cindai di saat susah dan senang.

Cindai Reihana membesar di rumah anak yatim setelah kematian kedua ibu bapanya. Dia juga mempunyai kecacatan di mata yang menyebabkan dirinya sering disisihkan dan dibuli oleh rakan-rakan. Cindai membesar menjadi seorang pemberontak. Sehinggalah dia berjumpa dengan Iskandar, satu-satunya insan yang melayannya dengan baik. Dia mula jatuh hati. Namun, Cindai kecewa apabila mendapat tahu Iskandar sudah berkahwin. Dia kemudiannya tekad hendak memisahkan Iskandar dan Yasmin agar dia dapat memiliki cinta Iskandar.

Drama Cindai 15 episod menemui penonton bermula 23 Disember, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot Samarinda TV3.

Lakonan Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Mas Khan, Annie Mosha, Ameerul Asraf, Munah Bella, Zalfazin, Ku Zara Eryna ...

Disember 22, 2019

Juara Gegar Vaganza 2019

Gegar Vaganza (GV6) 2019 : Keputusan Peringkat Akhir
  1. Naqiu Boboy - JUARA - RM100,00
  2. Hardy Mirza - JUARA - RM100,000
  3. Jatt - KETIGA - RM30,000
  4. Nur Fatima - KEEMPAT - RM20,000
  5. One Nation Emcees - KELIMA - RM15,000
  6. Sham Visa - KEENAM - RM10,000

Disember 21, 2019

Pemeriksaan Air Tulang Belakang

Apa itu lumbar puncture?


Lumbar puncture adalah merupakan satu prosedur perubatan. Ia tidak melibatkan sebarang pembedahan.
Air tulang belakang dikeluarkan dengan cara memasukkan jarum khas yang sangat kecil pada bahagian bawah tulang belakang untuk mengesahkan penyakit yang berkaitan dengan otak dan saraf tunjang yang merupakan sebahagian dari sistem saraf pusat. 
Air tulang belakang yang dikeluarkan tidak akan berkurangan kerana ia sentiasa dihasilkan di dalam otak.
Lumbar puncture seringkali dikaitkan lumpuh atau tidak boleh berjalan sesudah ia dilakukan. Kepercayaan ini sangat mendalam terutamanya pada generasi-generasi lama.

Mitos berkaitan Lumbar Puncture. Adakah ia akan menyebabkan seseorang itu lumpuh?
Apa yang berlaku sebenarnya, penyakit-penyakit yang melibatkan otak dan saraf tunjung itu sendiri yang berpotensi untuk menyebabkan lumpuh, terutamanya jika lambat dirawat atau rawatan yang kurang tepat diberikan. Penyakit-penyakit yang berkaitan otak dan saraf tunjang inilah yang memerlukan lumbar puncture dijalankan untuk tujuan diagnosia. 
Jika terdapat sebarang keraguan, sila berbincang dengan doktor anda untuk penerangan yang lebih lanjut. Mereka sedia membantu terutamanya dalam memberikan rawatan yang terbaik kepada anda dan juga mereka yang anda sayang. Ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa.
Adakah prosedur lain yang sekan-akan Lumbar Puncture?
Ada.
Prosedur ‘Lumbar puncture’ adalah sama dengan pemberian bius separuh badan (Spinal Anaesthesia) dan seakan-akan ‘Epidural Anaesthesia” yang diberikan semasa melahirkan anak.
Jika ramai yang memilih untuk ‘Epidural Anaesthesia’ dan Spinal Anasthesia, tidak ada sebab anda perlu takut dengan ‘Lumbar puncture’
Bilakah doktor akan menasihatkan untuk menjalani pemeriksaan “Lumbar Puncture”?
Apabila doktor mengesyaki ada peyakit berkaitan dengan otak dan saraf tunjang. Contohnya:
  • Jangkitan pada otak/selaput otak (meningitisencephalitis) yang diakibatkan oleh bakteria, virus, parasit atau kulat)
  • Lymphoma
  • Leukemia
  • Kanser otak
  • Inflamasi pada salur darah otak (vasculitis)
  • Penyakit ‘auto-immune’ seperti Multiple sclerosis, Neuromyelitis Optica
Lumbar puncture juga boleh digunakan untuk tujuan perawatan untuk pemberian ubat kemoterapi dan antibiotic dalam kes-kes tertentu.
Apakah yang dilakukan dengan air tulang belakang yang diambil?
Ia akan dihantar ke makmal untuk dianalisa untuk mengesahkan penyakit-penyakit berkaitan otak dan saraf.
Bagaimanakah prosedur ini dilakukan?
Prosedur biasanya dilakukan di dalam ward atau sebagai rawatan harian ‘daycare’
Biasanya pesakit akan berbaring di atas katil dalam keadaan mengiring. Tetapi ia juga boleh dilakukan dalam keaadan duduk dan tunduk sedikit kehadapan untuk membuka ruang diantara tulang belakang.
Pesakit biasanya dalam keaadan sedar. Doktor akan menerangkan bagaimana prosedur dilakukan dan kebenaran bertulis akan diambil.
Bahagian bawah belakang akan dibersihkan menggunakan cecair antiseptik khas dan ubat bius setempat akan diberikan secara suntikan di kawasan bahagian bawah tulang belakang. Selepas kawasan tersebut menjadi kebas, doktor akan memasukkan jarum khas di kawasan tersebut. Kebanyakan pesakit tidak akan merasai sebarang kesakitan tetapi masih boleh merasai pergerakkan jarum semasa ia dimasukkan. 
Apabila sampel air tulang belakang sudah didapati, tekanan air di dalam otak akan diukur dan sampel akan diambil dan dihantar ke makmal untuk mengesahkan penyakit-penyakit yang disenaraikan seperti soalan 4.
Pemeriksanan CT scan kepala juga biasanya akan dilakukan sebelum ‘lumbar puncture’ dilakukan untuk memastikan keselamtan prosedur ‘lumbar puncture’ tersebut.Setelah sampel didapati, jarum akan dikeluarkan semula dan plaster akan dilekatkan dikawasan tersebut. Pesakit dikehendaki berbaring dan tidak digalakkan berjalan dan duduk selama 4-6 jam selepas prosedur selesai dilakukan.

Tidak. Ubat bius setempat akan diberikan sebelum presedur ini dilakukan
Adakah ia menyakitkan?
Berapa lama masa untuk prosedure ini dilakukan?
Biasanya sekitar 30-45 minit.
Apakah persedian yang perlu dilakukan oleh pesakit sebelum dan selepas prosedur?
Pesakit diminta bertenang dan dinasihatkan untuk ke tandas untuk membuang air dahulu kerana selepas prosedur mereka tidak digalakkan untuk bergerak.
Lebih mudah sekiranya terdapat ahli  keluarga/ penjaga yang menemani selepas prosedur dilakukan.
Sila beritahu doktor anda sekiranya anda mempunyai sebarang alahan terhadap ubat bius sebelum prosedur dilakukan
Apakah risiko-risiko “Lumbar puncture”?
Secara umumnya ‘lumbar puncture’ adalah selamat dan risiko untuk komplikasi serius berlaku adalah sangat rendah. Sebelum presedur dilakukan doktor akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan risiko-risiko dari berlaku.
Risiko-risiko yang boleh berlaku termasuklah:
  1. Sakit kepala (biasanya untuk sementara waktu sahaja)
  2. Kebas pada bahagian belakang atau kaki (biasanya untuk sementara waktu sahaja)
  3. Pendarahan atau jangkitan pada tempat prosedure dilakukan (sangat jarang)
  4. Kegagalan untuk mendapatkan sampel
Bilakah kepututusan untuk “lumbar puncture” boleh diperolehi?
Keputusan Lumbar punture biasanya boleh diperolehi kurang dari 48 jam untuk ujian yang biasa. Untuk ujian-ujian yang khas, biasanya masa yang lebih lama diperlukan  bergantung kepada jenis-jenis ujian tersebut
Rujukan
  1. Johns Hopkins Medicine Health Library.
  2. ADAM Atlas of Anatomy, Cambridge University Press
  3. National Health Institute (NIH) official website 
 Sumber MYHEALTH
Semakan Akhir:13 November 2015
Penulis:Dr. Ahmad Shahir b. Mawardi
Akreditor:Dato’ Dr. Md Hanip b. Rafia