Pages

Disember 12, 2019

SINOPSIS PENGANTIN LELAKI UNTUK CIK GADIS

Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

SINOPSIS PENGANTIN LELAKI UNTUK CIK GADIS

Kisah cinta pandang pertama Kris Al-Hadi dengan gadis yang sedang menanti hari perbicaraan. Salsabila telah dituduh pecah amanah dan ditahan dipenjara. Kris telah membantunya dan mereka mula saling menyukai. 

Namun kedatangan Yasmin, tunang kepada abangnya, Khairyl yang selalu cuba mengodanya telah menyusahkannya. Kris telah dipaksa berkahwin dengan Yasmin oleh ayahnya kerana salah faham. Kris yang tidak bersetuju telah memaksa ayahnya membuat perancangan lain. 

Pada hari perkahwinan yang sama dengan abangya, Kris dan Salsabila rasa tertipu apabila nama Salsabila disebut ketika ijab kabul dengan Khairyl. Kris kecewa dan menghilangkan diri. Kehilangan Kris membuatkan Salsabila dan ayahnya menanggung sengsara.

Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis (24 episod) diinspirasikan dari novel karya Aulia Iman disiarkan pada bulan 24 Disember ini, setiap Isnin-Jumaat, 7:00 malam di Astro Ria slot DramaVaganza.

Lakonan Nafiz Muaz, Uqasha Senrose, Yusof Bahrin, Elly Mazlein, Harun Hashim, Azri Iskandar, Catriona Ross, Reza Hasbi, Norlia Ghani, Aman Graseka, Zarynn Min, Yusri Saleh ...

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!